Monday, December 2, 2013

Puisi Khianat

Hilang sudah puisi,
tak tercoret lagi cukup cuma dalam hati,
Rasa marah yang marak
terbias oleh mata,
terlihat menyala.
Tak mahu lagi aku pujuk dengan puisi.

Puisi yang menipu rasa hati.
tapi cukup memujuk diri,
Marah.
Aku marah teramat.
Kenapa mudah dipujuk puisi sendiri?!
Benci.

Aku mahu keluarkan
biaskan,
pancarkan,
marakkan segala rasa pedih ini.
Hingga tinggal rasa balas dendam.
Rasa yang buat aku berkuasa,
buat aku kuat.
kuat untuk paksa aku berdiri
dengan penuh api dalam hati.

Cuma aku.
Cuma aku sahaja tahu
maksud sebenar balas dendam.
Kau yang berkata,
cukup cuma diam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...