Wednesday, December 4, 2013

Akhir kali

Ini mungkin kali terakhir,
kali terakhir bermain aksara.

Jika tulisanku menusuk,
mencambahkan marah,
menyemai benci
mereka yang meneliti,

Mungkin aku patut berhenti.

Bukan mahu putus asa,
bukan mahu mengalah begitu saja,
tapi apa guna menulis
buat orang sakit hati.

Bukan aku lemah,
cuma itu jalan mudah.
Walau tak mudah untuk aku
berhenti bercinta dengan huruf dan kata-kata madah.

Sakit sungguhnya sakit.
Tapi apa ertinya sakitku,
jika diteruskan
hati yang lain juga terluka pedih.

Mungkin aku patu berhenti
dan mungkin ini kali terakhir.








Monday, December 2, 2013

Puisi Khianat

Hilang sudah puisi,
tak tercoret lagi cukup cuma dalam hati,
Rasa marah yang marak
terbias oleh mata,
terlihat menyala.
Tak mahu lagi aku pujuk dengan puisi.

Puisi yang menipu rasa hati.
tapi cukup memujuk diri,
Marah.
Aku marah teramat.
Kenapa mudah dipujuk puisi sendiri?!
Benci.

Aku mahu keluarkan
biaskan,
pancarkan,
marakkan segala rasa pedih ini.
Hingga tinggal rasa balas dendam.
Rasa yang buat aku berkuasa,
buat aku kuat.
kuat untuk paksa aku berdiri
dengan penuh api dalam hati.

Cuma aku.
Cuma aku sahaja tahu
maksud sebenar balas dendam.
Kau yang berkata,
cukup cuma diam.


Saturday, October 5, 2013

Tertipu..

Cuba cari aku dalam samar,
tak terbias walau sedikit oleh cahaya,
cari aku dalam duka
yang tak terurai satu demi satu.
cari aku dalam duri onak
yang menduga jiwa.

kau akan temu aku 
yang bukan sekadar potret rupa,
kau akan temu aku
yang bukan dusta.
Jika kau masih dibuai
kenangan indah senyum manisku
kau tertipu.
Sungguh kau hampir tertipu.








Jawapan indah untuk hamba yang keliru

Depression.

My path became more complicated and hard.

Semakin aku berusaha untuk berserah, semakin itu jalan hidupku berliku.
Semakin aku pujuk hati ini untuk yakin padaNya, semakin itu juga redha ku pertikai.

Minggu ini, minggu air mata. 
Minggu kekeliruan.
Minggu kejatuhan emosi.
Minggu senyuman memujuk hati sendiri.
Minggu gelak yang dihasil untuk menyembunyi.

Serius.

Minggu ini, minggu aku menangis sakit, menangis pedih, menangis keliru. Depressed. Tak siapa tahu. Takkan ada yang tahu. Malah, aku sendiri takkan beritahu.

Hari ini,
my faith is shaking once more.

"Tuhan... kenapa disaat aku berusaha menyerah diri kepadaMu, jalanku lebih buntu dan keliru juga pilu?"
(soal hati pada Allah)

Lalu ku bacakan doa yang sering disebut setiap kali.... Hinggalah ke ayat,

"Ya Allah, ya zal jalali wal iqram... Jadikan aku hambaMu yang sangat bertaqwa kepadaMu. Jadikan aku hambaMu yang sangat bersabar atas segala ujianMu. Kurniakan aku kesabaran umpama sabarnya para anbiya. Jadikan aku juga hambaMu yang selalu redha......."

Dan waktu itu.....
jawapan soalan aku sudah terjawab.

"Aimi, kau mohon untuk jadi hambaNya yang bertaqwa, sabar dan redha. Jika kau mahu jadi semua itu, inilah jalannya. Ya, ini antara jalannya. Memang berat, tapi ini yang kau minta. Jadi sabarlah..."

Dan sekarang menyesali perbuatanku,
menyesal kerana tidak yakin. Menyesal kerana masih ragu-2. Menyesal kerana aku masih belum betul-betul redha. Semoga Allah ampunkan aku.


Mungkin nanti hati ini akan berbolak balik lagi.
Tuntun aku ke jalanMu..
Mungkin nanti aku keliru lagi.
Beri aku jawapanMu.
Aku mohon pada Kau yang satu. Mohon dengan serendah-rendah diri ku.





p/s : The answer is always Him.

Sunday, September 29, 2013

Rasa T dan K bila kau in P

Rasa takut dan khuatir
menerjah meluru masuk
bila kau terhidu sendiri bau darah dalam kepala,
sedangkan tiada satu pun mengalir keluar dari hidung
atau mana-mana liang,

Dan rasa takut juga khuatir itu
semakin bertumbuh
bila tangan kau menggigil
kaki kau terpaku,
dingin meresap menyatu bersama tubuh.

Rasa itu makin menyubur bila
segala yang kau lakukan tak cukup
kuat untuk menenangkan.
Malah buat kau loya hampir pitam di hamparan.

Sedang aku bertarung dengan rasa itu,
sering aku sogokkan dengan ayat jitu,
"Serius, jangan susahkan orang lain lagi,"
Kau lebih kuat jika diam sendiri.

Aku tahu,
Kau takut dan khuatir bila kau in pain.
Aku ada... kau tahu aku ada.

p/s : Kepala berdenyut merdu, menulis jadi tranquilizer selain berdoa. 

Thursday, September 26, 2013

Dedikasi basi

Kita harus begini,
kita harus begitu..
Blablabla...masih juga diteruskan leterennya.

Sudah,
apa kataku ada isinya,
apa kataku aku pasti ada gunanya.

Tapi,
jika kau tak sudi..
abaikan kata itu,
abaikan niatku,
bunuh saja akalku.

Kalau sanggup,
bunuh saja ragaku,
jika itu mampu puaskan rentakmu.

Berani kau ludah nista
depan mataku,
tak mengapa,
aku sudah lali,
entah berapa kali hati berbolak balik
antara mahu jadi patung atau jadi diri,

Dan suka untuk aku
jeritkan,
AKU AKAN LAWAN.
bukan untuk sekali
tapi seumur hidup hingga aku MATI.


p/s : setelah sekian lama tidak menulis.

Sunday, August 4, 2013

Dua perspektif dua persepsi


Aku rasa sakitnya hati orang dengan cara aku rasa sendiri sakitnya.
Aku rasa marahnya hati orang dengan cara aku rasa sendiri marahnya.
Bila aku sudah mengerti, aku akur.
Bagaimana sakitnya hati aku,
hati orang yang disakiti juga akan rasa begitu.
Jadi,
perlahan-lahan aku cuba untuk tidak lagi menyakiti hati orang lain.

Kata orang, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna.
Tapi aku percaya pada peluang.
Aku percaya itu cara belajar paling berkesan.
Tapi aku masih juga percaya kata-kata itu dalam sudut lain.

Lumrah manusia,
kesalahan nampak dulu,
kebaikan, sebelah mata pun tak mahu,
menegur macam nak bergaduh,
berpesan macam bagi arahan.
kalau hitam hitamlah,
kalau putih maka putihlah,
tiada kelabu, coklat atau merah.
Bantah sedikit,
habis segala cop kata-kata ditempek ke muka pesalah.

Kadang membantah kerana ego,
ego kerana sengaja nak tengok ada kah orang yang mampu
sentuh hati buat tersedar kembali.
Kadang membantah kerana jahil,
jahil kerana tiada yang mengajar ikut cara baik,
cara sentuh hati,
mana tidak,
bodoh bangang semua keluar,
hati yang nak tahu rasa tercabar,
malah nak mencabar walaupun tahu akan kalah.

Bagi yang baca puisi miskin dari
penulis amatur ini,
kata-kataku mungkin dikatakan alasan seribu alasan,
malah mungkin dikata tak masuk akal,
sesuatu yang punya dalil tak perlu nak berdolak dalih lagi,
maaf jika puisi ini berbaur alasan, dalih
dari orang keji.
corak kainku tak sama dengan corak kainmu.
walaupun kita dulu lahirnya sama putih dan kosong.

Maaf jika kehadiran orang keji yang punya alasan dan jahil ini
sangat-sangat menyusahkan dan menjijikkan
di mata orang mulia seperti kamu semua.







Kau aku. Lain.



Banyak sebab kenapa aku tak layak untuk semua orang yang baik sebaik-2 nya kat dunia ni.

Tak payah nak cakap,

"Eh, tak baik cakap macam tu kita kan boleh berubah,"

Memang betul pun tu.

Tapi satu kenyataan yang semua orang kena tahu,
setabah segigih mana pun aku berubah dan cuba berubah,
belum tentu aku akan jadi baik sebaik-2nya,
aku sendiri takkan tahu adakah aku sudah sebaik yang konon-2 baik gila.

Yes, orang lain yang nampak kebaikan seseorang.
Tapi mana kau tahu, aku ni hipokrit ke saje berlakon baik. Kau tak tahu kan.
So jangan nak kata, "aku yakin kau kau ni baik orangnya," 

Tengok cara aku dah tahu kasar dan kurang sopan dalam ruangan sendiri.
Ye sebab sekarang aku di fasa nak rebel semua yang orang cakap.

