Wednesday, July 18, 2012

Langit malam

Bismillah
Assalamualaikum

    Malam masih gelap.
    Malam yang gelita tu terlalu sunyi.
    Mulalah timbul macam-2 bayangan macam-2 andaian.
    Ehh, bukan andaian. Lebih kepada angan-2.
    Ya, setiap kali sendiri ada saja sogokan dalam minda.
    Mulalah aku melayang entah ke pelusuk mana.
    Berfikir itu buat aku tenang kadang-2 buat aku menangis tak pasal-2.
    Sambil melayan kerenah minda, aku mendongak tengok langit.
    Gelap. Gelap sangat.
    Mata mulai meliar mencari kelibat bintang.
    Hampa. Arus kemodenan menelan kerlipan bintang-2.
    Kaitan??
    Sudah terlalu terang di bawah ini.
    Lampu-2 jalan, lampu-2 bangunan semuanya sudah cukup menerangi.
    Tiada lampu asli sang bulan.
    Tiada lagi hiasan kerlipan bintang.
    Namun aku tahu, mereka semua masih ada cuma tenggelam dek cahaya di bumi.
    Ahh. Rasanya sudah terlalu jauh minda ney melayang.
    Kembalilah. Kau perlu tidur. Rehatlah, tak perlu fikir lagi.
    Senyum. Tingkap di tutup. Langsir dilabuhkan.
    Berundur dan lampu ditutup.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...