Tuesday, August 7, 2012

Pecutan akhir plan hari raya

Bismillah
Assalamualaikum.

    Oh, 19 hb Ogos ney nak raya dah kan? Semua orang sibuk dok post pasal raya, buat kuih la, beli baju raya lah, itulah inilah. Aku, relaks je. Sebab plan asal ibu dengan ayah ialah, untuk menunjuk sahaja. Maksud di sini ialah beli sahaja.Tapi baju semua tu mmg wajib dibuat sendiri, baru terasa kasih sayang ibu. hahaha. Kuih je, kalau dulu banyak la jugak buat, sekarang ni takde maknenye nak buat. Nehi nehi.

    Nampak tak betapa malas nya tahun ni punye persiapan. Lepastu nak beli pun buat macam tahun depan baru nak raya. Lambat gila, sempoi habis. Rasa macam kuih tu alah, kat mana-2 boleh beli. Malam raya pun boleh. Melampau kan? Sila campak tomato.

    Dipendekkan cerita, semalam tiba-2 ayah aku membangkitkan soal buat kuih? Like seriously?? Dia nak belikan barang-2 buat kuih.

Ya. Aku sangat malas. Sebab rasanya sudah lewat, lambat dan suntuk.

    Mana taknya, suruh aku buat 3 jenis kuih tapi kuantiti banyak. Hebat gila aku, sampai kena buat camtu. Mesti korang tak percaya kan aku yang buat sendiri. Tolonglah percaya. Ibu pun tak tolong sangat. Sebab dia sibuk urus adik sekolah, jahit baju lagi. Tinggallah aku dengan tepung dan oven sendiri.
::FoReVer AlONe::

    Sekarang aku sendiri tak sure jadi ke tak plan pecutan akhir tu. Kalau jadi, komfem tak malam ney esok dah kena start. Ini adalah pecutan akhir ya. Faham? Pecutan akhir yang haruslah istiqamah. *tibe-2.

Dan yang pasti.. haruslah.

Cepat.
Tangkas.
Berkualiti.


Ciao!


Sekian.


p/s : tahun ney aku tak rasa langsung nak bagi kad raya. harharhar. Maaf lah kawan-2. heee =D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...