Setiap orang, lain cara dia belajar erti hidupnya.
Setiap orang juga berlainan cara Allah datangkan hidayah dan teguran dan ajar seseorang tu.

Untuk aku, 
aku yakin sebab sejak dari dulu memang begini.
Allah, tuhanku mengajar aku dengan cara aku menempuh sendiri segala keburukan, merasai hakikatnya kenapa sesuatu itu buruk untuk aku. Dan sangat bersyukur Dia tidak pernah biarkan aku terus hanyut, kerana setelah dibiarkan aku melalui semua itu, terus dipanggilnya aku untuk kembali dan dengan cara itu, aku tahu kenapa begitu..

Kau dan aku tidak sama.
Aku dan kau tak mungkin sama jalan ceritanya.
Jadi jangan samakan aku dengan kau.

Kau tak pernah rasa apa yang pernah aku rasa yang sukar untuk aku bongkarkan di sini. Takut-2 aku mempengaruhi orang lain atau mungkin terus di cop hamba Allah paling jahil. Atau paling teruk dikecam hebat tanpa orang lain tahu hakikatnya. 

Jadi biar aku simpan sendiri.

Dan biar aku katakan sekali lagi.


AKU DAN KAU TIDAK SAMA.
KAU DAN AKU TIDAK MUNGKIN SAMA JALAN CERITANYA.



Saturday, July 27, 2013

Borak dapur

Bismillah
Assalamualaikum.

Niat nak publish perbualan antara ibu dan aku bukanlah berniat nak mengaibkan diri sendiri

Akak! Masak la, dah besar pun tak reti masak. Cubalah masak, duduk kat dapur ney. Ini tidak, orang tua kat dapur dia sibuk kat luar tengok tv. Blablablabla.... *berterusan*

Ish ibu ney.

Tengok tu... *sambung lagi*

Eee.. akak bukannye tak pandai masak. Ingat akak ni dahsyat sangat ke tak pandai, cuma akak taknak duk dapur je dan taknak masak. (sambil masuk dapur)

Yeke pandai, itu ibu belum rasa lagi. Ayah kau makan je, dia bukannye jenis kisah.

Nasiblah. Takde, janji akak pandai masak dah la.

Kau, kalau dapat laki cerewet ni tak boleh tu tak boleh, tak tau la.

Dia nak cerewet-2 pegi masak sendiri.

Eh, macam tu pulak.



Luahan hati seorang aku yang rebel kalau bab masak.
Aku sesungguhnya bukan wanita melayu terakhir dan tak mungkin akan jadi.







p/s : fine. Aku tau siapa aku kalau tak pandai masak. =.=''


Tuesday, July 23, 2013

Halusinasi atau schizophrenic

Bismillah
Assalamualaikum

Dua tiga hari ni, aku jadi tak keruan.
Hilang fokus lepas beberapa minit. Kadang tengah-tengah duduk, fikiran kosong tiba-tiba. Melayang entah ke mana. Tengah-tengah duduk depan pintu konon nak fresh air, tiba-tiba blank lagi. sungguh terasa numbness nye kat situ.

Bila fikir balik, ruginya. Baik aku pegi mengaji ke, berzikir ke at least dapat pahala. Agaknya memang macam ni ae mood orang selesema. Percayalah, aku tak bercakap pun dalam rumah ni. Sepatah orang tanya, sepatah aku jawab. Paling sunyi, sepatah orang tanya, tak keluar sepatah pun dari mulut aku.

Mental breakdown gara-2 insiden malam semalam agaknya. Nak bercerita sambil menangis tak tau kat siapa. Memilih jugak aku ni. Tahan jela.

Dengan keadaan macam ni, aku rasa macam orang gila pun ada gak. Termenung je. Nasib baikla ada chat dengan kawan-kawan. Hilang sikit gaya schizo aku tu.







p/s : sudah-2 la tu. Jangan mengeluh sangat.





Wednesday, July 17, 2013

Aku tak minta untuk difahami, diikuti atau apa sahaja

Bismillah..
Assalamualaikum

Salam Ramadhan untuk semua.

Entry kali ini aku tak tau nak klasifikasikan ia sebagai apa. Mungkin puisi yang tak seindah puisi orang lain, atau puisi ahli-2 TanpaNama atau juga pemuisi terkenal dunia.

Bismillah.....

Satu, aku begini,
Dua, aku begitu,
Tiga, aku akan terus begini dan begitu.

Harap tuhan jaga apa yang selama ini aku jaga,
harap segala apa yang cuba aku jaga,
akan terus terjaga dan terpelihara,

Bukan tidak mahu melimpahkan cinta,
tapi aku masih mahu menjaga,
meletakkan sesuatu pada tempatnya.
meletakkan tembok pemisah yang utuh
dan takkan roboh,
sehingga waktunya tiba.

Selagi masih sendiri,
aku masih akan terus menjaga apa yang selama ini aku jaga,
jangan paksa diri ini,
aku mungkin bisa lari,
kerana aku pemilik kerasnya hati ini.






p/s : Ramadhan itu indah dan bermakna jika kau sendiri yang buat ia
bermakna dan berbeza.





Sunday, June 23, 2013

Jerebu di luar, jerebu di hati, jerebu di otak

Assalamualaikum,
selamat sejahtera..

Malas nak menulis sebarang puisi yang tak berapa nak indah. Otak dah berkabus sangat.

Musim-musim gersang dan jerebu yang pilu ni tak membantutkan rasa nak happy selalu. Alah, rileks la.. jerebu je, dah bertahun kita lalu situasi begitu. Kepala bana kau. Ehh. Maaf agak kasar. Tapi takpe, betullah tu.. Cukup-2 lah dengan jerebu dekat luar, kau tak payah nak mengada tambah-2 jerebu dalam hati bagai.

Dah. Aku nak hentikan segala benda yang aku mengarut kat atas tadi.

Sekarang ni, dek jerebu yang semakin menebal dan mengganas, tekak ni dah perit semacam, mata ni pedih tak payah cakap. Pedih sebab kena asap, pedih jugak sebab tak dapat melihat keindahan langit yang membiru. Sobs.

Hati pun dah mulai mengada nak join jerebu sekali. Malam ini adalah malam bermulanya aku bersendirian tanpa ditemani roomate. Roomate ku akan pulang ke kampung halaman stelah berhempas pulas untuk final ni.

Nampak je di luar aku gagah perkasa, tapi jerebu dalam hati and otak ni dah sama tahap macam di Muar. Ye darurat. Sampaikan apa yang aku baca untuk paper seterusnya, satu huruf pun taknak menjengah masuk. Tengah menangis ni. Serius. Tak tahu nak buat apa.

Nak mengadu menangis.
Dikatanya lembik la.
Tak gigih langsung.
Tak tabah.
Takde wawasan.
Alah sikit je tu ujian pun nak merengek, cuba duduk kat syria.

Oke oke. Fine. Tak mengadu.

Jadi disimpan ajelah sampai naik berjerebu dah hati ni.

Takpelah.

Ciao. Malas nak menaip dah datang. So, aku klik publish je.






Wednesday, June 19, 2013

Terngiang-ngiang

Cuba dengar lagu Neil Sedaka,
dengar sekali,
menarik hati,
dengar kali kedua,
kau senyum tak henti,
dan kerana kali kedua,
buat aku mahu mendengarnya berkali-kali.


"You are the answer to my only prayer,
you are an angel from above,
I was so lonely till you came to me
with the wonder of your love,
I don't know how I ever lived before,
You are my life my destiny,
oh my darling, 
I love you so,
You mean everything to me..

If you should ever ever go away,
There would be lonely tears to cry,
the sun above would never shine again,
there would be teardrops in the sky,
so hold me close and never let me go,
and say our love will always be,
oh my darling, 
I love you so,
You mean everything to me..."


You mean everything to me - Neil Sedaka -

p/s : pertama kali dengar dalam kereta dengan ibu,
sudah tentulah radio Klasik Nasional.




Tuesday, June 18, 2013

Apa jadi?

Tak tahu apa masalah blogger.com
semua gambar dalam blog aku satu pun tak boleh buka, tak display langsung pun.
Malas aku nak melayan. Lantak kau lah.
Ada hal yang lebih penting yang perlu aku fikir dalam-2.

Contohnya hal diri aku yang tak balik-2 lagi dari alam fantasi.

"Hoi! Baliklah! kau dah plan macam-2 untuk gap seminggu ney, takkan nak blah tinggal aku sorang, terkontang kanting mengadap nota-2 yang tak ada daya aku nak memahamkannya ni!."

bermonolog sendiri yang hampir saja buat aku luahkannya guna mulut zahir.








Teori

The order of nature,
The order of life,
Rantai juga siratan makanan,
Evolusi kehidupan juga pertumbuhannya,

Jangan lupa,
andai berlebihan akan ada peristiwa
membawa kembali keseimbangan,
Jangan lupa,
rate of mortality yang sama dengan rate of fatality
itulah yang membuat dunia ini stabil.

