Saturday, January 26, 2013

Wanted

Bismillah..
Assalamualaikum

Dengar wahai semua orang kampung. Lepas dah dengar sila ambil perhatian dan sila ambil tindakan.
sekarang ni terdapat sebuah kumpulan yang sangat dikehendaki. Meraka bergerak dibawah sebuah badan organisasi yang tak berapa nak besar, tak berapa nak kecik juga tapi masih berorganisasi.

Meraka tidak berdaftar. Sila ambil perhatian. MEREKA TIDAK BERDAFTAR. Tapi percayalah meraka dikenali. Oh belum cukup terkenal. Tapi bakal terkenal satu hari nanti. Jadi sebelum semuatu menular, lebih baik kamu semua ambil tahu.

Kumpulan ini diberi nama CG (baca: siji) ye.. siji loro telu papat tu.. Kumpulan ini banyak profession. Like seriously. Tapi paling utama ialah berdakwah. Dakwah mereka unik sedikit, sebab mereka berdakwah melalui nyanyian. Kalau menyanyi, in syaa Allah hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah. Rahmat Allah kan hujan tu. Bukan sebab sumbang atau flat atau sharp atau tak project suara.

Dianggotai oleh beberapa orang penyangak yang berhati mulia. Tak pasti macam mane penyangak tu boleh berhati mulia. Mungkin penyangak sebab ditakuti orang lain, tapi berhati mulia sebab orang bagi tahi, mereka bagi madu. Amboyhh.

Pekerjaan sampingan.

Badan risikan

Ya mereka mampu menghasilkan sebuah kumpulan perisik yang emmm tak kurang hebatnya. (sila baca dengan nada zakiah anas, 999) Mempunyai group rahsia di FB. Ya.... segala perbincangan adalah sulit di situ. Dan smua perbincangan yang dibincangkan memang panas dan pedas.

Team decorator 

Baru-baru ini.. mereka telah mengejutkan customer mereka dengan hiasan kereta berhias yang agak desperate disitu. Dilakukan dalam keadaan hujan renyai-renyai semangat dan jiwa penghias ney mmg tak pernah padam. Jangan risau. Tangan-tangan mereka penuh dengan nilai estetika seni yang halus lagi mulus dan sangat detail. Percayalah, segalanya nampak sempurna walaupun hakikatnya itu adalah hasil terburuk bagi mereka. Jadi bila hasil buruk dilihat sangat WORLD bak kate customer mereka. Maka, sudah tentulah mereka itu tersangat hebat.

Artis

Jangan terkejut kalau dikatakan mereka ini adalah artis. Ya, didalam kumpulan mereka. Mereka ada DIVA, imam muda, guru vokal, pemenang Bintang Klasik, ada yang artis pakai gincu tebal dan masuk youtube dan ramai lagi artis-artis hebat termasuklah artis korea. Jadi jangan terpedaya dengan sikap low profile ahli-ahli kumpulan geng mamak CG ini.

Sebenarnya banyak lagi profession tapi yang paling bergaya lagi menular dikalangan ahli-2-nya ialah mereka adalah pelopor typo-graphy terdahsyat. tulisan itu mampu membuatkan mane-2 pihak terus dikejarkan ke ICU kerana kebocoran usus dan perut juga ulu hati.

Oh ya, kumpulan ini mampu melatih ahli-ahlinya menjadi pending. Percayalah. Jika anda sebelum ini seorang yang cekap dan pantas. Jika dilatih oleh coach pending terkenal sejak FESENI 12 yang lalu, pasti anda juga akan terjebak dan terjangkit. Kerana ramai yang sudah terkena. Jadi jangan biarkan anda terkena. Pastikan.

Paling menarik, ada ahli-ahli mereka yang sudah masuk dalam TV1. Serius. maksud di sini ialah wajah mereka disiarkan di televisyen ya. Bukan membuka TV dengan skru kemudian masuk kedalam kotak tv itu.

Sekian buat masa ini. Apa-apa update lagi tentang kumpulan ini akan saya bentangkan lagi.

kasut-kasut ahli kumpulan yang sempat di-snap


Salam ukhuwah.



p/s : berharap saya selamat sebab mendedahkan identiti kumpulan ini. Amin... dikhuatiri saya akan di-slaughter hidup-2

Thursday, January 17, 2013

Pesona caffeine

Bismillah
Assalamualaikum...

