Tuesday, September 11, 2012

Assalamualaikum...lebih baik

Bismillah..
Assalamualaikum.

Semalam. 10/9/2012
Hari Isnin hari pertama kelas, macam biasa bila bertembung dengan orang yang dikenali, pasti akan timbul rasa ramah yang entah dari mana wujudnya. Saling berbalas senyuman mesra. Saling bersalaman. malah tak kurang saling menjerit teruja. Dah lama tak jumpa lah katakan.

Untung aku masih tergolong dalam golongan normal. Ya, aku juga seperti situasi di atas. Jadi. macam biasa kalau jumpa mestilah lambai-2 tangan dan say Hi! serta senyum yang paling gembira sambil menjerti sikit nama si kenalan. Haha. Di Malaysia itu sudah menjadi terlalu kebiasaan. Terlalu biasa! Hey that's normal in Malaysia.

Nak dijadikan cerita, aku terserempak dengan seorang foreigner yang aku kenal. And disebabkan terlalu normal budaya jerit nama dan peluk dan Hi! dan sebagainya. Maka aku pun terlanjur berkata, "Hai! sambil senyum. Dan dia cuma senyum sambil berkata, "Assalamualaikum,". Aku pun menjawab salamnya sambil senyum. Buat macam takde apa-2.

Tapi....

Kau bayangkan.. apa yang kau rasa bila ditempat aku. Haha. Tapi aku takdela rasa malu and rendah diri. Ia buat aku tersedar yang oh, dia foreigner tapi dia orang Islam. Yela dah mindset, most foreigner yg aku nmpk is non-muslim kan.. so, terpedaya sikit kat situ.

Situasi itu, tiba-2 buat aku terimbas kembali ke waktu tengahari -10/9/2012 sewaktu makan bersama keluarga di hari pendaftaran.

Almaklumlah, dah gembira sangat dapat kembali ke Kolej kediaman lama. And dapat jumpa kawan-2. Memang excited. Separuh menjerit kowt nampak dorang. Gembira yang amat. Jalan sikit berhenti jumpa kawan. jalan sikit tegur kawan.

Tiba-2 masa makan, adik aku yang bongsu baru berumur 7 tahun berkata-2 dengan petahnya.

Aniq : Kak Mira ney asyik "Hi, Hi" kat orang je. Semua nak Hi..
Aku : Abes dah semua tu kawan akak.
Aniq : Yela... tapi kan kalau jumpa kawan-2 kena cakap Assalamualaikum. Ini asyik Hi Hi je. (sambil buat muka menganjeng)
Aku : *gelak je* 

Ayah ngn ibu pun tergelak sikit.

Wah! Bagusnya. Alhamdulillah..ada jugak orang tegur aku. Tapi aku ney terlupa, maka terjadilah situasi aku bersama rakan foreigner tu atas izin Allah. Mungkin nak sedarkan aku yang kata-2 adik aku tu harus diambil peduli.

Aku tak kisah la, budak kecik yang tegur aku. Tak heran pun. Tapi sebagai akak, of course la rasa macam malu, kenapa adik aku boleh ingat tapi aku tak ingat. And dia berani tegur aku, nampak sangat dia perhatikan je setiap apa yang aku buat. So, as an elder sister I really have to watch my behavior. Improve and make it right. So they will follow the right things I do.

Rupanya berat jugak tugas anak sulung. Like seriously!

So, after this haruslah ubah sikit demi sikit. Kalau berubah mendadak and serta merta takut nanti bila dah bosan, malas dah nak ikut semua tu. So biarlah sikit sikit tapi masuk dalam jiwa. Ye dakk?




p/s : tiba-2 teringat zaman sekolah.. Kitorang semua saling memberi salam dan bersalaman tangan bila sampai sekolah. Malah siap peluk and laga pipi you.. Uollls ada? =P *hanya antara perempuan oke*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...