Jika ramai nyawa yang tergadai,
kau harus tahu,
nyawa itu dibayar dengan nyawa,
jika satu mati,
satu lagi lahir,
jika beribu yang pergi,
kau perlu sedia untuk kedatangan lagi beribu yang hadir,

kau cambahkan nilai cinta, nilai ilmu,
nilai yang tak ternilai pada nyawa yang bakal bertamu,
kenapa perlu kau menangisi,
memarahi kejadian yang sudah tuhan suratkan
sebelum kau diciptakan lagi?

Kau bodoh?
Atau kau tuli?
Kau tak reti fikir?
Apa guna akal yang mengalir,
tapi cuma digunakan pada buku 
dan formula berselirat yang dikatakan ilmu,

Buka mata,
buka hati,
buka minda,
kau takkan mati jika cuma kaitkan
apa yang kau study
dengan hidup yang kau tak tahu apa bakal terjadi.

Sini,

Pernah dengar?
"sekiranya populasi manusia melebihi keupayaan membawa,
populasi itu akan menjunam"
ini susunan kehidupan,
ini susunan alam,
yang telah disusun strategi oleh tuhan,
jangan banyak menyoal lalu mempertikai,
kau perlu menyoal dan mengambil tindakan,

Kan semua sudah diajar,

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.





Friday, May 31, 2013

Gradually lost

I lost my memories even for a simple things,
I lost my ability to stay up late.
I lost my appetite drastically.
If ate more or even less, I seriously got sick.
My body ache everywhere.
I fell asleep more often.

Am I getting older?
Yes, my gray hair started to grow.
But I didn't see any wrinkles.

Maybe, it is just my time to lost all that,
and learn to appreciate every single things I've got.
When I lost it, I'll never get it back.
When I completely lost everything.
What I have is only my 'amalan'









p/s : I'm trying to prepare for the time.
I'm trying to learn to accept and endure.
I'm trying to be a better person for dunia and akhirat.
I'll be coming to the day.
I'll go through the days happily and peacefully
without counting it.
But I'll do my best to gain my pahala like
there is no tomorrow.

Friday, May 24, 2013

Ajarkan

Mohon ajarkan aku berdiri,
Mohon ajarkan aku berjalan,
meniti laluan yang masih belum terhias indah,
tergagah andai tersungkur,
bangkit dan belajar sekali lagi,

Ajarkan aku,
meminggir apa yang berseteru,
seteru di kalbu yang buat aku keliru,

Ajarkan aku,
kuatnya jitu yang membatu,
agar lebih mudah aku berlalu,
tanpa ada rasa sayu yang pilu,

Ajarkan aku,
redha yang bukan menyerah kalah,
biar dapat terbeza menyerah dan berserah,

Ajarkan aku,
putus itu satu kegagalan,
kerana mati hati andai yang putus itu satu harapan.

Ajarkan aku,
sabar yang tak terbatas,
andai terjadi, aku mungkin sekali termarahkan tuhan.

Ajarkan aku,
kalimah yang terukir jadi zikir,
tapi zikir yang suci bukan memaki,

Ajarkan aku,
seribu cinta yang tak terbazir bagi yang terhina,
sedang cinta punca lahirnya dunia,
dan cinta juga bawa ke syurga.

Ajarkan aku,
syahadah,
biar nanti tutupnya mataku dalam mujahadah,
terlindungku dari sakitnya terpisah
jasad yang tidak lagi mampu,
hidup yang cuma kenanganku,
dan barzakh menjadi alam baru.

Ajarkan aku semua itu,
lengkapkan hidup tak menentu,
biar nanti perginya aku
menuju tuhan yang satu
dengan amalan yang kalau dikira,
aduh...
malunya aku....

Harap tidak begitu.





Thursday, May 16, 2013

Mahu

Tuhan,
Kau tahu dari dulu aku mahukan itu,
mahukannya seutuhnya,
dalam hati ini Kau tahu aku meronta mahukan itu.

Demi senyuman ibu,
demi gembiranya ayah,
Tuhan...
aku mohon perkenankanlah doaku semenjak dulu.

Walau cuma sekali aku merasakannya,
tolonglah aku,
kuatkan semangatku,
kembalikan jati diriku,
tiupkan kekuatan jituku,
agar aku dapat membayar harga menuntut ilmuMu.

Mungkin tersalah langkahku,
Mungkin bakal tersalah lakuku,
Tuhan..
bantu aku..
Jika tidak layak aku mendapatkan itu,
Kau tiupkanlah rasa redha dan rendah diriku.

Kau lebih tau.
Sedang aku cuma hamba yang hatinya selalu berseteru,
juga celaru.

Tuhanku,
terlalu banyak mahuku,
terlalu banyak pintaku,
sedangkan arahanMu sering tidak ku akur,
Masih layakkah aku meminta untuk yang satu itu?
Malu..

Allahu...
Allahu....



p/s : kali ini aku benar-2 serius menyerahkan semuanya kepada Dia.
Moga aku lebih redha dan tenang menerima hasilnya.
Hasil atas usahaku sendiri.
Moga usahaku kali ini lebih kuat.


Wednesday, April 24, 2013

Bagi aku peluang

Bismillah
Assalamualaikum..

Rasanya ruangan kecil ini sudah semakin berkarat, sukar berfungsi dek wifi yang macam sus scrofa.
Jadi memandangkan waktu ini wifi agak simpati dengan aku yang sudah lama rindu nak menulis, jadi biarkan aku tenggelam dalam nikmatnya menaip meluah melakar dan mencoret rasa.

Bagi aku peluang dan kuasa veto untuk menulis segalanya.
Pleaseeee...

Gelandangan


Begitu ramai orang mencoret puisi,
puisi cinta,
puisi kehidupan dilakar suka dan duka,
puisi sebuah kejayaan,
puisi yang lebih mengajak,
banyak,
kau pasti temukan berlonggok populasi pemuisi
yang mengisi segenap ruang infiniti duniawi,

Begitu ramai yang menyalakan lampu idea,
mencari walau sebutir ayat yang mendalam
pemikirannya,
jika puisi itu matematik,
maka kau harus fikir apa formula
tepat yang membawa pada destinasi akhirnya,
jawapan yang tepat,
malah mengkagumkan!

Puisiku...
cuma tentang daun yang berguguran,
hujan yang tidak henti,
kelam yang semakin pekat,
penuh soal mati,
bukan maksudku memuja kematian,
tapi dek minda berputar ligat,
cuma pada waktu suram yang hitam.

Jika dilihat guna kanta pembesar,
puisi ku cuma sebuah puisi gelandangan,
tersadai terpinggir tak dipandang,
meminta simpati di kaki jalan,
dihimpit kesesakan pemuisi indah
yang lebih tajam fikiran.

Betapa gelandangannya puisiku ini,
cuma mampu dialunkan melankoliknya
dalam minda dalam hati,
untung jika masih boleh berfungsi,
jika sudah hilang nikmat hidupnya,
sunyilah kau tak diketahui,
sunyi tidak diingati,
malah mungkin tidak berpusara,
cuma tinggal tanah gersang yang tak diketahui wujudnya
mendiang puisi duka.

Puisiku puisi gelandangan,
ditepian,
puisiku dialun penuh kesepian,
puisiku dibaca bersendirian,
tidak dipedulikan,
tidak berbunyi megah,
cacat dan serba salah
cuma sampah.

Puisi gelandangan ini,
masih tetap menerangi pemuisinya,
meski malap tapi masih segar,
masih bernyawa,
puisi gelandangan inilah jiwanya,
hatinya, akalnya, juga nafsunya.
Jika gelandangan,
maka selamatlah mungkin dari kejamnya dunia
penuh tipu dan dusta.

Sukar itu bahagia,
bahagia itu perangkap tidak nyata.

Terimalah puisi gelandangan,
tak bernama,
tak dipuja,
cuma seadanya.


p/s : sekadar gelandangan di dunia puisi.

Saturday, March 23, 2013

Ilusi Mia dan Ad


Mimpi bahagia bersama itu sudah normal,
24/7 merindu itu sudah biasa,
tak sangka,
aurora kasih itu datang indah,
cepat sekali hingga terbuang segala gundah,

Angin malam itu tidak lagi dingin,
terasa erat tangan yang menggenggam,
terasa hangat dalam dakapan,,
Mia milik Ad,
Ad milik Mia...

Ilusi malam terus berkembang,
dalam awan itu,
Mia Ad bukan dua nama berbeza,
tapi nama untuk jiwa yang satu,
melihat jauh ke hadapan,
bahagia itu dirasakan benar,

Tapi malang itu cuma ilusi malam
yang sengaja datang,
terganggu dengan realiti alam,
Mia bukan milik Ad,
Ad bukan milik Mia,
itu cuma ilusi buat masa ini,
yang semakin membara dek campur tangan nafsu di hati,
nakal sungguh.

Aku tersenyum sinis,
tahniah Mia.
Kau mampu bahagia dalam mimpi,
harap kau bahagia di alam realiti.