Tempoh menelaah helaian-2 nota sudah semakin menyingkat. Demi kertas (baca: paper) terakhir esok, harus buat yang terbaik lebih baik dan kurang sifat merapu dalam jawapannya nanti. Ya, sudah disedari, saat dan masa untuk menaip entry ini sepatutnya lebih baik digunakan untuk menatap, mengupas dan meneroka helaian nota yang dah naik jemu lihat aku yang asyik terganggu dari tadi.

Satu akal yang cukup geliga dan panjang menegur aku lalu membisikkan idea,

"Hey, apa kata kau nikmati kopi L.A jenama kopiko yang kau beli petang tadi."

"Dengarnya kau beli yang low acid and gastric friendly kan, why don't you try... Come on..this is your last paper, you have to burn midnight oil, remember??"

Satu nafsu menyambut baik idea yang well...not so bad. Masih boleh diterima. Terus aku capai sepeket kopi 3 dalam 1 dan bancuh dengan air panas.

Pesona..

Sensasi..

Menggoda..

Memikat...

Seksi...

Like seriously....

So much pleasure...

And.....aku terus menerus menghidu bau harumnya dengan penuh teruja dan serius, ia sangat mempesona.

*oh please, this is not a porn entry. don't imagining things, well you-know-what*


Sementara menunggu reaksi bahan kimia kopi yang dihirup penuh nafsu bertindak balas dengan bahan kimia dalam badan, aku cuba menyelak helaian nota dengan harapan stimulant bakal membantu aku lebih fokus dan penuh konsentrasi.

And, yup! I got it. tak sangka tindak balas itu cepat.
Orang kata bersusah-2 dahulu bersenang-2 kemudian.
Well said.

Untuk kesan pertama, ya aku jadi restless. My head hurt so much. Bebola mata jadi sangat peka. Berada dalam dunia sendiri, situasinya dimana telinga seolah ditutup dan kau hanya mendengar degupan jantung dan turun naik nafas kau sahaja.
Jari jemari yang menari atas papan kekunci jadi semakin kebas, bermula dari jari kelingking, kemudian jari manis, jari hantu, jari telunjuk dan yang terakhir ibu jari. Dan waktu itu, satu bunga api meletup dalam kepala, cantik, meriah. Masa itulah mata terasa segar sesegar embun pagi.

Dengan tindak balas seperti itu ditambah doa penerang hati sebelum mulakan langkah menelaah, maka aku yakin, for the next few hours, syaitan takkan dan tak boleh melukis celaknya di mata aku. Kalaupun dia bersungguh-2, takkan ku biarkan itu berlaku.

"Berani sungguh kau pakaikan celak pada aku. Mahu rasa aku luku dan tampar kau sesekali?"

Bukan.. Ini bukan berlagak atau cuba tunjuk hebat.

Ini satu kenyataan penuh yakin yang benar-2 satu propaganda untuk menaikkan semangat.
Pengaruh propaganda yang harapnya kekal sampai esok pagi.
Ya, untuk itu berlaku, harus disuapkan dan disumbatkan dengan memorandum yang meyakinkan dalam otak minda dan hati.
Nak buat semua tu haruslah menggunakan ayat yang power.
Terima kasih caffeine untuk inspirasi ayat sepower itu..
Kau pesonaku untuk sementara ini.

Terima kasih sayang~

Ehsan En.Google


XOXO =)



-Elly-


Wednesday, January 16, 2013

Pesan buat diri

Mohon bertahan sekali ney sahaja.
Lagi sikit je, tak lama pun.
Mohon bertahan.

Mohon....

Abaikan semua yang menghalang dan yang cuba jadi penghalang.



you are stronger than you think you do..





p/s : guess, ini ujian plg tough buat mse skg..and there will always be other...

Monday, January 14, 2013

Bulan juga boleh sunyi

Malam itu malam yang pekat,
Tiada satupun bintang yang muncul di permukaannya,
rembulan itu kini sendiri lagi tanpa temannya.

Angin bertiup kononnya mahu menemani,
tetapi tiupannya sekejap dan seketika,
lampu neon itu masih tetap menyala seperti selalu,
cuma kali ini lebih kelam dan sayup.

Malam itu terus jadi malam yang kelam,
dek efek alam yang kian suram,
Sang pencinta sibuk menjamah indahnya cahaya bulan,
seolah bulan itu cahaya paling romantis,
cuma satu yang dia tidak tahu,
sang bulan sudah dingin, kaku dan beku.

