Thursday, September 20, 2012

Jauh lagi

Bismillah..

Amanah itu harus dipikul.
Sebelum ini, aku cuma rasa oh mereka ada. Jangan khuatir.
Semua akan baik-baik sahaja.
Namun setelah episod duka pada musim lalu, buat aku terfikir
adakah aku telah menjatuhkan harapan yang lain?
juga adakah aku pembawa malang?
hingga menyebabkan rasa duka kecewa itu tetap akan terisi
dalam hati semua.
Naaahhh... itu cuma sekadar fikiran tahyul yang sengaja dibisikkan syaitan.

Jujurnya jika masih ada yang bertanya apakah aku masih ahli,
terasa kelu dan tersekat lidah juga tekak
untuk menyebut "ya"
kenapa?
Kerana musim lalu tiba-2 menerjah masuk dalam minda satu  persatu.
seperti malu rasanya.
masih terfikir dimana salahnya.
masih terfikir adakah mereka akan dengan selamba
mengatakan, "booooo" kepada aku.
Hanya kerana sedikit kejatuhan yang memang sakit.

Kini musim baru sudah menjelma.
Strategi demi strategi diatur.
Yang tinggal cuma kudrat untuk melaksanakannya.
Dengan legasi baru yang masih belum tahu apa itu mentadbir,
rasanya terlalu berat tanggungan itu.
Lebih-2 lagi bila teringatkan bagaimana ukhuwah terjalin dengan suka duka
semua yang terlibat.
Terasa sayang dan sedih jika semua itu lenyap sekelip mata.

Tidak.
Itu tidak akan berlaku.
Selagi masih ada harapan dan strategi juga doa,
Legasi itu takkan mati.
Takkan menyembah bumi atau takkan hilang ditelan lohong hitam.
Cuma akan lenyap tatkala alam tiada.
mampukah jadi kenyataan?
Yang aku tahu..
Aku cuma mampu mengucapkan, INSYA ALLAH.
Dengan izin Allah.
Jadilah, maka jadilah ia.

Dengan kepercayaan yang diberi,
dengan kesungguhan yang masih bererti,
dengan izinNya, aku dan barisan legasi baru yang lain akan mempertahankan
maruah, usaha, juga api semangat yang telah lama di hidupkan dulu.
Biarlah api semangat itu membakar kami juga.
Kerana perjalanan legasi ini
masih jauh lagi..
Mungkin boleh terbang lebih tinggi.
InsyaAllah.
Ini janji besar yang amat takut untuk dimungkiri.

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami, ringankanlah segala beban kami,
dan berikanlah kami yang terbaik,"
amin..





nota kaki : didedikasikan untuk CG Family.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...