Sumber di sini




p/s :  hati ini berpenyakit. Aku harus keluarkan kau
atau kurung kau dalamnya?


Wednesday, March 20, 2013

Menari



Menari-nari tango,
ditambah pula lagu rentak mambo,
memang galak kau atas dance floor,

Hey,
kenapa kau?

Aku sedang ditawan,
aku hilang kawalan,
semuanya sebab adrenalin yang sedang rawan,
dirembes hasil dorongan kopi dua cawan,
Sekarang jangan kacau aku,
aku mahu menari sementara tidak kaku.

Terbaik jawapan kau Cik Jari.
Harap berseronoklah menari.




p/s : inspirasi kopi

Tuesday, March 19, 2013

Kod Da Vinci


Lampu atas kepala masih tak menyala lagi,
merajuk barangkali,
sekarang nak mengharapkan hati,
tapi....
hati kalau takde lampu atas kepala,
tak terkawal gamaknya,
Silap-silap semua rasa diluah tak ingat dunia,
tak ingat dosa.
Bahaya.
Eh, entah macam mana,
tiba-tiba menyala pula,
mungkin terangsang oleh aroma kopi
dalam dunia fantasi,

Nak madah tentang kod Da Vinci,
orang kata sulitnya macam rahsia besar yang terkunci,
cuma bagi aku,
kod kali ini lebih emosi bercampur fantasi,
mungkin juga alam mimpi,
tapi aku tetap rasa ianya realiti,
cuma satu huruf,
aku dah faham semua maksudnya.

Cuma satu huruf.

Dan aku paling suka huruf S.
Eh, ada lagi, huruf R.
Harap lepas ini boleh keluar huruf C.

"Macam-macam lah kau wahai lampu"
monolog sendiri,
Senyum dah makin melebar,
sampai ke telinga,
hampir tak terlihat matanya.
Kenapa suka sangat ni?
Ada taman rupanya dalam hati,
puji diri sendiri.

Terima kasih huruf.
Hari aku positif lagi.
Hari aku berbunga lagi.



p/s : entry yang dah siap sejak awal, tapi tak mampu nak publish sebab
internet merajuk tak jenguk-2 dari tadi.


Sunday, March 17, 2013

Telepati Lala, Jiji, Nana, Mimi dan Lili

Bismillah
Assalamualaikum.

Mimi  :  Kau kenapa? ooke tak?
Lala   :  Aku? takde pe.. aku oke..
Mimi  : Aku rasa aku tau kenapa kau.. sebab aku dapat rasa apa yang kau rasa sekarang sama dengan apa     yang aku rasa.
Lala  :  Serius? kau rasa ke apa yang aku rasa? Gila arh! Apa yang aku rasa?
Mimi  : *bisik pada telinga Lala*

Mimi dan Lala tersenyum.. perbualan sambung lagi..

Lala   : Aku tak tau la kenapa... 
Mimi : Aku pun sama.. aku risau gila apa akan jadi nanti.
Jiji    : Weyh, korang kenapa? Korang ckp pasal tu ke?
Mimi : Aah. Kitorang risau sebenarnya..
Jiji    : Aku pun... risau gila...blablabla

Perbualan diteruskan lagi dengan segala hujah yang dikeluarkan dan pandangan yang dilontarkan serta perasaan yang di luahkan mereka.

Di sebuah bilik..

Nana   : Weyh,,jujur la aku nak cakap.. sebenarnya aku risau la pasal tu. Aku tengok je macam tak ambil             kisah, tapi aku kan jenis memerhati orangnya...
Mimi    : Kau pun rasa jugak ke...? Bukan nak kata apa la... aku rasa kan kita kena ambil tindakan segera la weyh, aku rasa nak je bagitau and luahkan semua ney. Aku penatlah. Tapi aku takut kena bash je nanti. Kau cakapkan boleh?
Nana   : aku lagi la tak berani nak cakap. Kau kan selalu cakap. Aku tak reti sikit.

Nana meneruskan perbualannya tentang kisah itu dan pendapatnya.. Ditambah perisa sedikit oleh Mimi. mereka saling berkongsi pendapat. Ada jugak gelak-2 ada jugak sumpah seranah.

Di suatu peristiwa,

Mimi   : sebenarnyakan orang tengah fikir sesuatu ney.
Lili      : Tengah fikir pasal benda tu ke?
Mimi   : Aah, mana tau ney?
Lili      : Orang pun rasa macam tu jugak.
Mimi   : Laaaa yeke... so betulkan? blablablablabla

Perbualan berterusan  lagi.

Ternyata mereka memikirkan benda yang sama. Mereka merasakan perasaan yang sama. Mungkin rakan seperjuangan yang lain juga merasakan yang sama.

Di sini bukan nak menekankan apakah yang berlaku, dan apakah yang dirasakan. Cuma nak menekankan, betapa kimia antara mereka sangat kuat, kukuh, utuh dan jitu. Sehingga telepati antara mereka berjaya disalurkan dengan mudah dan lancar.

Segala perbincangan menemui jalan yang sama. Saling bertembung dan seiringan.
Tidak cukupkah lagi segala benda yang dirasakan bersama?
Bagiku, itu sudah cukup membuktikan sesuatu yang serius sedang berlaku.

Telepati antara sebuah ikatan kimia dan ukhuwah itu sangat cukup membuatkan sebuah benteng itu tidak roboh dek anasir fikiran luar yang membelenggu seolah tiada lagi peluang kedua untuk mereka.

Buat masa ini, biar telepati itu menular dan menembus ke setiap ruang fikiran dan hati. Biar mereka rasa apa itu jalinan kimia yang kuat. Mungkin waktu itu, cuma masa yang menjarakkan mereka. Tapi, hati, fikiran, perasaan, dan jiwa mereka tetap satu. Satu kerana telepati abadi yang tercipta tanpa jemu dan benci.


Telepati itu harus kekal demi melestarikan apa yang diperjuangkan.




Sekian.

Friday, March 15, 2013

Post mortem dari jauh

Bismillah
Assalamualaikum

FESENI 2013.

Besar maknanya buat aku.

NASYID

Besar ertinya dalam hidup aku.

Tempat kelima untuk kesayanganku UKHUWAH..
*hati berkecamuk, mata berkaca, fikiran mula melayang entah ke mana*

Johan untuk yang sangat dikagumi dan dihormati, FANNAN
*Wah...hebatnya mereka. Tak mampu ditandingi...mereka zaman kegemilangan CG*

Jujur.

Untuk seorang introvert tapi ada "penyakit" perfectionism macam aku. Aku tak mampu nak menanggung kekalahan, tak mampu nak menanggung sedikit kecelaan dan tak mampu menghilangkan perasaan kecewa dalam hati. Tapi aku berusaha se-maksima mungkin untuk mengawalnya dengan tindak-tandukku. Aku berusaha semampu aku menjaga tingkah lakuku agar tidak menyakiti sesiapa pun. Semuanya ku simpan dalam kotak fikiran dan hati. Ku lipat-2 dan ku sumbat-2 semua perasaan itu.

Namun air mata itu menunjukkan segalanya. Air mata kegembiraan kerana sekurang-2nya masih tetap ahli keluarga yang menang. Air mata kekecewaan kerana jauh sungguh jarak kami untuk mencapai tahap bagus.

Dan, kerana aku juga seorang perfectionist yang berusaha menjadi hamba Allah yang selalu redha. Maka aku berusaha se-maksima yang boleh untuk terus redha dan terus berserah dan sekuatnya untuk tidak menjadi generasi "Y" yang selalu bertanya kenapa. Dan berusaha menanmkan sifat tawakal, taqwa dan bersyukur atas segala nikmat Allah. Sudah banyak yang dikurniakan.

Mungkin kerana ALLAH SEDANG MEMUJUK HATI AKU, maka hari ini dimulakan dengan menonton kembali video nasyid malam semalam oleh kumpulanku. Oh, begini rupanya..... sungguh layak untuk kamu berada di tempat kelima. Aku bermonolog.

Terlalu banyak perlu diperbaiki.
Teknik. paling utama.
Perasaan itu juga penting. *mungkin sudah separuh berjaya*
Niat dan hati yang tulus juga core utama.

Dapat dikenal pasti kelemahan yang paling aku boleh kata "shit!" *maaf atas penggunaan ayat yang kurang ilmiah*

Penguasaan microphone.

Sangat teknikal benda alah ney. Kalau suara dah sedap macam hape tapi mic takley and tak reti nak control, ke laut lah nampak gayanya. Especially aku la kan..
Maka di sini ingin di usulkan. *yang aku rasa, Abg Andy dah cakap pun sebelum ney*
SILA BELI MIC UNTUK DIGUNAKAN SEMASA LATIHAN.
Ya,, ini harus diberi perhatian dan penegasan.
Ini penting untuk junior. Senior, mereka dah tau semua tu. Semua dah pernah pegang mic.

