Thursday, November 8, 2012

BANGUN

Bismillah
Assalamualaikum

Bangun dari tidur.
Bangun dari pembaringan
Bangun dari mimpi lena.
Bangun dari alam bawah sedar

Jika tiada lagi kata BANGUN itu.
Apa lagi yang mampu kau lakukan?
Di saat tiada lagi istilah BANGUN,
mengertilah, kau takkan bangun lagi dari tidurmu,
kau tak mungkin bangun lagi dari alam bawah sedarmu.

Waktu itu, doa dari mereka yang kau harapkan.
Amal sepanjang perjalanan hidupmu yang menjadi peneman.
Kalau kau mampu putarkan masa?
Buang saja angan-2 itu.
Kerna kau tak mungkin mampu,
malah takkan pernah mampu.
Masa itu satu-2nya yang telah Allah tetapkan untuk terus berjalan dan tidak menoleh ke belakang.

Masa itu sesungguhnya terlalu suntuk.
Kau takkan tahu bila masanya untuk kau terus tidur panjang.
Selagi kau bernafas, bersyukurlah kerana kau masih mampu bangun pagi,
melihat matahari terbit, dan menghirup udara, juga melihat dunia.

Kau tak mampu untuk membayangkan,
andai suatu hari nanti..
Kau bangun, kau melihat kegelapan,
melihat dirimu di pembaringan.
melihat segala yang pernah kau lakukan,
umpama melihat layar perak di hadapan.

Waktu itu....
Sedarlah,
sebenarnya...kau sudah TIDAK BANGUN lagi dari lenamu.
Kau sudah meninggalkan dunia yang kau agungkan dulu.
Kau sudah melepaskan persinggahan yang kau nikmati dulu.
Sekarang, hadapilah alam kekal itu.
Yang akan kekal selama infiniti masa berlalu.

Sekarang, sementara kau masih bernafas,
bangunlah dari mimpimu.
dan kejarlah amalmu.
kumpullah sebanyak yang kau mahu.
Sebelum kau TAK MAMPU UNTUK BANGUN lagi dari tidurmu.


Sekian.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...