Thursday, August 9, 2012

Awan mendung yang menakutkan

Bismillah
Assalamualaikum.

Awas! Entry ini agak panjang. Sila bersabar.

    Adalah normal bagi manusia bila dah masuk umur 20 terasa gatal nak kawen. Hari tu (aku tak ingat bila) nampak sakai kan aku simpan cerita, baru hari ney nak story kat blog, lepas aku solat (pun aku tak ingat solat apa memandangkan aku simpan cerita ney agak dah lama) aku duduk lepak jap atas sejadah. TERmenung sekejap. TER oke.

Tiba-tiba..

berkepul-2 awan atas kepala aku..

Besar

Dalam tu, eh aku kawen la.. Tapi aku tak tau dengan siapa. Mula-2 rasa happy la. Waaaa.. *Mata besar senyum macam orang gila*, happy dah kawen. Tapi sekejap je, sebab tiba-2, awan tu mendung.

Eh dalam tu aku nampak, aku ada anak. Bukan lah maksud di sini aku tak nak anak. Tapi aku nampak, susah nye nak jaga anak tu. Masa depan lagi la macam-2 ada, kalau dulu zaman-2 aku lahir takde maknenye iPad, iPhone, Unifi bagai. Masuk zaman adik aku yang lahir tahun 2001, kecik-2 dah tahu komputer, kebetulan time tu ayah pasang internet, ha so dia tahu la internet tu apa. Masuk tahun 2005, adik aku yang last dilahirkan, semua kakak ngn abang dia dok layan internet, dia pown join sekaki.

Hasilnya, dalam umur 5-6 tahun dah pandai bukak you tube. Main game. So, aku terfikir kalau aku ada anak nanti, silap-2 bukak je mata dah boleh nampak dunia, terus dok layan iPad, iPhone. Tak susah, guna aje jari yang comel tu touch-2 skrin. Time tu komfem ada yang lagi advance. Tu baru je boleh bukak mata, kalau da besar dah sekolah, daripada sepatutnya tengok dunia luar, last-2 duk memerap dalam rumah main gadget. Kalau main game je takpe la jugak, tapi kalau di buatnya layan benda bukan-2? Fuuuu.. Time tu la aku akan jadi mak singa paling garang kat dunia.

Next bayangan dalam awan tu, anak aku tak seperti yang aku harapkan. Jadi terjal semacam, kire bahasa kasar nye tak soleh dan solehah la. Ajar lah ilmu agama camne pun, marah, tegur lah camne pun tetap tak jalan. Yela kan, iman tak boleh diwarisi kate orang. Risau weyh risau. Kalau aku mati nanti sedih aku tak dapat doa dari anak-2. Masa ney je, awan atas kepala aku tiba-2 je hujan.

Sebak kejap.
Serius. Sebak kau tau?
Tiba-2 terfikir, agaknya ini perasaan mak ayah aku kalau aku jadi cmtu.

Tu satu hal, pasal anak. Tiba-2 dalam awan tu aku nampak pulak bakal mak mentua aku nanti. Cerita sedihnya, kebetulan aku ney bukan menantu pilihan. So, faham-2 jela kan kalau dah tak suka tu apa jadinya nanti. Aku terbayang jelingan menyampah oleh bakal mentua aku nanti. Terus jadi seram sejuk. Serius. Masa tu, baik camne pun aku tetap nampak tak baik. Cewah drama gilee.. Takde lah, bakal mak mentua I baik.. Kan mak kan?? **Tibe-2. Tu kalau bukan menantu pilihan, kalau dia jenis tak kisah takpe, tapi satu lagi cerita kalau dia cerewet. Habis... masak aku kena brain wash hari-2. Drama lagi.

Meremang bulu roma bila terbayang tu. Masa ney pulak awan atas kepala tiba-2 berdentum bunyi guruh siap kilat sabung menyabung lagi.

Menyedari bayangan-2 itu terlalu menakutkan dan menyeramkan serta menyedihkan.

Aku segera geleng-2 kepala kibas-2 sikit atas kepala tu.
Aksi cuba memecahkan awan tersebut.

Cepat-2 aku tadah tangan doa supaya Allah permudahkan segala urusan aku dunia akhirat.

Doa supaya aku dapat suami, anak yang soleh lagi solehah.

Dan cepat-2 jugak lah aku pasang plan banyak-2 camne nak didik anak aku nanti.
Bukan setakat plan A plan B, siap sampai Z oke.

Aku tak kira, aku nak anta anak aku sekolah agama. Ehh tiba-2. hahaha
Setiap hari, aku akan paksa suami aku ajar anak aku mengaji. Jangan nak mengada-2 cakap malas.
Makan meggi la kau nanti. Waaa ada tanda-2 nak TERjadi isteri derhaka ney. Ehhh.. Astaghfirullah. Bhahahaha.

Tapi, sebanyak mana rancangan aku, Allah jua yang menentukan sama ada semuanya berhasil dengan hasil yang baik atau sebaliknya kan?
Tapi, lebih baik gagal selepas merancang dan melaksanakan daripada gagal untuk merancang. Ahh tak kira taknak gagal jugak. hwa3!

THE END


Tu je ceritanya.

Moral of the story : 

wahai kawan-2, memang la seronok kawen bercintan cintun ney. Tapi jangan lupa, CINTA ITU DATANG DENGAN TANGGUNGJAWAB. Kalau syok bercinta dengan suami isteri masing-2 tapi anak bersepah macam anak kucing takde maknenye. Bukan pasal anak je, banyak lagi tanggungjawab yang kalau dibukak satu persatu, bila difikir logik akal, rasa tak tertanggung beratnya.

Tapi, MACAM MANA MAK AYAH KITA BOLEH? Sebab adanya rasa tanggungjawab.

Sekian.



p/s : dah, tak payah nak stress sgt tengok kawan-2 semua dah kawen tapi kita tak. Kalau tiba-2 rasa stress fikir pasal bayangan dalam awan mendung kelabu aku tadi. hahaha =D lagi lah kau stress nak kawen.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...