Wednesday, December 4, 2013

Akhir kali

Ini mungkin kali terakhir,
kali terakhir bermain aksara.

Jika tulisanku menusuk,
mencambahkan marah,
menyemai benci
mereka yang meneliti,

Mungkin aku patut berhenti.

Bukan mahu putus asa,
bukan mahu mengalah begitu saja,
tapi apa guna menulis
buat orang sakit hati.

Bukan aku lemah,
cuma itu jalan mudah.
Walau tak mudah untuk aku
berhenti bercinta dengan huruf dan kata-kata madah.

Sakit sungguhnya sakit.
Tapi apa ertinya sakitku,
jika diteruskan
hati yang lain juga terluka pedih.

Mungkin aku patu berhenti
dan mungkin ini kali terakhir.








Monday, December 2, 2013

Puisi Khianat

Hilang sudah puisi,
tak tercoret lagi cukup cuma dalam hati,
Rasa marah yang marak
terbias oleh mata,
terlihat menyala.
Tak mahu lagi aku pujuk dengan puisi.

Puisi yang menipu rasa hati.
tapi cukup memujuk diri,
Marah.
Aku marah teramat.
Kenapa mudah dipujuk puisi sendiri?!
Benci.

Aku mahu keluarkan
biaskan,
pancarkan,
marakkan segala rasa pedih ini.
Hingga tinggal rasa balas dendam.
Rasa yang buat aku berkuasa,
buat aku kuat.
kuat untuk paksa aku berdiri
dengan penuh api dalam hati.

Cuma aku.
Cuma aku sahaja tahu
maksud sebenar balas dendam.
Kau yang berkata,
cukup cuma diam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...