Jadi kepada ahli-2 CG yang prihatin.. Apa kata kita kumpul wang sama-2 dari semasa ke semasa. Kire macam menabunglah. Bukankah sikit-2 lama-2 jadi bukit. Kita kumpul duit. Buat tabung untuk beli mic SAHAJA. Kalau boleh setiap orang ada mic sendiri. Nampak tak desperatenya aku?
bukan nak menang semata-2 tapi bila tengok vdeo kita..aku cuma mampu geleng kepala. Kamu semua sudah bagus dan perlu digilap sekilat-2 nya je. Tapi kerana mic. Kita jadi macam...entahlah.

Usaha kita mungkin tak cukup lagi.
Tak cukup sampai kita rasa macam terlalu mudah.

Bukan nak menjatuhkan semangat dan kegembiraan semua.
Bukan juga nak buat kamu stress tak pasal-2.
Bukan.
Bukan.

Ini cuma luahan dari seorang INTROVERT YANG ADA ISU PERFECTIONISM.
Jangan berkecil hati dengan saya.
Jangan bersusah hati kerana saya.
Saya okey. =)

TAHNIAH.
TAHNIAH.
TAHNIAH.

Untuk FANNAN.
Mungkin ini tahun terakhir kamu.
Dan Alhamdulillah.
Di tahun akhir kamu berjaya mendapat apa yang kamu semua aim.
Saya masih ingat lagi post mortem feseni lepas. Kamu semua ada berkata,

"Aku harap, aku dapat johan untuk tahun terakhir aku dalam FESENI,"
Dan di sini.. Aku juga ingin mengharap seperti itu. Mahu mencipta DEJA-VU yang probability untuk ia berlaku seolah 1/10

"Bismilahirrahmanirrahim... aku harap waktu aku final year, aku dapat merasa JOHAN nasyid FESENI, walaupun sekali dalam seumur hidupku.."

Untuk ke FNK, rasa macam mustahil pulak. Mereka semua hebat-2. Lagipun FNK tu besar eventnya. Hahah rasa tak layak pulak jejak Johan tu. Bhahahah

Oh ya, terima kasih Abg Andy memberi peluang kepada kami yang junior ney untuk berkongsi pentas dengan Fannan untuk buat persembahan pada malam juara-juara nanti. Terima kasih juga sebab beri kami ruang untuk berdiri bersama mereka. Bak kata abg nuzul, miming pun takpe...kan. Takpelah, janji boleh sama-2 rasa malam juara-2 tu nanti. Hahahaha.
Oh, ye...! lupa nak cakap, terima kasih jugak sebab beri peluang kepada saya untuk bawak part sikit dalam taqwa. malu sebenarnya, sebab suara tak sedap mana pun. Kalau backup tu boleh lah. Mungkin semangat bersama-2 tu terlebih sikit. Serius. Ini pengakuan. hahahaha

Eksaited sebenarnya nak tulis entry ney.
Tapi bila dah menaip, tak tau kenapa sayu je hati. Bukan sebab sedih, terharu kowt. 

Harap yang Ukhuwah tidak bersedih atau stress atau kecil hati kerana luahan tak seberapa ini.
Mungkin agak tense. Maaf.
Ini bukan negative entry.
Ini neutral.
negative-positive = 0 charge


PENGALAMAN TERINDAH ITU DICIPTA,
DAN DIRATIB BERSAMA BAHAGIANYA UKHUWAH
YANG SENTIASA BERTERASKAN
CINTA
KEPADA SAHABAT,
KELUARGA,
RASUL,
DAN SUDAH PASTINYA
ALLAH SWT.




Thursday, February 28, 2013

Tolak tepi



Parah.
Tapi masih boleh bernyawa,
Mabuk.
Tapi masih boleh berdiri,
Kau tinggal aku,
tinggal jauh sedang kau sendiri menghampiri,
Katanya nak menemani,
Tapi belum sempat pun mengadu kau pergi,
Aku..
masih normal.
Dengan mata yang terkebil-kebil, mulut yang melopong,
menghadam apa yang berlaku dan apa salahku,
Mengambil langkah mudah,
biarkan sahaja.
Oh, tidak mengapa.
Semakin cuba dilupa,
malah semakin galak menduga-duga,
Seribu satu kemungkinan cuba aku bentangkan,
mata semakin kuyu layu dan sayu,
ketiduran dalam dugaan yang bertamu,
berdakapan dengan sejuknya sang bayu,
sambil ku bisik harapan yang satu.
Lupakan dulu semua itu.
Cuba cipta solidariti baru,
yang ahlinya cuma aku, aku dan aku.
Jadi hari ini hari inkubasi dunia baru.
Jangan ada yang mengganggu.
Aku mahu sepi.
Aku mahu sunyi,
harap tak lama,
kerana khuatir ia membatukan hati.





Tuesday, February 19, 2013

Apa jawapannya?


Kalau sayang apa bukti?
Kalau benci kenapa boleh jadi cinta?
Kalau cinta kenapa pulak jadi benci?
Kalau salah kenapa tutup sebelah mata?
Kalau semua tak sempurna kenapa masih ada yang mencaci?

Soalan demi soalan,
dilempar dan dipunggah,
dikerah sampai pasrah,
entah kenapa kau datang dengan idea menyampah.

Kau tanya soalan yang kau sendiri tahu,
dengan penuh sinis dan bermakna senyummu,
kau nak kepastian atau kau nak aku malu?
Kau beri aku satu saat untuk jawab soalan yang serupa infiniti,
Kau hukum aku seorang tidak berilmu dan kosong jati diri,
Sungguh kau bijaksana?
Oh aku lupa kau sang hakim yang kononnya berkuasa,
Dalam mahkamah kau boleh tunjuk lagak perkasa,
Guna ayat penuh bisa,
tanya soalan yang jawapannya tersedia depan mata,
Alasannya cuma mahu bukti jawapan kau tepat lagi berjaya,

Untuk soalan mu,
Biar aku jawab satu persatu,
dalam ayat yang harapnya padu,
Akal itu satu
harapnya panjang beribu batu,
Guna bijaksanamu fikir apa yang kau mahu,
berkongsi bertanya untuk lebih jitu,
mungkin buah fikirmu ada silapnya yang kau tak tahu,
bukan bertanya seolah jawapannya satu,
buka hati buka selera
untuk jawapan yang mungkin lebih diterima.

Jadi apa jawapannya?
Kau ada,
aku pun ada,
mari bercerita apa jawapan kita.





p/s : jangan kusutkan diri. Nasihat untuk diri sendiri yang terlalu overthinking
dan suka menyendiri....

Tuesday, February 12, 2013

Hujan turun lagi

Bunyi titisan air yang berdetik
sedikit demi sedikit sudah semakin membanyak,
menutup esakan sang perindu,
Dinginnya angin beserta hujan
membawa pergi rasa kasih yang masih bersisa,
Membekukan hati yang masih berdenyut,
Darah merah memenuhi gelas itu,
Darah yang mengalir bukan dari kesan luka,
Tapi mengalir dari mata yang selalu berduka,
Mulanya yang mengalir itu cair,
Semakin lama semakin pekat dan sakit,
Kalau sebelum ini esakan terlalu kuat,
Kini tiada satu esakan yang keluar,
Senyap sunyi,
yang kedengaran cuma titisan darah dari mata,
Beserta titisan hujan yang menggarang di luar jendela,
Semuanya bersatu,
Satu saat di mana tiada darah yang terhasil,
Kau berdiam diri menatap hujan
yang sedari tadi turun tidak berhenti,
Matamu sudah cengkung,
Tubuhmu yang segar sudah tidak lagi terlihat bentuknya,
Setiap garis kulit dan tulangmu tampak jelas teksturnya,
bibir munggilmu tidak lagi tersenyum menggoda,
lembut rambutmu ditiup bayu dari jendela,
kau pejam mata penuh sayu,
sekali lagi darah dari matamu mengalir laju,
entah apa yang kau kenang wahai sang perindu,
sekejap kau diam sekejap kau menangis pilu,
mungkin hatimu menangis selaju hujan yang turun itu,
mungkin juga hatimu dan hujan sudah bersatu,
hari ini kau menangis lagi,
hari ini hujan turun tidak berhenti,
tidurlah sang perindu,
dingin ini bersedia memelukmu,
membekukan hatimu,
hingga tiada lagi darah yang ditangismu.

tidurlah




p/s : inspirasi dari hujan yang turun sejak hari itu dan kesejukan yang menyelubungi

Friday, February 8, 2013

Realiti aksara


Lama aksara itu berhenti,
Sekejap ke depan,
sekejap kembali ke tempat tadi,
kadang-kadang berulang dia begitu,
Nampaknya sang penulis sudah kematian idea,
Mana lagi nak dikorek sumbernya?
Habis sudah diperah,
masih kering juga.
Nak diperah apa lagi?
Jus-jus otak juga sudah kering kontang barangkali,
tak menarik minat zombie yang berlari ke sana ke mari,
Dunia menulis terlalu sukar untuk kau,
tak banyak kilometer yang sudah kau jelajahi,
kurang penglibatan sosial yang kau tempuhi,
susah kau nak menulis kalau kau seolah berada dalam tangki kaca,
melihat dari jauh tapi tak pernah keluar nikmati sendiri rasanya,
Sekarang,
terperuklah kau depan skrin cerah mencari seribu ayat,
memerah segala keringat setelah idea sudah pun pergi meninggal,
Begini kau nak cari makan?
Mimpi lah.
Realitinya....
adalah sukar untuk buat aksara bergerak selaju kelajuan cahaya,
melainkan kau memang sudah tertulis
menjadi sang pemilik aksara sejati,
Beruntungnya..
kerana aku bukan seperti itu..
aksaraku selalu berhenti dan tersekat-sekat
selama mindaku berhenti mencari jalannya,
Namun aku masih tetap setia dengannya.

senyum.
Click 'Publish' dengan harapan aksara akan bergerak laju lagi
untuk keesokannya.
Harap.





p/s : kalaulah aku jadikan menulis itu satu pekerjaan,
mahu mati kelaparan aku jadinya.

