Wednesday, September 19, 2012

Pengusung duka


 Bismillah..

Lihat langit beransur jingga,
Dipejamkan mata cuba mengenang apa yang terleka,
Selagi semangat masih dijiwa,
Semakin cuba dipertahankan agama.

Biar didesak seribu kata nista,
Biar dicalar oleh agenda dusta,
Masih lagi akal dan hati  bersatu,
Walau ditindas sejuta peluru,

Mereka meronta demi belas kasihan,
Yang rasanya tiada lagi kekuatan,
Cuma mampu melihat seksanya saudara,
Cuma mampu berdoa dan berduka.

Teruskanlah perjuanganmu,
Teruskanlah jangan berundur,
Janji Allah itu sentiasa benar,
Tersedia indah singgahsana bagi yang sabar..

Demi jiwa yang masih terseksa,
Demi jiwa yang masih terleka,
Masih tetap dipanjatkan doa,
Agar perubahan itu muncul tiba.



P/s : bila mood nak menaip gila-2 nak dtg ye..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...