Tuesday, July 17, 2012

Perahu

Bismillah
Assalamualaikum.

    Waktu itu masih belum senja.
    Waktu itu masih belum gelap.
    Waktu itu aku masih mampu.
    Air sungai itu mengalir tenang.
    Masih selamat buat masa ini.
    Aku harus cepat sebelum hujan dan masa juga makin suntuk.
    Jika hujan, maka deras la sungai.
    Jika sudah suntuk gelap, maka sukar perjalananku.
    Dayung. Dayung lagi.
    Penat. Tapi ini sudah jadi perjalananku.
    Entah bila akan ku sampai ke lautan luas.
    Entah bila lagi aku mampu hidup.
    Tak tau.
    Berpatah balik atau teruskan?
    Kalau berpatah balik, sia-2 lah jeram yang ku hadapi.
    Sia-2 lah mengharung derasnya sungai.
    Sambil ku suap dengan pelbagai angan dan harapan.
    Sambil tangan ini mendayung lelah si perahu pusaka.
    Begitu juga masa yang terus berjalan.
    Teruskan sahaja dengan muka tiada perasaan.
    Seakan ini sudah jadi takdirku. Redha sahaja.
    Namun harapan melihat lautan luas masih tegak berdiri.
    Umpama serikandi yang memandang jauh.
    Sejauh impiannya.
    Kukuh dan gagah harapan itu.
    Perjalanan ini masih diteruskan.
    Hingga kini.



p/s : Jauh lagi untuk smpai ke penamat. Mungkin. Kerana aku tak tahu.

2 comments:

Anonymous said...

Enjoy your journey..sebab perjalanan tu lebih bermakna daripada destinasi,kita akan kenang perjalanan kita smpai bila2 :D

Amilia Ami said...

@Anonymous waaa.. betul-2. sebab dlm perjalanan tu la macam2 kita nmpk n lalui.. =) thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...