Thursday, February 7, 2013

That piece of paper

Last night..
I dreamt about you. Its been a long time.

Satu persatu memori menerjah masuk minda aku tanpa belas kasihan. Aku yang makin lama makin keliru dengan apa yang aku rasa. Rasa lemas. Rasa mahu menjerit berhenti pada semua masa lalu itu. Rimas. Bila perasaan lama menjelma. Kenapa mesti kau ada dalam mimpi itu? Kenapa? Pergi sahaja jauh jauh.
Aku langsung tak berharap kau hadir walau dalam mimpi. "Mimpi cuma mimpi la kenapa kau nak serius sangat ney?" bermonolog sendiri.

Yes. Cuma mimpi dan aku tak pernah berharap ia satu petunjuk. Aku sudah ada masa depan yang aku lakar dan aku rancang. Aku sedang berusaha dengan pelbagai cara untuk menjadikannya kenyataan. Tak mungkin kerana mimpi yang sekejap ini boleh mengubah semuanya. Aku gelak sinis sambil menggeleng kepala. Ah.. Oleh sebab mimpi sudah mendatang, jadi hari ini aku akan habiskan masa mengenang semula masa lalu aku dengan dia. Hari ini sahaja.

Mula-mula aku teringat semua apa yang pernah berlaku. Hubungan yang cuma berapa kali berjumpa, selebihnya melalui pesanan ringkas dan panggilan. Hmmmm.. Nothing special. Kenapa dia jugak yang aku ingat. Geleng kepala lagi. Oh, peristiwa dalam bas. Itu sweet. Aku senyum sendiri. Habis sampai disitu kenangan bersama. Kali ini gelak besar. Itu sahaja? Kau memang kelakar Amillia.

Selepas mandi, tiba-tiba tergerak nak selongkar laci. Eh, terjumpa satu diari lama. Selak satu persatu halaman. Ada lirik-lirik lagu Letto yang pernah kita nyanyi sama-sama. Sungguh childish. Senyum sinis lagi. Eh ada satu halaman yang hilang. Ye, ada bekas guntungan halaman yang masih tertinggal. Mana? Mana halaman tu?

Habis laci aku selongkar. Ada satu beg yang penuh dengan gambar dan kad-kad ucapan. Tersenyum sebentar, sekurang-kurangnya dulu waktu ulang tahun aku mesti akan dapat kad ucapan. Eh ada kad ucapan dari dia dulu. Ah takde, tujuan aku nak cari halaman yang hilang. Aku masih ingat isinya. Cuma aku ingin membacanya sekali lagi.

Tiada.

Aku sudah buang barangkali. Atau mungkin sudah ku bakar.
Dan waktu itu. Hati jadi sayu. Sayu kerana menyesal. Sekarang semua jadi normal. Pandang ke hadapan.
"terima kasih masa lalu sebab jadi peneman untuk hari ini.." Senyum pada diri. Oh, Upin Ipin dah start la. Dah lama tak tengok Upin Ipin. 

Click 'Publish'.

Ehsan En. Google




p/s : first love yang tak mungkin jadi milik aku. Pandang dari jauh dari minda je. 
Tak mungkin kerana sayang,aku cuma teringat je... =)

Wednesday, February 6, 2013

Masih di bawah


Perlahan aku jalan,
bunyi tapak kaki yang diseret ke lantai
memecah sunyi ruangan itu,
Lantai yang dipenuhi bunga melur,
disepak sayu ke tepi agar tidak dipijak,
Dipenuhi wangian melur yang menyesakkan,
namun masih segar.
Ke hulu ke hilir aku berjalan sambil menari kecil,
menikmati ruang sunyi yang wangi,
rambut panjang yang kusut ku sisir lembut,
sambil menyanyi aku tertunduk,
berhenti di tengah-tengah ruangan,
aku terduduk.
tanpa disedari satu titis mutiara jatuh,
cuma satu.
Aku masih disini,
ditapak itu.
tidak berganjak.
Mata mulai merah, marah.
Ku rempuh tingkap dan pintu yang berkunci.
Aku mahu keluar, aku mahu ke atas.
Aku jerit sepenuh hati,
buat pembakar semangat.
Ku rempuh lagi, kali ini berganda tenagaku,
Berulang kali hingga aku terkulai layu,
tingkap itu tetap tidak sedikitpun rosak,
pintu itu masih berkunci kukuh.
Dan aku masih lagi di bawah,
walau apa aku lakukan.
Adakah aku cuma akan keluar
bila aku sudah mati?
Ya mungkin.


Link gambar di SINI




p/s : tak tau lah di mana silapnya. Sudah berusaha tapi masih tak dapat.
Mungkin ada aspek lain yang buat aku gagal. Atau mungkin
usaha masih tidak cukup.
Tak apa lah... bersyukur sahajalah.

Saturday, January 26, 2013

Wanted

Bismillah..
Assalamualaikum

Dengar wahai semua orang kampung. Lepas dah dengar sila ambil perhatian dan sila ambil tindakan.
sekarang ni terdapat sebuah kumpulan yang sangat dikehendaki. Meraka bergerak dibawah sebuah badan organisasi yang tak berapa nak besar, tak berapa nak kecik juga tapi masih berorganisasi.

Meraka tidak berdaftar. Sila ambil perhatian. MEREKA TIDAK BERDAFTAR. Tapi percayalah meraka dikenali. Oh belum cukup terkenal. Tapi bakal terkenal satu hari nanti. Jadi sebelum semuatu menular, lebih baik kamu semua ambil tahu.

Kumpulan ini diberi nama CG (baca: siji) ye.. siji loro telu papat tu.. Kumpulan ini banyak profession. Like seriously. Tapi paling utama ialah berdakwah. Dakwah mereka unik sedikit, sebab mereka berdakwah melalui nyanyian. Kalau menyanyi, in syaa Allah hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah. Rahmat Allah kan hujan tu. Bukan sebab sumbang atau flat atau sharp atau tak project suara.

Dianggotai oleh beberapa orang penyangak yang berhati mulia. Tak pasti macam mane penyangak tu boleh berhati mulia. Mungkin penyangak sebab ditakuti orang lain, tapi berhati mulia sebab orang bagi tahi, mereka bagi madu. Amboyhh.

Pekerjaan sampingan.

Badan risikan

Ya mereka mampu menghasilkan sebuah kumpulan perisik yang emmm tak kurang hebatnya. (sila baca dengan nada zakiah anas, 999) Mempunyai group rahsia di FB. Ya.... segala perbincangan adalah sulit di situ. Dan smua perbincangan yang dibincangkan memang panas dan pedas.

Team decorator 

Baru-baru ini.. mereka telah mengejutkan customer mereka dengan hiasan kereta berhias yang agak desperate disitu. Dilakukan dalam keadaan hujan renyai-renyai semangat dan jiwa penghias ney mmg tak pernah padam. Jangan risau. Tangan-tangan mereka penuh dengan nilai estetika seni yang halus lagi mulus dan sangat detail. Percayalah, segalanya nampak sempurna walaupun hakikatnya itu adalah hasil terburuk bagi mereka. Jadi bila hasil buruk dilihat sangat WORLD bak kate customer mereka. Maka, sudah tentulah mereka itu tersangat hebat.

Artis

Jangan terkejut kalau dikatakan mereka ini adalah artis. Ya, didalam kumpulan mereka. Mereka ada DIVA, imam muda, guru vokal, pemenang Bintang Klasik, ada yang artis pakai gincu tebal dan masuk youtube dan ramai lagi artis-artis hebat termasuklah artis korea. Jadi jangan terpedaya dengan sikap low profile ahli-ahli kumpulan geng mamak CG ini.

Sebenarnya banyak lagi profession tapi yang paling bergaya lagi menular dikalangan ahli-2-nya ialah mereka adalah pelopor typo-graphy terdahsyat. tulisan itu mampu membuatkan mane-2 pihak terus dikejarkan ke ICU kerana kebocoran usus dan perut juga ulu hati.

Oh ya, kumpulan ini mampu melatih ahli-ahlinya menjadi pending. Percayalah. Jika anda sebelum ini seorang yang cekap dan pantas. Jika dilatih oleh coach pending terkenal sejak FESENI 12 yang lalu, pasti anda juga akan terjebak dan terjangkit. Kerana ramai yang sudah terkena. Jadi jangan biarkan anda terkena. Pastikan.

