Monday, July 16, 2012

Layang-layang bentuk hati

Bismillah
Assalamualaikum

    Cik Latte ingin menjadi bidadari. Mampu melakukan sesuatu yang luar biasa yang boleh membuat orang tersenyum dan terpaku kerana bahagia. Namun, dia bukan bidadari itu. Malah sedar dia tidak mampu menjadi bidadari itu. Tapi niat itu masih segar terbiar ia disimpan dalam kotak angan-2. Biar ia terus jadi angan-2.

    Nyawa Cik Latte terasa terumbang ambing. Kenapa? Mungkin dia kemurungan. Bisikan demi bisikan buat dia penat dan lelah. Menyedari dia tidak boleh kalah dengan musuh nyatanya itu, terkadang buat dia sangat bertungkus lumus berperang. Dia ingin menjadi wanita yang selalu hadir dalam mimpinya. Mimpi yang seolah nyata.

    Wanita itu gagah. Wanita itu kelihatan sangat bercahaya. Berbaju putih terang menggenggam erat pedang. Jelas dalam mimpi itu, wanita itu menghunus pedang ke arah entiti yang tak pasti wujudnya itu. Seakan kabus hitam yang menyesakkan, namun pedang itu mampu menghunus dan meragut nyawa entiti yang tidak kelihatan jasadnya. Melihat langit hitam bertukar biru gelap yang tenang. Senyuman terukir dan wanita itu hilang.

    Semangat cuba disemat dalam hati walaupun sebenarnya sukar. Wanita dalam mimpi itu bukan dia. Pasti. Susuk tubuh dan rupa sahaja sama. Tapi yang pasti dia tidak sekuat wanita itu. Pernah sekali Cik Latte, terdengar bisikan, "Balkoni itu nampak sesuai untuk kau terjun,". Terkejut dengan bisikan itu, dia lantas mengucap dan cuba kembali pada tahap kewarasan yang waras. Aku gila?? Lalu, apa tadi?

    Orang tak faham. Orang lain tak akan faham. Dan tak mungkin akan cuba faham. Apa yang selama ini dilalui sangat rumit. Terasa bersendiri walaupun dikelilingi ramai teman. Rasa sedih dan sepi walaupun sedang bergembira. Bukan tidak bersyukur cuma rasa itu yang menjengah. Mahu atau tidak ia sudah hadir. Bertahun itu sudah cukup lama. Bertahun itu sudah cukup berat, namun masih ada orang lain yang terseksa lebih bertahun lama berbanding dia. Itu pun dia sudah cukup bersyukur.

    Kalaulah dia punya keberanian, sudah lama lari dari rumah. Rimas. Rimas dengan semua benda. Ya, kerana bisikan itu lagi, hal yang sekecil kuman mampu menjadi besar sebesar dunia. Penat bermain tarik tali. Kadang-2 terselam kadang mampu mengawal hati dan perasaan. Ouh, sesungguhnya dia bukan bermain wau  atau layang-2 diamond. Tapi dia sedang mengawal layang-2 berbentuk hati. Hati yang berdarah dan bernyawa juga berdenyut-2.

    Mahu sahaja pergi meninggal. Serius. Ini yang selalu dirasakan. Tapi, ah ini bisikan kekalahan. Benci. Kalau dia terikut, maka malulah pada serikandi dan pahlawan-2 yang sanggup bergadai nyawa kerana musuh yang terlihat jasadnya yang berduyun-2 menyerang. Sedangkan musuh yang nyata yang satu ini tidak mampu dia lawan itu adalah sesuatu yang sangat memalukan dan merugikan. Bukankah satu victory jikalau musuh ini dapat dipatahkan.

    Terimbas kembali sesuatu yang mungkin tak pernah difikir bakal dilakukan beberapa tahun yang lalu. Dek kerana tidak mampu berperang lagi, Cik Latte sudah berani berniat mahu menghunus pisau kecil yang digenggam sewaktu membuat kerja seni, di pergelangan tangan. Akal sudah bertekad, namun jauh dalam hati entah di sudut mana menjerit dan meraung 'JANGAN'. Tangan terpaku dan tergamam. Mata mulai tajam menyaksikan rancangan syaitan yang mahu mengalahkan dia.

    Kerana Allah masih punya rencana buatnya. Ditiupkan bayu kesedaran kepadanya. Seolah terjaga dari tidur, dan terpinga-2 dengan apa yang cuba dilakukan. Lantas mencampak pisau kecil itu. Mengucap seolah diberi peluang hidup kembali. Nikmat apa lagi yang tak disyukuri? Nikmat iman itu sudah cukup buat dia bersyukur dengan syukur yang rasa masih belum cukup dipersembahkan.

    Dan kerana selangkah demi selangkah, setahun demi setahun telah banyak hijab hikamh terbuka. Memperlihatkan ganjaran yang Allah beri setelah bertarung dangan ujian. Cik Latte tidak punya banyak alasan untuk mengalah. Maka, bertarung dan berhadapan itu yang bakal dilakukan, sekarang hingga saat nyawa dicabut.

    Kini wanita menghunus pedang dalam mimpinya, bakal menjadi impiannya. Menghunus bukan kerana kekejaman, namun kerana melawan kegelapan dan diisi dengan ketenangan iman. InsyaAllah. Cik Latte kuat sambil diiringi doa yang tak putus. Kalaupun suatu saat nanti, sudah saat nafasnya terhenti, semoga wanita itu adalah dirinya dan semoga segalanya dipermudahkan.

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 13)

Bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan.





Sekian.


p/s : lagi beberapa hari nak Ramadhan =)

8 comments:

En. Mocha said...

En. Mocha selalu berpesan. "Kuatkan Semangat!". Sebab dia tahu Cik Latte kuat, dan Insyaallah mesti boleh untuk menjadi seperti wanita berbaju putih itu. Hiraukan semua bisikan-bisikan pelik tu. Kalau Cik Latte ada masalah, dia sentiasa sedia untuk mendengar...sebab Cik Latte sudahpun menjadi bidadari dalam hidup En. Mocha. =)

Delle. said...

miiii, okay ke idak ? oovooing meh :D

Amilia Ami said...

@Delle. oovooing apetu?? haha aku oke la syg.. =)

Amilia Ami said...

@En. Mocha =) eh... en.mocha ada.. =)

Delle. said...

mcm skype. p lah download lepastu habaq. add aku lepastu kita webbie ! =D

Amilia Ami said...

@Delle. oit.. dah. nak add hang camna?? hahaha

nadzirah sofia said...

uishhh...aku pun kdg2 ada gak bisikan2 cmtu..nak2 bile nmpak pisau ke ape ke...

Amilia Ami said...

@nadzirah sofia fuhh kalau tak kuat iman tu.. mmg aihh tak brani nak ckp.. same2 la kite mengucap selalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...