Sunday, August 4, 2013

Dua perspektif dua persepsi


Aku rasa sakitnya hati orang dengan cara aku rasa sendiri sakitnya.
Aku rasa marahnya hati orang dengan cara aku rasa sendiri marahnya.
Bila aku sudah mengerti, aku akur.
Bagaimana sakitnya hati aku,
hati orang yang disakiti juga akan rasa begitu.
Jadi,
perlahan-lahan aku cuba untuk tidak lagi menyakiti hati orang lain.

Kata orang, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna.
Tapi aku percaya pada peluang.
Aku percaya itu cara belajar paling berkesan.
Tapi aku masih juga percaya kata-kata itu dalam sudut lain.

Lumrah manusia,
kesalahan nampak dulu,
kebaikan, sebelah mata pun tak mahu,
menegur macam nak bergaduh,
berpesan macam bagi arahan.
kalau hitam hitamlah,
kalau putih maka putihlah,
tiada kelabu, coklat atau merah.
Bantah sedikit,
habis segala cop kata-kata ditempek ke muka pesalah.

Kadang membantah kerana ego,
ego kerana sengaja nak tengok ada kah orang yang mampu
sentuh hati buat tersedar kembali.
Kadang membantah kerana jahil,
jahil kerana tiada yang mengajar ikut cara baik,
cara sentuh hati,
mana tidak,
bodoh bangang semua keluar,
hati yang nak tahu rasa tercabar,
malah nak mencabar walaupun tahu akan kalah.

Bagi yang baca puisi miskin dari
penulis amatur ini,
kata-kataku mungkin dikatakan alasan seribu alasan,
malah mungkin dikata tak masuk akal,
sesuatu yang punya dalil tak perlu nak berdolak dalih lagi,
maaf jika puisi ini berbaur alasan, dalih
dari orang keji.
corak kainku tak sama dengan corak kainmu.
walaupun kita dulu lahirnya sama putih dan kosong.

Maaf jika kehadiran orang keji yang punya alasan dan jahil ini
sangat-sangat menyusahkan dan menjijikkan
di mata orang mulia seperti kamu semua.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...