Paling menarik, ada ahli-ahli mereka yang sudah masuk dalam TV1. Serius. maksud di sini ialah wajah mereka disiarkan di televisyen ya. Bukan membuka TV dengan skru kemudian masuk kedalam kotak tv itu.

Sekian buat masa ini. Apa-apa update lagi tentang kumpulan ini akan saya bentangkan lagi.

kasut-kasut ahli kumpulan yang sempat di-snap


Salam ukhuwah.



p/s : berharap saya selamat sebab mendedahkan identiti kumpulan ini. Amin... dikhuatiri saya akan di-slaughter hidup-2

Thursday, January 17, 2013

Pesona caffeine

Bismillah
Assalamualaikum...

Tempoh menelaah helaian-2 nota sudah semakin menyingkat. Demi kertas (baca: paper) terakhir esok, harus buat yang terbaik lebih baik dan kurang sifat merapu dalam jawapannya nanti. Ya, sudah disedari, saat dan masa untuk menaip entry ini sepatutnya lebih baik digunakan untuk menatap, mengupas dan meneroka helaian nota yang dah naik jemu lihat aku yang asyik terganggu dari tadi.

Satu akal yang cukup geliga dan panjang menegur aku lalu membisikkan idea,

"Hey, apa kata kau nikmati kopi L.A jenama kopiko yang kau beli petang tadi."

"Dengarnya kau beli yang low acid and gastric friendly kan, why don't you try... Come on..this is your last paper, you have to burn midnight oil, remember??"

Satu nafsu menyambut baik idea yang well...not so bad. Masih boleh diterima. Terus aku capai sepeket kopi 3 dalam 1 dan bancuh dengan air panas.

Pesona..

Sensasi..

Menggoda..

Memikat...

Seksi...

Like seriously....

So much pleasure...

And.....aku terus menerus menghidu bau harumnya dengan penuh teruja dan serius, ia sangat mempesona.

*oh please, this is not a porn entry. don't imagining things, well you-know-what*


Sementara menunggu reaksi bahan kimia kopi yang dihirup penuh nafsu bertindak balas dengan bahan kimia dalam badan, aku cuba menyelak helaian nota dengan harapan stimulant bakal membantu aku lebih fokus dan penuh konsentrasi.

And, yup! I got it. tak sangka tindak balas itu cepat.
Orang kata bersusah-2 dahulu bersenang-2 kemudian.
Well said.

Untuk kesan pertama, ya aku jadi restless. My head hurt so much. Bebola mata jadi sangat peka. Berada dalam dunia sendiri, situasinya dimana telinga seolah ditutup dan kau hanya mendengar degupan jantung dan turun naik nafas kau sahaja.
Jari jemari yang menari atas papan kekunci jadi semakin kebas, bermula dari jari kelingking, kemudian jari manis, jari hantu, jari telunjuk dan yang terakhir ibu jari. Dan waktu itu, satu bunga api meletup dalam kepala, cantik, meriah. Masa itulah mata terasa segar sesegar embun pagi.

Dengan tindak balas seperti itu ditambah doa penerang hati sebelum mulakan langkah menelaah, maka aku yakin, for the next few hours, syaitan takkan dan tak boleh melukis celaknya di mata aku. Kalaupun dia bersungguh-2, takkan ku biarkan itu berlaku.

"Berani sungguh kau pakaikan celak pada aku. Mahu rasa aku luku dan tampar kau sesekali?"

Bukan.. Ini bukan berlagak atau cuba tunjuk hebat.

Ini satu kenyataan penuh yakin yang benar-2 satu propaganda untuk menaikkan semangat.
Pengaruh propaganda yang harapnya kekal sampai esok pagi.
Ya, untuk itu berlaku, harus disuapkan dan disumbatkan dengan memorandum yang meyakinkan dalam otak minda dan hati.
Nak buat semua tu haruslah menggunakan ayat yang power.
Terima kasih caffeine untuk inspirasi ayat sepower itu..
Kau pesonaku untuk sementara ini.

Terima kasih sayang~

Ehsan En.Google


XOXO =)



-Elly-


Wednesday, January 16, 2013

Pesan buat diri

Mohon bertahan sekali ney sahaja.
Lagi sikit je, tak lama pun.
Mohon bertahan.

Mohon....

Abaikan semua yang menghalang dan yang cuba jadi penghalang.



you are stronger than you think you do..





p/s : guess, ini ujian plg tough buat mse skg..and there will always be other...

Monday, January 14, 2013

Bulan juga boleh sunyi

Malam itu malam yang pekat,
Tiada satupun bintang yang muncul di permukaannya,
rembulan itu kini sendiri lagi tanpa temannya.

Angin bertiup kononnya mahu menemani,
tetapi tiupannya sekejap dan seketika,
lampu neon itu masih tetap menyala seperti selalu,
cuma kali ini lebih kelam dan sayup.

Malam itu terus jadi malam yang kelam,
dek efek alam yang kian suram,
Sang pencinta sibuk menjamah indahnya cahaya bulan,
seolah bulan itu cahaya paling romantis,
cuma satu yang dia tidak tahu,
sang bulan sudah dingin, kaku dan beku.

Masih disalah anggap oleh sang pencinta,
khabarnya,
meskipun mereka terpisah jauh,
namun keduanya masih memandang bulan yang sama,
saling mengirim ucapan kasih melaluinya,

Bulan sudah bosan,
bosan menjadi saksi cinta sang manusia,
sedangkan hati ini masih sendiri ditinggalkan
bintang dalam gelap malam.

Semua gara-2 mendung yang tiba-2 menjengah,
mendung itu petanda.
petanda sunyi bakal menghirup segala warna bahagia.
bila mendung menguasai,
sunyi sudah kenyang dengan juadah bahagia,
bulan mati.
mati kesejukan.
mati kegelapan.
suram dan kelam dan cahayanya tidak lagi mampu
dijamah sang pencinta.

Sudahlah mati, disalahkan pula oleh sang pencinta,
Tidak kenang budi!
Berhari hari malah bertahun kau bermandi cahaya bulan
demi cinta yang kau agungkan,
kehausan cahaya itu bila kau kerinduan,
Kau fikir aku apa?
Pasti itu jerit batin sang bulan sengsara.

Bosan dengan drama petang slot akasia,
bosan dengan drama korporat slot samarinda,
semua itu mengarut.
masih menggguna pakai idea kisah dongeng,
cuma permukaannya nampak lebih realiti,

Biar,
biar sunyi menjamah setiap bahagia yang bersisa,
biar mendung menutup segala limpahan cahaya,
aku sudah hilang bintang.
Bintang itu bahagia,
bintang itu penyeri cahaya.
Aku lebih rela menari gembira dalam pekat malam
andai bintang menjadi peneman.
Waktu itu, limpahan cahaya bersama senyuman buat sang pencinta
aku lurutkan...

Dan kini aku menanti waktu itu.
Buat masa sekarang biar aku tidur dalam kesejukan malam,
bersama dodoi sang hujan dan sunyi.
Selamat malam sang pencinta,
aku pergi bawa cahaya sekali,
moga kau mampu berdiri sendiri...



_Bulan itu sunyi_

sumber [SINI]



p/s : menaip sambil pekena kopi campuran hazelnut ihsan cik fifey, terasa seperti penulis profesional
tak bergaji, menikmati hidup penuh fantasi dan semuanya bermula dari jari yang menari
di atas papan kekunci..

Wednesday, January 9, 2013

Pada siapa

Aku tahu...
Bila aku sedih bila aku lelah dan bila langkah ku mati,
harus aku kembali dan memohon bantuan dari Ilahi,
Aku tahu...
Bila nadi ini disentap gara sukarnya ujian,
Bila air mata ini hampir kering sendiri,
harus ku kembali pada tuhan,
harus ku yakin Dia disisi...
Namun.....

Sudah fitrahku menginginkan seorang manusia yang mendengar,
di saat semua menghampiriku demi secangkir semangat,
dengan semangat juga ku tiupkan ketenangan untuk mereka,
Tapi tak siapa yang tahu, aku juga terkapai-2 malah hampir lemas,
dengan kudrat yang masih bersisa,
dengan nafas yang turun naik laju sambil air mata masih berbaki,
aku diam cuba mencari semangat yang hilang entah ke mana tidak ketahui,

Hingga saat ini aku benar-2 mati langkah,
Pada siapa harus aku luah?
Pada siapa harus aku perlihatkan kebenarannya?
Sedangkan hampir semua merasakan aku sentiasa tenang,
hampir semua menganggap aku tidak punya apa-apa untuk dikhuatirkan.

Bumi masih terus berputar,
Matahari masih menyinar,
Masa masih terus berlalu,
Bulan masih mengelilingi bumi seperti selalu,
Tapi aku terhenti di sini kerana kehilangan harapan yang satu.

Ke mana kau sang harapan?
Pada siapa harus aku mengadu?
Ke mana kau sang semangat?
Pada siapa harus ku rela tangisku?

