Saturday, August 11, 2012

20 Tahun 6 Hari

Bismillah
Assalamualaikum.

sebatang kayu aiskrim yang dililit menjadi nama yang telah diubah


    Tatkala orang lain mengharapkan hadiah dan perhatian saat menyambut hari kelahiran. Aku. Cuma berdiam diri. 5 Ogos lalu mungkin hari lahir yang paling sunyi dalam hidup aku. Namun ia masih menyenangkan. Kenapa? Cukuplah orang yang benar-2 mengenaliku, mengingatiku, selalu bersamaku suka dan duka sahaja yang memberi ucapan " SELAMAT HAR JADI" bersama doa mereka yang ditaip dalam pesanan ringkas tak kurang yang diucapkan yang telah di-amin kan oleh ku.

    Tak perlu aku hebahkan dalam MukaBuku, tak perlu aku menuntut-2 ucapan ulang tahun itu dari semua orang. "Selamat Hari Jadi" terlalu mengingatkan aku pada umur. Bukan aku tak rela umur meningkat. Tapi, jujur ia sangat menakutkan. Lebih-2 lagi bila terfikir, adakah umur aku akan terus meningkat atau terhenti di sini. takut mengenang KEMATIAN. Aku terlalu banyak dosa. Tak terkira.

    Berusaha melupakan hari jadi. Berusaha keras melupakan 5 Ogos. Namun, orang-2 kesayangan ku masih mengingati hari itu. Terima kasih. Sekurang-2-nya, aku ditemani doa mereka. InsyaAllah, umurku akan dipanjangkan Allah, bukan untuk menikmati dunia semata, tapi untuk menambah amal yang masih cuma secubit bahkan sekecil zarah untuk ditimbang nanti.

Ditanya, "kau nak hadiah? Hadiah apa?"

Ku jawab lembut sambil tergelak sedikit, "tak payah lah. Kau hadiahkan je aku doa, supaya Allah     permudahkan segala urusan aku kat dunia ney and kat akhirat nanti"

    Kadang-2 tertimbul juga niat jahat nak tuntut hadiah. Tapi, ah tak payahlah. Sekurang-2-nya doa itu boleh pakai sampai aku mati nanti. Cuma satu hadiah yang dah lama aku pendam tapi masih tak dapat kerana tak mampu nak menuntut dan meluahkan. Sepasang telekung baru. Tu je. Tapi nanti lah belum ad rezeki nak dapat.

    Oh, siang tadi posmen dtg bawak surat. Dapat hadiah, walaupun simple tak mahal, tak gah. Tapi, yang buat ia jadi berharga ialah hasil usaha pengirim. Kerana terlalu simple, jadi tak salah kalau aku tambah sikit, buat ia lebih berfungsi. Sekurang-2 tak hilang dek letak merata. Sekurang-2 aku boleh gunakan ia tanda penghargaan. Macam kain putih, pada asalnya takde apa-2, tapi kita yang buat dia jadi macam-2 corak.

    Kini, aku sudah genap 20 tahun 6 hari. Sepanjang 20 tahun, sudah banyak yang aku lalui. Dan aku mengharapkan akan ada lagi sesuatu yang menarik dalam hidup. Walaupun selepas ini, bakal tiada yang mengingati tarikh lahir ku, aku cuma mengharap akan ada yang mengingati tarikh aku pergi. Sebab dengan tarikh itu, dapat aku tinggalkan waris yang baik disisiNya, dapat aku tinggalkan hasil jasa dan bakti dalam hidupku serta dapat aku tinggalkan sesuatu yang baik yang boleh diingati selalu.

    Kata orang, perkara indah yang dilalui bersama tak kiralah suka atau duka. itulah yang sering diingati bila kita benar-2 menghargai seseorang itu.


Terima kasih pada orang-2 kesayangan yang masih mengingati bilakah 5 Ogos itu.
Terima kasih yang amat.

Oh, juga kata maaf kerana tiada sebarang panggilan dariku saat Maxis menghadiahkan "freecall".
Kerana sudah terbiasa, tidak menyambut hari lahir.
Dan sudah terbiasa tidak menggunakan khidmat freecall itu sepanjang aku menyambut hari kelahiran.

Oh ya, hari lahir ku dalam bulan Ramadhan tahun ini. Semoga hidupku menjadi bertambah baik daripada yang sebelumnya. Amin.


Sekian.

6 comments:

Delle. said...

aimi ...*nangis*

aku tak ucap pum. aku tak tahu..langsung :'(


anyways, impian kita sama. aku pum teringin hadiah hari jadi sepasang telekung baru. her her her ! :'D

- SELAMAT ULANG TAHUN MI, MOGA YANG LEBIH BAIK MENANTI DALAM SEGALA ASPEK. AKU SAYANG KAU :$ -

Amilia Ami said...

@Delle. =D terima kasih.. takpe.. aku yang tak bagitau. hahaha. sorry

Delle. said...

kau pulak sorry. ngade. weh, maxis aku mulfunction skrg. apa" hal mmsj digi je lah ya.yersitel

mr.dinie said...

oh da lpas ke..haha..hepy belated bday..XD

Amilia Ami said...

@mr.dinie hahaha terima kasih lee..da lepas da pown.. tak yah nak belated sgt.. kaau wish taun depan je.. haha

ayu.mira said...

amin !!!
semoga Ramadhan nie bawak lebih keberkatan. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...