Wednesday, July 18, 2012

Sikit saja lagi

Bismillah..
Assalamualaikum

5 hari itu bukan sekadar hari.
5 hari itu adalah takdir Allah untuk aku.
5 hari itu termasuk dlm perjalanan hidup yang masih goyah.

    Hari pertama - tak mengapa.. mungkin tiada perkara buruk berlaku. Redha sahaja dengan apa yang dilakukan. Usai sahaja, Alhamdulillah. Sedikit ringan beban. Dan entah kenapa sejuk yang amat dingin tetapi masih nyaman.

    Hari kedua - Masih utuh aku bertahan. Namun tergugat dek kesakitan yang amat. Ya, sakit seolah ditikam tepat ke ulu hati. Seolah ditekan, dan jujur sukar menghela nafas. Namun riak wajah masih tenang seperti tiada apa yang berlaku. Cuma terkadang aku memejam mata menahan sakit.

    Hari ketiga - Berdebar-2. Dari awal kepala ku sudah mulai menekan sakitnya. Masih buat tidak tahu, malah tidak terkesan oleh ibu dan ayah. Melainkan aku yang membuka cerita. Bertahan hingga tiba saat rawatan. Masih berdebar. Seperti biasa riak wajah seakan tiada apa-2. Namun hati ini sudah menangis meraung kesakitan. Hati ini sudah menjerit, "Ya Allah, cepatlah masa berlalu.." Aku sudah tidak tahan. Sakit seolah tertikam itu kini seolah dirobek dan lukanya terasa amat dalam. Genggaman smakin kuat menahan sakit dan juga cuba menyembunyikan tangan yang hampir menggeletar. Usai sahaja, sakit itu masih terasa hingga kini.

    Tinggal lagi dua hari. Aku cuma mampu berharap dan berdoa agar aku tetap kuat. Bermohon agar rasa tikaman itu hilang. Serius. Sakitnya tak mampu aku lukiskan dengan kata-2. Cuma Allah sahaja yang mengetahui betapa hati ini meraung dan menangis kesakitan. Walaupun air mata ini tidak pernah keluar dari mata kerana sakit, namun air mata ini sudah lama mengalir di dalam hati dan tak pernah berhenti.

Semoga Allah permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat

Sekian.

2 comments:

En. Mocha said...

Kuat! doa sy sentiasa bersama awak.

nadzirah sofia said...

hoi ko sakit ape?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...