Sunday, December 23, 2012

Rezeki mungkin dibahagian lain..

Bismillah
Assalamualaikum

Orang selalu pandang pointer.
Orang selalu pandang markah.
Orang selalu pandang apa yang menarik perhatian mereka.
Tak kira lah apa pun.
Sifat, sikap, pemikiran, pembawakan (baca: attitude). Banyak.

Kadang-2 hidup ini jadi hilang arah bila semua benda harus menepati pandangan orang.
Tapi. Ada baiknya juga, sekurang-2-nya kita lebih berusaha, cuma yang membezakannya NIAT.

Hidup di alam yang menghampiri kedewasaan..hampir sahaja membuatkan sifat asal tidak mudah mengalah, ceria gembira, seronok dalam apa yang dilakukan semakin lama semakin terhakis atau terkikis.
Itu aku tidak tahu, sama ada berlaku pada diri aku sahaja atau kebanyakannya mengalami situasi itu.

Jujur, itu yang berlaku dalam hidup aku yang baru hendak bermula.
Tak tahulah mana salahnya.
Saya yang salah bawa diri, atau saya salah percaturan, atau salah sya meletakkan tanggapan yang terlalu tinggi pada diri sendiri.
Mungkin semua itu betul.
Atau sebenarnya ada sesuatu yang saya tidak sedar.
Mungkin NIAT?
Mungkin hati?
Mungkin isu IKHLAS?

Walaupun beberapa kali pun saya tanya pada diri sendiri, akhirnya nanti saya akan tersesat dalam persoalan sendiri. Lagilah memeningkan kepala, lebih-2 lagi bila nak final exam lagi 2 minggu. Memang tak mampu nak kupas-2 semula apa yang terleka apa yang terlupa apa yang tersilap langkahnya. Boleh dikatakan menghampiri infiniti kalau nak jawab persoalan yang bersifat hanya Allah yang tahu.

Jadi apa yang boleh dilakukan.
UBAH NIAT
USAHA UNTUK IKHLAS
dan harus diingat sangatlah susah untuk menjaga hati. Ye. Mungkin ada yang tak setuju. Kata, sebenarnya hati ini senang je nak jaga kalau ikut semua suruhan Allah. Yes.
Tapi berapa ramai boleh mengelak daripada perasaan cemburu dengan kesenangan orang lain?
Berapa ramai boleh menolak nafsu nak meniru?
Berapa ramai yang boleh redha se-redhanya kalau tak dapat apa yang dihajatkan sangat?
Berapa ramai yang sanggup berlaku jujur pada diri sendiri especially dalam test yang masyaAllah susah yang amat?
Berapa ramai yang masih ada pemikiran yang belajar itu adalah kerana Allah, tak kirelah berapa nilai gred yang diberi, yang penting nilai ilmu di hati?

Sungguh saya yakin ramai yang akan kata kita manusia mestilah akan melakukan kesalahan yang banyak, walaupun sebesar zarah kesalahan itu, kalau dikumpul boleh jadi sebesar dunia.
(Susah... susah kalau tak buat semua tu. Itu namanya survival. *senyum*)

Jadi betullah yang nak jaga hati dari melakukan semua kesalahan itu susah.

Satu yang saya teringat setelah saya terleka lama.

Pesanan ibu waktu saya sekolah dulu...

Takpe kalau akak tak dpt banyak A. Yang penting akak tahu apa yang akak belajar, and akak belajar kerana akak nak belajar dan belajar kerana Allah. Kalau belajar kerana Allah, in shaa Allah ilmu yang dipelajari bukan setakat untuk dicurahkan dalam dewan peperiksaan tapi akan diingati dan diamal dalam hidup.

Sungguh nak menangis saya teringat kata-2 itu. Ya baru sahaja teringat. BARU SAHAJA TERINGAT.

Dah jumpa satu kesalahan saya.

NIAT

Mungkin dek tekanan melihat kejayaan kawan-2 seperjuangan buat saya rasa sangat terdesak untuk mendapatkan pointer atau gred yang bagus setanding dengan tanggapan orang pada saya.

Kepada kawan-2...
Kalau dulu saya orang yang pandai di sekolah,
kalau dulu saya orang yang hebat dalam menyelesaikan soalan,
kalau dulu saya sering dipuji kerana kononnya pandai,
kalau dulu segala anugerah dapat dirangkul...
Lupakanlah itu semua, kerana saya sedang berada di bahagian bawah roda.
Dan saya sedang mengatasinya dengan seluruh daya dan tenaga saya.
Kalau dulu saya boleh menelaah dalam waktu yang singkat,
kini saya mengambil masa yang sangat lama untuk menghadam pelajaran yang dipelajari.
Kalau dulu saya boleh belajar dengan tenang dan tenteram,
kini saya harus belajar lebih keras daripada orang lain.

Kita sedang melalui kitaran hidup yang akan berulang dan berulang.
Atas. Bawah. Atas. Bawah kembali.

Bukan nak sedapkan hati sendiri.
tapi sebenarnya nak membetulkan semula kehidupan yang seolah entah mana hala tuju.
Serius.
Kalau orang tanya apa tujuan hidup.
Boleh dikatakan, saya tidak mampu menjawab dengan penuh yakin seperti waktu persekolahan. Kini persoalan dipenuhi dengan bunyi kicauan burung atau bunyi riang-2, atau lebih tragis bunyi angin bertiup.

Sudah.

Kini bukan masa untuk bangga menoleh kejayaan di belakang.
Sekarang masa untuk mencantas duri dan semak samun di hadapan jalan, supaya in shaa Allah satu hari nanti saya akan berada di atas roda bersama keberkatan Allah.

Saya sedang diuji Allah. Semoga ujian ini akan saya lulus dengan cemerlang.
Anda bagaimana? sudah bersedia dengan ujianNya?

Tepuk dada tanya hati tanya iman tanya jiwa.

Saya mungkin tidak secemerlang kamu di dewan peperiksaan.
tapi saya cuma mampu buat yang terbaik dan berusaha sedaya yang boleh,
kalau ada rezeki adalah. Kalau tiada, semoga tidak ada yang memandang saya sebagai orang yang kurang bijaksana, kerana kebijaksanaan itu diukur bukan setakat pada markah dan gred.
Saya harap tiada yang menganggap saya cuma membuang masa di sini.
Tidak. Saya ke sini (UM) telah direlakan hati untuk belajar. In shaa Allah.

Sekian.






p/s : kenapa entry sepanjang ini boleh disiapkan dalam beberapa minit sedangkan discussion report mengambil masa hampir berhari-2?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...