Saturday, September 1, 2012

Kecelaruan topik.

Bismillah
Assalamualaikum.

MasyaAllah... dah lama yang amat aku tak update blog. Lama. Maklumlah, blog pun ada PMS nye jugak. Ehhh! Jari aku ney lagi satu hal, malas gila nak menaip. Hari ney jela tiba-2 mood excited datang. Haruslah menulis time mood sedang berbunga. Tibe-2. Takdelah berbunga nye pun. Biasa-2 je. 

Azam lepas Ramdhan. Dah taknak sedih-2. Kalau aku sedih pun, aku taknak tulis dalam blog. Simpan sendiri sudah kan. Siapa lah nak baca kisah sugul, muram durja ney. Bosan okeyh. Bosan. Haha.

Masih lagi dalam mood beraya. Maklumlah baru 2minggu raya. Jemputan open house pun sudah dikumpul, tinggal tunggu masa nak isi makanan je dalam perut ney. Tapi tak tau lah boleh pergi ke tak. Transport ye isu transport, ditambah pula dengan takde teman nak pergi bersama. Nak ajak pasangan. Ehh takde pulak pasangannya. M.I.A lah katakan. ehh. hahaha

Raya tahun ney, okeyhla. Taklah meriah sangat, tapi masih gembira. Faham? Maksudnya bersyukur lah masih boleh sambut raya kan kan. Cuma yang kurangnye, rumah aku takde kuih!! hahaha ini semua gara-2 aku yang terlalu berat tulang nak buat. Serius. Sebabtu kalau nak datang bagitahu dulu ye. Boleh masakkan something sikit untuk tetamu. Cewah.

Tadi aku telefon adik. Dia kata "bakal menantu" nak datang. Wahahah aku bagitahu mak aku. Berdekah-2 dia gelak. Siap cakap, kalau nak datang kena tunggu time ayah ada. Untungla kan ayah selalu cakap pasal budak tu. Aku plak berdekah time ney. Rajin budak ney datang raya. Daripada sekolah rendah lagi. Waaa.. Maklumlah, orang kata kalau nak ngurat anak, ambik hati family dia dulu ye dakkk.. okeyh aku rasa aku dah terlebih-2 cerita. 

Banyak lagi aku nak cerita sebenarnya. Kejap. Kejap. Tengah fikir sikit.

Oh. Dua hari aku beraya dengan kawan-2. Memang pakai serbu je. Kitorang memang suka plan last minute. Kalau ikut perancangan 4 buah rumah je dalam satu hari tu kan. Tiba-2 bila dah sampai, semua dok fikir, sape lagi yang duduk kat kawasan terdekat. Hasilnya. Berayalah kami sampai malam. Takde la malam sgt, sampai maghrib je. Terus balik.

Oleh kerana terlalu syok berkumpul. Kami plan nak makan chicken chop bersama. Tak tau lah menjadi atau hanya tinggal mimpi je plan tu. Hopefully jadi ye. Sebab kita dah nak masuk sem ney. Bila lagi kite nak jumpe kan. Lama you.


Oh ye, sudah bulan SEPTEMBER!!! haruslah bersedia untuk naik U. Sudah-2 lah cuti ye. Tapi sejujurnya. diri ini masih tak rela menghadapi kenyatan. No! haruslah rela. T_T 
Tapi sukar. Betul. Sukar sebab oh ye, status penginapan aku masih kabur-2 di situ. Tak pe lah ye. Kalau yg dirayu tu tak komfem. Masuk ajelah yang telah ditawarkan. Nak buat macam mana. ye dakk??


Okeyhlah, setakat ney aku story-2. sekadar nak mengisi entry baru. Takdelah nampak macam terbengkalai je blog aku ney kan.


Nampak tak betapa caca marba-nya entry aku kali ney. Semangat sangat nak menulis, sampai semua benda aku masuk jadi rojak.


Sekian.

jumpa lagi next entry. InsyaAllah.


P/S : tiba-2 terasa nak makan steamboat. Oh, steamboat sudah menjadi kegilaanku sekarang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...