Masih disalah anggap oleh sang pencinta,
khabarnya,
meskipun mereka terpisah jauh,
namun keduanya masih memandang bulan yang sama,
saling mengirim ucapan kasih melaluinya,

Bulan sudah bosan,
bosan menjadi saksi cinta sang manusia,
sedangkan hati ini masih sendiri ditinggalkan
bintang dalam gelap malam.

Semua gara-2 mendung yang tiba-2 menjengah,
mendung itu petanda.
petanda sunyi bakal menghirup segala warna bahagia.
bila mendung menguasai,
sunyi sudah kenyang dengan juadah bahagia,
bulan mati.
mati kesejukan.
mati kegelapan.
suram dan kelam dan cahayanya tidak lagi mampu
dijamah sang pencinta.

Sudahlah mati, disalahkan pula oleh sang pencinta,
Tidak kenang budi!
Berhari hari malah bertahun kau bermandi cahaya bulan
demi cinta yang kau agungkan,
kehausan cahaya itu bila kau kerinduan,
Kau fikir aku apa?
Pasti itu jerit batin sang bulan sengsara.

Bosan dengan drama petang slot akasia,
bosan dengan drama korporat slot samarinda,
semua itu mengarut.
masih menggguna pakai idea kisah dongeng,
cuma permukaannya nampak lebih realiti,

Biar,
biar sunyi menjamah setiap bahagia yang bersisa,
biar mendung menutup segala limpahan cahaya,
aku sudah hilang bintang.
Bintang itu bahagia,
bintang itu penyeri cahaya.
Aku lebih rela menari gembira dalam pekat malam
andai bintang menjadi peneman.
Waktu itu, limpahan cahaya bersama senyuman buat sang pencinta
aku lurutkan...

Dan kini aku menanti waktu itu.
Buat masa sekarang biar aku tidur dalam kesejukan malam,
bersama dodoi sang hujan dan sunyi.
Selamat malam sang pencinta,
aku pergi bawa cahaya sekali,
moga kau mampu berdiri sendiri...



_Bulan itu sunyi_

sumber [SINI]



p/s : menaip sambil pekena kopi campuran hazelnut ihsan cik fifey, terasa seperti penulis profesional
tak bergaji, menikmati hidup penuh fantasi dan semuanya bermula dari jari yang menari
di atas papan kekunci..

Wednesday, January 9, 2013

Pada siapa

Aku tahu...
Bila aku sedih bila aku lelah dan bila langkah ku mati,
harus aku kembali dan memohon bantuan dari Ilahi,
Aku tahu...
Bila nadi ini disentap gara sukarnya ujian,
Bila air mata ini hampir kering sendiri,
harus ku kembali pada tuhan,
harus ku yakin Dia disisi...
Namun.....

Sudah fitrahku menginginkan seorang manusia yang mendengar,
di saat semua menghampiriku demi secangkir semangat,
dengan semangat juga ku tiupkan ketenangan untuk mereka,
Tapi tak siapa yang tahu, aku juga terkapai-2 malah hampir lemas,
dengan kudrat yang masih bersisa,
dengan nafas yang turun naik laju sambil air mata masih berbaki,
aku diam cuba mencari semangat yang hilang entah ke mana tidak ketahui,

Hingga saat ini aku benar-2 mati langkah,
Pada siapa harus aku luah?
Pada siapa harus aku perlihatkan kebenarannya?
Sedangkan hampir semua merasakan aku sentiasa tenang,
hampir semua menganggap aku tidak punya apa-apa untuk dikhuatirkan.

Bumi masih terus berputar,
Matahari masih menyinar,
Masa masih terus berlalu,
Bulan masih mengelilingi bumi seperti selalu,
Tapi aku terhenti di sini kerana kehilangan harapan yang satu.

Ke mana kau sang harapan?
Pada siapa harus aku mengadu?
Ke mana kau sang semangat?
Pada siapa harus ku rela tangisku?

Telah ku mengerti,
tiada sesiapa,
kerana semua juga punya masalah yang sama,
Sedang aku meluahkan, mereka juga mahu meluah,
Jadi siapa mahu mendengar?
Siapa mahu menghulur dan meniup semangat?

