Sunday, September 9, 2012

Kembali ke asal.

Bismillah..
Assalamualaikum.

Hari ini 9 haribulan September dengan ini aku merasmikan kemasukanku ke bilikku di Kolej Kediaman Kedua Belas sesi 2012/2013 semester satu. Setelah mengalami macam-2 kerisauan.. Nak ke 7th lah ke 12th lah.. Adoyaiii.. hari-2 aku tak mampu nak tidur. *over keyh, boleh je tdo*

Fancy gile tajuk entry, "Kembali Ke Asal"

Hahaha.. Tanda aku tengah excited dapat kembali ke kolej ini. Adakah sudah jatuh cinta dengan kolej itu sendiri? Atau jatuh cinta dengan orang dalam kolej?? Hahahah nehi nehi. Takmao nak jatuh cinta sangat la kan. Geli oke Geli.

Semester baru dah mula. Semangat memang berkobar nak ubah kesilapan masa sem lepas. Orang kata, celakalah kamu sekiranya hari ini sama dengan hari semalam. Maka, haruslah hari ini lebih baik. Begitu juga untuk sem ini haruslah lebih baik dan terbaik daripada sem lepas.

Semangat dah berkobar ney. Jangan hangat-2 taik ayam je.
Cakap tak serupa bikin je namanya.
Tak pun mungkir janji pada diri sendiri.
Tamo, tamo..
Mungkir janji itu sifat orang munafik.. (teringat ada org ckp aku munafik.. FINE~) *emo tetibe. hahaha

Tadi sebelum ibu ayah balik, haruslah mohon restu semua kan.
Aku : Doakan akak tau.
Ayah & ibu : Ibu dengan ayah selalu doakan, semoga akak cemerlang sem ney. Dapat pointer bagus.
Aku : Janganlah doakan camtu. Doakan akak rajin je jangan malas.

Yela weyh.... Kalau doa camtu pun, tapi aku ney malas nya nauzubillah. Memang tak jalan la kan.. haha.

Okeyhlah sekian sahaja laporan dari aku.

SELAMAT MENGHADAPI SESI 2012/2013 DENGAN CEMERLANG
KEPADA SEMUA MAHASISWA/I

(over betul nak capslock bagai)



p/s : malas nak taip lebih-2. *nampak? malas lagi!*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...