Monday, July 16, 2012

Awan atas kepala

Bismillah.
Assalamualaikum.

    Di petang hari aku meng-update entry yang kedua dalam satu hari. Nampak tak betapa free nya aku hari ney. Nampak? Bukan nak tunjuk diva ye adik-2, cuma jari ney dah gatal nak menaip. Serius lama gila tak menaip entry. Aku bukak FB dengan Twitter pun takdenye aku nak menaip post-2 baru.. Nehi nehi.

    Kembali pada niat dan topik asal aku nak menaip entry ney. Tengah-2 duduk lepak-2 tengok tv yang tak on (efek terlalu free) tiba-2 ada awan berkepul-2 atas kepala. Dalam awan tu aku nampak langit. Dah kenapa langit muncul dalam awan tu? Tiba-2 aku dengar bunyi...vrooooommm~ aku tersengih, macam orang gila bayang sengih sorang-2.



    Nak tau aku nampak apa dalam awan tu? Kapal terbang. Hey, kapal terbang ney bukan kapal terbang untuk aku nak pergi luar negara ke apa. Kapal terbang ney private punye. And yang paling menariknya aku nampak aku tengah bawak kapal terbang tu. Bhahahah gila ohsem. Sebab tu aku boleh tersengih macam kerang busuk sorang-2.

    Persoalannya, kenapa tiba-2 aku nampak kapal terbang dalam awan atas kepala aku tu? Ouh.. ney semua gara-2 aku sejak aku dapat lesen kereta, aku teringin pulak nak dapatkan lesen bawak kapal terbang atau bahasa rasminya private pilot license. Nampak gempak tak? Memang gempak oi..

    Lepas je aku dah sengih sorang-2 dok layan feeling bawak kapal terbang, aku terus jumpa En.Google nak google pasal benda ney. Usya punya usya.. aku jumpa! Yeah.. Memang gempak gila. Kos nak belajar smpai dapat lesen ney around RM30k-40k. Mau nye tak gempak. Orang lain kerja macam nak gila pun belum tentu dapat duit selepuk banyak macamtu.



one fine day... tengoklahh..

    Oleh kerana aku masih muda. Takpe-2 aku ambik dulu gambaran dalam awan tu masuk dalam kotak simpan dalam otak kat ruang tempat semua angan-2 aku ada. Lepastu aku pecah-2kan awan tu pakai tangan. hahah. Rumate aku tau aku buat macam mana bila tiba-2 terbayang sesuatu atas kepala. =D

    Baiklah. Semua ia akan jadi kenyataan. Best jugak kalau dapat bawak betul-2. Gila ohsemm! Nanti aku nak bawak laki ngn anak aku jejalan pusing udara. Kau nampak? awan lagi satu dah timbul betul-2 masa aku taip ayat ney. Oke, sebelum makin banyak awan-2 terhasil aku blah dulu.

Sekian.


p/s : Entah dah berapa banyak awan-2 atas kepala ney timbul sepanjang aku hidup ney ekkk??

2 comments:

nadzirah sofia said...

nanti klu ko dah ada lesen bawak kapal terbang, aku nak naik free punya :P *berangan je lebih*

Amilia Ami said...

@nadzirah sofia hahahaha boleh-2.. kalau terhempas pon kte sesama.. bhahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...