Telah ku mengerti,
tiada sesiapa,
kerana semua juga punya masalah yang sama,
Sedang aku meluahkan, mereka juga mahu meluah,
Jadi siapa mahu mendengar?
Siapa mahu menghulur dan meniup semangat?

Aku rela...
Aku rela menundukkan kepala
menyembunyikan air mata yang menitik laju,
Aku rela memenjamkan mata seeratnya
menahan mutiara itu jatuh,
Dan aku rela membengkakkan hati
kerana tangisan itu yang sudah sebati...

Akhirnya, 
aku rela terus berpaut pada tali-taliNya,
kerana cuma Dia pendengar setia.
Al-Furqan, caraNya meniup semangat dan ketenangan,
Jadi haruskah ada persoalan "Pada Siapa?"?
Sudah jelas ianya ada PADA DIA...

BERTAHAN AIMI.
SEDIKIT SAJA LAGI...



p/s : puisi yang terhasil gara-2 subjek immunology yang sukar di hadam. Ya Allah, aku tidak mahu menyebut perkataan susah, khuatir akan jadi kenyataan, tapi Ya Allah berikan aku kefahaman yang tinggi agar mudah aku pelajari ilmu ini..
Amin...

Monday, January 7, 2013

Entry gedik saje nak bagitau pasal exam (MOVE ON)

Bismillah
Assalmualaikum

Habis sudah paper pertama untuk final exam sem satu sesi 2012/2013
Baru satu paper je oke. Aku ada lagi 5 payyypperrrr kena hadap.
Berani atau tak, harus hadapi dengan penuh keberanian.

Keluar dewan exam.
Macam-2 wajah aku nampak.
Wajah gembira, wajah lega, wajah tenang tak kurang juga wajah macam ayam berak kapur. 
Aku tak pasti macam mana ayam berak kapur, tapi yang pasti muka semua berkerut-2 kalau boleh sampai nak bercantum kening tu.

Kalau aku, semua wajah-2 tu aku ekspreskan. Buat apa nak sembunyi-2. Nah amek kau, aku gembira sebab jawapan aku merapu, lalu aku gelak *tapi dlm hati nak menangis je rase*. Aku lega sebab habis dah satu paper aku lenjan, aku tenang sebab REDHOOO jelaaaa dengan jawapan merapu yang paling terbaik aku boleh bagi untuk soalan tadi. Muka berkerut-2 sebab why? why? soalan macam tu keluar. Tapi nak buat guane. Dah jawab kan?
Dah usaha kan? Mungkin lepas ney boleh lipat gandakan lagi usaha yang aku rse separuh je.

So, bila dah habis paper tu jangan lupa ada lagi usaha yang kena buat. BERDOA. yes. Itu juga usaha. Kau redha dan tawakal dengan keputusan je. Selagi belum dapat result. Haa.. buatlah segala solat sunat ke doalah sebanyak mana. Kalau tak dapat pun apa yang kau nak, at least hati kau tenang bila dapat result tu nanti..

Ini bukan cakap kosong semata-2. Kalau boleh ambik jugak apa yang tersurat dan tersirat dalam entry ney. Kalau rasa macam tak nampak yang tersirat, mohon korek-2 kupas-2 entry aku menggunakan ketajaman akal kamu semua ye anak-2.  Entry ini juga dicipta dikarang untuk membuatkan aku tenang demi menjawab paper esok. Ye, untuk tenang aku harus menaip sebab esok aku harus menulis karangan jawapan yang hopefully tak merapu macam tadi.

Entry ini juga ditujukan kepada mereka yang tension dengan paper tadi. Sila sila sila....fokus untuk esok pulak. MOVE ON derrr.. MOVE ON. Harap kau faham apa itu move on yang dimaksudkan. Yang dah jadi tu biaq pi. Bukan boleh cakap kat dorang, 
"OP..op! boleh tak saya nak jawab balik soalan tadi?"
Memang takdapat la. Kalau dapat pun tolonglah sedar yang kau sedang bermimpi indah. 

Jadi. Sila bangun!

*flip hair sambil menjeling*
Bangun dengan berlagaknya ke meja study.


p/s  : marilah kita study untuk paper esok.. GUD LUCK UOLLLSSS

Saturday, January 5, 2013

Kelip-kelip



Bila senja menimbus siang,
bila awan melindung bintang,
ku cuba menyuluhkan sinar,
agar malammu cerah..

Jika purnama tak bersemi,
jika arah samar tak pasti,
ku dengan setia membimbing,
menyinar bagai kelip-kelip.

Genggamlah erat tanganku,
bilang hala nak dituju,
mari ku pimpin ke sana,
ku bawa kau terbang pergi

Seandainya kita terpisah
tak usah kau rasa gelisah
ku dengan setia membimbing
menyinar bagai kelip-kelip

Ku bawa kau terbang pergi...

Seandainya kita terpisah
tak usah kau rasa gelisah
ku dengan setia membimbing
menyinar bagai kelip-kelip....


One fine day...

In shaa Allah...

Tuesday, January 1, 2013

Dua Sifar Satu Tiga

Bismillah
Assalamualaikum

[link gambar]

Sekarang baru jam berapa (waktu tengah menaip entry ney) belum masuk jam 00:00 am pun. Aku tak kira nak jugak wish. Bukan wish ape pun. Kejap lagi mauk tahun tak sabar.
Tak sabar nak melaksanakan dan menanam azam baru. *sumpah poyo ayat aku*
*sampai part ney aku dah masuk tahun baru*

Semoga dengan adanya tahun baru ini.. aku lebih bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab aku. Dengan adanya tahun-2 baru yang disambut tak kiralah, tahun baru Islam atau tahun baru masihi, azam itu harus ada. Malah kalau boleh setiap hari azam itu harus bertukar dan diperbaharui.

Dan ingin ku garapkan sedikit kenangan pahit manis sepanjang tahun 2012.

Di awal tahun, aku dalam mood FESENI yang berkobar kerana itu ialah tahun pertamaku. Seronok berkenalan dengan ahli CG yang telah ku anggap sebagai keluargaku di UM. Melalui itu, kami bergembira bersama menikmati indahnya ukhuwah dalam kekeluargaan. Bergaduh, sentap menyentap, bantu membantu, bergurau senda, menangis ketawa itu yang mewarnai kehidupan student ku.

Luahan perasaan seorang demi seorang. yang mendatang. Ada yang indah, membawa senyuman, ada yang duka membawa pergaduhan. Menghadapi peralihan sem yang mendebarkan kerana diakhiri dengan final exam yang tak kurang sukar dan mencabar.

Berpisah sementara untuk beberapa bulan, menginjak ke pengalaman baru meraikan lesen kereta pertamaku. Meraikan hari raya dengan penuh kesederhanaan. Meraikan hari jadi dengan penuh senyap dan tiada sambutan meriah dari semua. Masuk ke sem baru dengan penuh ujian dan dugaan hingga membuatku mengalirkan air mata.

Sem tiga yang dipenuhi dengan latihan nasyid setiap malam. Terasa gagah seketika. Dipenuhi dengan segala aktiviti kolej, yang memang aku tak mampu, tapi buat jugak. Sem ini dipenuhi dengan tragedi pengsan yang entah berapa kali tak dapat dipastikan.

Kenangan paling manis ialah terbang ke Sabah. Sabah negeri bawah bayu. Bersama harapan yang tinggi dan kesabaran yang menebal menempuh ujian dan dugaan. Menangis ketawa bersama. NICE. pengalaman PALING MANIS dalam tahun 2012. Yes I admit. Aku mengaku sekali lagi, hatiku tertinggal di sabah. Hubungan antara ahli semakin lama semakin rapat. SANGAT RAPAT. Rindu gila time tu. Rindu tau tak? rindu saat kita tengok bola di rumah LO bersama-2 shopping sama-2 semuanya bersama-2.

Dan sekarang sudah 1 Januari 2013.

Azam sudah pun disemai.

DISEMAI.

DISEMAI.


-tahun baru dimulai dengan lec note yang banyak yang harus dibaca hingga habis.
-tahun baru dimulakan dengan final exam yang in shaa Allah dipermudahkan Allah.
-tahun baru dimulakan dengan kem FESENI yang aku tak sabar nak join.
-tahun baru dengan semangat FESENI yang berkobar.
-tahun baru yang disemai dengan semangat untuk jadi lebih baik dari yang sebelumnya.
-tahun baru yang ditanam dalamnya semangat dan tekad untuk menjadi lebih matang dan menjadi hamba Allah yang solehah.
-tahun baru ini tak terlintas langsung untuk melangkah ke alam perkahwinan. So tak payah la korang-2 nak cakap pasal semua benda ney. Jauh lagi jauhhhhhhhh gileeee!

Di aminkan segala azam dan tekad baru itu.

Manjadi orang baru yang bebas menjalani hidup di bawah keREDHAan Allah.




sekian.

p/s : nak publish entry ney pun aku ambik masa lama fikir. Nak publish ke tak. ahahahah bengong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...