Wednesday, August 8, 2012

Jika percaya itu tiada

Bismillah
Assalamualaikum


Pedih bila gelas percaya itu pecah,
terkena tangan sendiri.
Pecah dek dibaling orang lain.
Tapi diri sendiri yang memungut serpihan kaca.

Sukar bila percaya yang digenggam erat,
dirampas kasar lalu terlepas dan terbang begitu sahaja.
Akhirnya cuma mampu termenung di jendela,
meratapi perginya percaya.

Pilu bila lilin percaya yang indah serta beraroma itu
yang dititipkan pada orang lain untuk memberinya cahaya,
akhirnya terpadam dek ditiup orang itu,
katanya,
"cahaya itu tak diperlukan"
Lalu kenapa harus ditiup?
kenapa tak dipulangkan sahaja?

Tuan punya lilin sendiri sanggup kegelapan,
demi menunjukkan betapa lilin percaya itu
harus dititipkan pada dia..
Bukti kasih yang mendalam.

Kini itu semua sudah tak bermakna,
percaya sudah malap, sudah jauh, sudah pecah.
Apa lagi yang tinggal?
Hati yang dibawa entah ke mana.
Diterbangkan lalu digunting sendiri talinya.
Terumbang ambing dek hati yang hilang
mengekori jejak percaya yang semakin jauh pergi.

Tangan tak mampu berayun, luka kerana percaya.
Diri tak mampu meneguk air, satu-2-nya gelas percaya sudah pecah.
Mata tak mampu melihat jelas, lilin percaya tiada lagi.
Kaki cuma mampu berjalan entah ke mana sahaja mengikut aturannya,
kerana hati sudah pergi.
Tiada lagi naluri yang menuntun ke destinasi.

Orang berkata, ini sudah mengarut.
Tidak, ini benar.
Tanpa percaya, hilang arah kita.
Tanpa percaya, jiwa terseksa.
Percaya itu oksigen
Percaya itu cahaya.
Percaya itu bahan kimia,
terlebih atau terlalu kurang itu fatal.




p/s : percayalah..ini semua hakikat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...