Tuesday, September 25, 2012

Seketul daging merah..

Hati..
Kenapa kau sering gusar?
Kenapa kau sering ragu?
Dan kenapa kau selalu merasa tidak selamat?
Biarkan mereka..
Meraka tidak tahu apa isimu.
Mereka bukan faham bait bicaramu.
Kalau sahaja kau berhenti kerana mereka,
Mampu lagi kah kau berdepan dengan sejuta dusta nista yang lain?
Kau bukan objek penyenang hati untuk semua orang.
Perlu lagikah kau cari semua alasan untuk pergi?
Tak perlu pergi.
Tolonglah.
Kau perlu tetap berdiri disitu.
Walaupun darah yang mengalir menjadi kering lalu beku.
Biarpun hilang sejuta isipadu pekat merah itu.
Kau masih ada jasad untuk kau kemudi.
Kau masih ada nafas yang sedang berhembus sepi.
Buang segala paranoia keterlaluan untuk bulan-2 ini..
Buang untuk tahun demi tahun.
Simpan sedikit buat peringatan.
Dan awas, akan tumbesarannya.
Janganlah kau tanya lagi dan lagi,
Soalan sampai bila harus bertahan.
Bukankah sudah berkali juga ku ulang,
Sampai darah merah itu berhenti mengalir dan denyut tidak lagi kedengaran.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...