Monday, July 2, 2012

Hari ke-12 di rumah

Bismillah
Assalamualaikum.

    Sudah masuk 12 hari aku menternak lemak di rumah. Hasil masih belum boleh dituai, hidup masih normal. Takde yang tunggang terbalik lagi. Weekend aku berjalan macam mendatar je sama dengan hari biasa. Sebab itu lah aku cenderung untuk lupa hari. Kau rasa nak penampo tak kalau setiap masa aku tanya, "Eh, hari ney hari apa ek?"

Itulah hakikatnya.

    Nasib baik family aku ney jenis malas nak menampo sebab soalan yang kononnya normal macam tu. Jadi dijawablah dengan penuh prihatin dan sabar juga penyayang. Kalau hidup aku boleh dilukis atas graf, graf aku untuk sepanjang 12 hari ney mendatar je, naik pun sikit-2 lepas tu turun balik. Alah, lebih kurang sama macam dalam graf stats blog tu. Haaa..

    Cuma kalau hari itu ada aktiviti menarik, naik la grafnye mendadak sikit, tapi lepastu turun balik. Bosan kan jadi aku? Masa aku banyak habis kat depan desktop, depan diary, depan tv, and dalam bilik. Tak produktif langsung, ini betul-2 menternak lemak. Kalau aku naik sem nanti ada nampak macam berubah sikit, tolong jangan tegur perubahan aku. Mohon.

    Aktiviti yang tak produktif mengundang selesema dan sakit kepala yang hampir nak bermastautin dalam badan ney. Memang haru. Dah la tak buat apa-2, tambah pulak selesema and sakit kepala yang memang menambah efek tak buat apa-2 langsung. Memang lepak habislah kan.

    Oleh sebab aku tak dapat stay kolej, so hari-2 aku dok bukak MyUM tgok result appeal aku. Tapi takde apa-2 langsung. Macam tahi. Otomatik muka macam ney >> -__________-''''
Lepastu semalam, satu hari MyUM tkley bukak, bhahah nak tergelak aku. Adakah disebabkan ramai yang dok usya result tak official tu. Entahlah, tapi yang pnting bila aku nak bukak hari ney konon nak tengok result. Dah tak boleh dah. Komfem. Mesti dorang buat apa-2.

    Serius aku rasa macam dipermainkan oleh golongan intelektual or golongan atasan yang autokrasi, monarki lagi meritokrasi. Ehh tiba-2. Over gila okeyh. Aku memang suka buat drama tak laku kat sini. Yang penting aku kena cool selalu. Takpe-2 kali ney hari kau. Esok lusa tulat langkat sampai bila-2 hari aku. =P

    Jauh sudah aku mengarut. Yang penting tingkatkan prestasi. Tanggungjawab aku belum selesai, dan sebenarnya baru nak bermula. Sebelum ney setakat panaskan enjin je. Okeyhlah, tiba2 idea aku hilang. So aku full stop kat sini lah ye.




p/s : Saya takut nak jawab YA sebab takut terlalu berharap. Tapi awak tak payah ragu-2. =)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...