Sunday, June 17, 2012

Satu Sahaja Lagi Dan Yang Terakhir

Bismillah
Assalamualaikum

    Hati sekarang tengah galau. Tak keruan. Tak sabar malah tak mampu nak menanggung lagi rasa seksa penantian. Penantian tu kalau boleh diibaratkan dengan sesuatu, aku rasa dah tak mampu nak ibaratkan dengan apa-2 lagi. Penat, sampai aku dah lupa rasa penat menanti tu macam mana. Over kan? Tapi itulah hakikat.

    Biasanya yang terakhir ney la yang paling seksa sekali. Waktu sehari macam setahun. Kalau dah jarak masa sampai seminggu bak minggu study week fasa 2. Bayangkanlah umpama 7 tahun menunggu. Tapi, bila dah sampai ke hari yang paling hampir, say 3-4 hari. Speed masanya, tak usah cakap lah. Lajunya macam kelajuan cahaya. *maaf aku memang suka guna unsur-2 hyperbola*

    Dalam hidup dan secara realitinya pun sama. Yang terakhir tulah yang paling lama and penat nk tunggu. Sampai rasa nak give up pun ada. Ehhh.. tapi mana boleh give up. Mulut je cakap give up, hati tetap membara bhai~ Pernah rasa macam nak terjun bangunan pun ada weyh, tapi faith itu masih kukuh Alhamdulillah.

    Seminggu penantian kertas terakhir, jujur aku katakan tiada input langsung dalam kepala otak yang hampir malap ney. Almost berkarat dek oxidation yang berlaku dengan sangat rapid. Tidak tahu macam mana nak setel, haruskah ku telan segala anti-oxidant? Atau perlu disapu minyak pelincir dalam otak supaya enjinnya tetap mantap? Tiada jawapan.

    Harap payyyper yang terakhir ney. Akan beri aku berita gembira. Bila difikirkan semula kan, seminggu berlenggang ney dikira ujian jugak kan? kalau aku leka kurang usaha, komfem! result tu macam apa yang aku usaha kan. Kalau ciput, maka ciputlah.. Well, senang je pendirian aku. You get what you give. *Amboy tak boleh pasar lagi ke English tu.

    Ingat kengkawan, Allah lihat usaha kita bukan melihat betapa bagusnya kita. 

So, Alhamdulillah aku masih ingat pendirian itu selepas terleka hampir seminggu. Kalau aku leka lagi..

*Mohon lempang aku berkali kali*

Sekarang tengah berkobar nak study Bio Pop dengan jayanya. Seriuslah kan, Facebook tu dah bosan semacam so kalau aku bukak pun tak effect apa. Cuma teringat plak kata-2 senior aku :

"facebook tu macam peti ais, dah tahu dalam tu takde apa-2 tapi 
kita still nak bukak berkali-2 nak tengok ada makanan ke tak"

Haaa..macam ney pown boleh. Patutlah, walaupun bosan En. Muka.buku tu dia berjaya buat buku aku tak bergerak ke page seterusnya. *sigh
So, Good luck-lah pada diri sendiri. More effort less disappointment. Hopefully~

Nampak jarak penantiannya?? jenuh taukkk..

Demi menghilangkan rasa beban stress tu,
Kalau Mr.Z, dia dah buat gaya hulk dah dengan aku. 
Fine. Fine. Aku pun. Tapi bezanya, dye hulk, aku shrek. Kami masih makhluk hijau yang membuat bunyi "Huaarrghhh!" *ehh ape aku merepek ney

Sekian.


p/s : cukuplah berjimba di blog dan muka.buku masa untuk buku-buku pula. Dah lama mereka merayu mintak dimanja dan dibelai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...