Aku rela...
Aku rela menundukkan kepala
menyembunyikan air mata yang menitik laju,
Aku rela memenjamkan mata seeratnya
menahan mutiara itu jatuh,
Dan aku rela membengkakkan hati
kerana tangisan itu yang sudah sebati...

Akhirnya, 
aku rela terus berpaut pada tali-taliNya,
kerana cuma Dia pendengar setia.
Al-Furqan, caraNya meniup semangat dan ketenangan,
Jadi haruskah ada persoalan "Pada Siapa?"?
Sudah jelas ianya ada PADA DIA...

BERTAHAN AIMI.
SEDIKIT SAJA LAGI...



p/s : puisi yang terhasil gara-2 subjek immunology yang sukar di hadam. Ya Allah, aku tidak mahu menyebut perkataan susah, khuatir akan jadi kenyataan, tapi Ya Allah berikan aku kefahaman yang tinggi agar mudah aku pelajari ilmu ini..
Amin...

Monday, January 7, 2013

Entry gedik saje nak bagitau pasal exam (MOVE ON)

Bismillah
Assalmualaikum

Habis sudah paper pertama untuk final exam sem satu sesi 2012/2013
Baru satu paper je oke. Aku ada lagi 5 payyypperrrr kena hadap.
Berani atau tak, harus hadapi dengan penuh keberanian.

Keluar dewan exam.
Macam-2 wajah aku nampak.
Wajah gembira, wajah lega, wajah tenang tak kurang juga wajah macam ayam berak kapur. 
Aku tak pasti macam mana ayam berak kapur, tapi yang pasti muka semua berkerut-2 kalau boleh sampai nak bercantum kening tu.

Kalau aku, semua wajah-2 tu aku ekspreskan. Buat apa nak sembunyi-2. Nah amek kau, aku gembira sebab jawapan aku merapu, lalu aku gelak *tapi dlm hati nak menangis je rase*. Aku lega sebab habis dah satu paper aku lenjan, aku tenang sebab REDHOOO jelaaaa dengan jawapan merapu yang paling terbaik aku boleh bagi untuk soalan tadi. Muka berkerut-2 sebab why? why? soalan macam tu keluar. Tapi nak buat guane. Dah jawab kan?
Dah usaha kan? Mungkin lepas ney boleh lipat gandakan lagi usaha yang aku rse separuh je.

So, bila dah habis paper tu jangan lupa ada lagi usaha yang kena buat. BERDOA. yes. Itu juga usaha. Kau redha dan tawakal dengan keputusan je. Selagi belum dapat result. Haa.. buatlah segala solat sunat ke doalah sebanyak mana. Kalau tak dapat pun apa yang kau nak, at least hati kau tenang bila dapat result tu nanti..

Ini bukan cakap kosong semata-2. Kalau boleh ambik jugak apa yang tersurat dan tersirat dalam entry ney. Kalau rasa macam tak nampak yang tersirat, mohon korek-2 kupas-2 entry aku menggunakan ketajaman akal kamu semua ye anak-2.  Entry ini juga dicipta dikarang untuk membuatkan aku tenang demi menjawab paper esok. Ye, untuk tenang aku harus menaip sebab esok aku harus menulis karangan jawapan yang hopefully tak merapu macam tadi.

Entry ini juga ditujukan kepada mereka yang tension dengan paper tadi. Sila sila sila....fokus untuk esok pulak. MOVE ON derrr.. MOVE ON. Harap kau faham apa itu move on yang dimaksudkan. Yang dah jadi tu biaq pi. Bukan boleh cakap kat dorang, 
"OP..op! boleh tak saya nak jawab balik soalan tadi?"
Memang takdapat la. Kalau dapat pun tolonglah sedar yang kau sedang bermimpi indah. 

Jadi. Sila bangun!

*flip hair sambil menjeling*
Bangun dengan berlagaknya ke meja study.


p/s  : marilah kita study untuk paper esok.. GUD LUCK UOLLLSSS

Saturday, January 5, 2013

Kelip-kelip



Bila senja menimbus siang,
bila awan melindung bintang,
ku cuba menyuluhkan sinar,
agar malammu cerah..

Jika purnama tak bersemi,
jika arah samar tak pasti,
ku dengan setia membimbing,
menyinar bagai kelip-kelip.

Genggamlah erat tanganku,
bilang hala nak dituju,
mari ku pimpin ke sana,
ku bawa kau terbang pergi

Seandainya kita terpisah
tak usah kau rasa gelisah
ku dengan setia membimbing
menyinar bagai kelip-kelip

Ku bawa kau terbang pergi...

