Monday, August 6, 2012

Berhenti, terhenti, HENTILAH.

Bismillah
Assalamualaikum

Lama rasanya tak meng-update. Hari ney baru ada kekuatan, setelah sebelum ney cuma mampu menaip beberapa ayat, lalu click [X].

    Bahana berfikiran rumit. Ya, aku antara manusia yang sebegitu. Kadang-2 tak faham kenapa aku boleh belit-2-kan kepala otak aku. Sampailah ke hari ini, saat ini, detik ini aku terasa amat penat. Ditambah dengan keterpaksaan melawan keadaan sakit setiap hari. Ini lagi satu hal, memang aku tak faham kenapa tahun ni punya puasa aku selalu sakit. Takpelah, ujian lah kowt. Redha jelaaa..

    Berbalik pada perasaan penat melampau dek berfikir rumit. Agak keterlaluan tak kalau aku cakap, terlintas di hati aku andai sekali ni je semua itu berhenti. Sekali ney je otak aku berhenti berfikir rumit dan menyebabkan aku tak mampu tidur lena. Dan kerana itu juga, mengundang segala rasa sakit.

    Betapa aku penat dan tak mampu. Bila difikir semula apa yang terlintas kat hati. Rasa takut pun ada jugak, takut kalau berhenti sekali je, tapi selamanya. Haha. Takpe at least dapat rehat. Ah! entah apa je yang aku merepek. Ya. Jangan terlalu dilayan repek-an aku yang tak masuk dek akal lagi tak bermakna langsung.

    Cukuplah.
    Sudahlah.
    Penat.
    Terlalu penat.

Tapi siapa aku untuk merungut soal hidupku. Aku cuma hamba.


Ciao!


*datang beradab, balik aku blah je. Malas aku.


Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...