Seandainya kita terpisah
tak usah kau rasa gelisah
ku dengan setia membimbing
menyinar bagai kelip-kelip....


One fine day...

In shaa Allah...

Tuesday, January 1, 2013

Dua Sifar Satu Tiga

Bismillah
Assalamualaikum

[link gambar]

Sekarang baru jam berapa (waktu tengah menaip entry ney) belum masuk jam 00:00 am pun. Aku tak kira nak jugak wish. Bukan wish ape pun. Kejap lagi mauk tahun tak sabar.
Tak sabar nak melaksanakan dan menanam azam baru. *sumpah poyo ayat aku*
*sampai part ney aku dah masuk tahun baru*

Semoga dengan adanya tahun baru ini.. aku lebih bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab aku. Dengan adanya tahun-2 baru yang disambut tak kiralah, tahun baru Islam atau tahun baru masihi, azam itu harus ada. Malah kalau boleh setiap hari azam itu harus bertukar dan diperbaharui.

Dan ingin ku garapkan sedikit kenangan pahit manis sepanjang tahun 2012.

Di awal tahun, aku dalam mood FESENI yang berkobar kerana itu ialah tahun pertamaku. Seronok berkenalan dengan ahli CG yang telah ku anggap sebagai keluargaku di UM. Melalui itu, kami bergembira bersama menikmati indahnya ukhuwah dalam kekeluargaan. Bergaduh, sentap menyentap, bantu membantu, bergurau senda, menangis ketawa itu yang mewarnai kehidupan student ku.

Luahan perasaan seorang demi seorang. yang mendatang. Ada yang indah, membawa senyuman, ada yang duka membawa pergaduhan. Menghadapi peralihan sem yang mendebarkan kerana diakhiri dengan final exam yang tak kurang sukar dan mencabar.

Berpisah sementara untuk beberapa bulan, menginjak ke pengalaman baru meraikan lesen kereta pertamaku. Meraikan hari raya dengan penuh kesederhanaan. Meraikan hari jadi dengan penuh senyap dan tiada sambutan meriah dari semua. Masuk ke sem baru dengan penuh ujian dan dugaan hingga membuatku mengalirkan air mata.

Sem tiga yang dipenuhi dengan latihan nasyid setiap malam. Terasa gagah seketika. Dipenuhi dengan segala aktiviti kolej, yang memang aku tak mampu, tapi buat jugak. Sem ini dipenuhi dengan tragedi pengsan yang entah berapa kali tak dapat dipastikan.

Kenangan paling manis ialah terbang ke Sabah. Sabah negeri bawah bayu. Bersama harapan yang tinggi dan kesabaran yang menebal menempuh ujian dan dugaan. Menangis ketawa bersama. NICE. pengalaman PALING MANIS dalam tahun 2012. Yes I admit. Aku mengaku sekali lagi, hatiku tertinggal di sabah. Hubungan antara ahli semakin lama semakin rapat. SANGAT RAPAT. Rindu gila time tu. Rindu tau tak? rindu saat kita tengok bola di rumah LO bersama-2 shopping sama-2 semuanya bersama-2.

Dan sekarang sudah 1 Januari 2013.

Azam sudah pun disemai.

DISEMAI.

DISEMAI.


-tahun baru dimulai dengan lec note yang banyak yang harus dibaca hingga habis.
-tahun baru dimulakan dengan final exam yang in shaa Allah dipermudahkan Allah.
-tahun baru dimulakan dengan kem FESENI yang aku tak sabar nak join.
-tahun baru dengan semangat FESENI yang berkobar.
-tahun baru yang disemai dengan semangat untuk jadi lebih baik dari yang sebelumnya.
-tahun baru yang ditanam dalamnya semangat dan tekad untuk menjadi lebih matang dan menjadi hamba Allah yang solehah.
-tahun baru ini tak terlintas langsung untuk melangkah ke alam perkahwinan. So tak payah la korang-2 nak cakap pasal semua benda ney. Jauh lagi jauhhhhhhhh gileeee!

Di aminkan segala azam dan tekad baru itu.

Manjadi orang baru yang bebas menjalani hidup di bawah keREDHAan Allah.




sekian.

p/s : nak publish entry ney pun aku ambik masa lama fikir. Nak publish ke tak. ahahahah bengong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...