Friday, June 1, 2012

Sabar Kawan..

Bismillah
Assalamualaikum.

"Ditengah-2 kesukaran itu, akan muncul satu petunjuk yang sangat
penting untuk menjalani hidup penuh duri dengan tabah"
(Aimi Amirah, 2012)

Aku melihat, merenung dan menilik dari jauh.
Aku melihat kau terseksa.
Bukan aku tak mahu cuba untuk mendekati dan bertanya. 
Cuma aku yakin aku tak mampu memberi yang terbaik untuk buat kau rasa tenang seketika.
Dan aku yakin masih ramai yang mampu melakukan itu, maka biarlah aku menjadi pendamping sunyi di sisi kau. Lagipun kawan tak bererti kita harus sentiasa menonjolkan diri untuk menunjukkan sokongan.
Ingat. Doa aku masih sentiasa bersama.

Aku melihat kau bertarung.
Aku melihat kau menangis.
Aku melihat kau sangat terluka kerana dia.
Ya, bercakap lebih mudah dari melakukan. Aku pasti, ramai yang mencadangkan kau meninggalkan dia.
Tapi aku tahu apa rasa bila terpaksa meninggalkan orang yang menjadi kesayangan saban hari sejak sekian lama. Memang sukar kerana di setiap jejak kita akan ada tapaknya dia.
Memang perit kerana di setiap langkah akan ada bayangnya dia.
Tapi, jika aku boleh perkatakan, ialah perkataan cliche yang semua orang sibuk perkatakan. SABAR.

Tapi se-cliche mana pun perkataan itu, ia tetap masih punya kuasa tersendiri. 
Masih ingat, bagaimana nabi ulul azmi di duga?
Ya, aku yakin kau akan kata : mereka itu nabi dan rasul punya kesabaran yang tinggi.
Tapi aku yakin kau juga tahu, mereka adalah manusia biasa macam kita semua.
Dan aku pasti kau masih ingat macam mana Allah memberi pengajaran kepada Nabi Yunus kerana tidak sabar dan meninggalkan umatnya waktu umatnya menolak ajarannya.
Masih sama. Baginda adalah manusia. Kita juga.

Jadi SABAR itu sangat kuat.
Selain daripada kau memohon petunjuk dari-Nya.
Selain daripada kau memohon agar dipermudahkan urusan.
Apa kata kau mohon agar kau dikurniakan kesabaran umpama kesabarannya para anbiya'
InsyaAllah. Kau akan menemui kekuatan disebalik tangisan doa yang kudus.
Aku bukanlah hamba Allah yang maksum dan yang terbaik,
aku juga banyak dosa, tapi adalah tidak salah untuk aku menyuntik semangat rohani walau sedikit buatmu kawan. Kenapa? Kerana aku sayang kau.
Kau tidak keseorangan.
Mungkin aku tidak se-agressive seperti kawanmu yang lain.
yang membantu menyalur informasi dan cadangan dan tak kurang juga yang menjadi pendengar setia mu.
tapi kerana aku sedar, mereka sudah banyak menyuntik semangat untuk terus melawan dan mempertahankan, maka aku ambil peluang untuk menyuntik kerohanian buat kau.
Jangan tenggelam dalam amarah dan rasa kesunyian yang syaitan tiupkan.
Seperti yang selalu kau dengar, doa itu senjata orang mukmin.
Maka berdoalah kawan. Menangislah pada-Nya. Dia tak pernah mengecewakan.

Malah, aku sangat pasti kau lebih arif dalam apa itu sabar. Kerana aku melihat kau berusaha untuk sabar.
Kau berusaha menahan amarah.
Tahniah untuk kau.
Aku bangga kau mampu melakukan itu.
Itu lebih mulia bukan?
Senyumlah dengan kesabaran dan kekuatan menahan amarah yang kau ada itu.
Dan itu lebih baik daripada menangisi ujian dan serangan bertubi dari manusia yang pernah tahu erti penat.
=)

senyuman itu lebih bermakna.



p/s : entry khas untuk kau. setelah aku melihat menilik dan mengkaji. ahahaha =D



4 comments:

Delle. said...

aimiiiiii ! aaaa tiada kata terucap. hanya deraian titis mata menjawab pembacaan :'(

Ramona Alice said...

amboi,nak ckp aku aggresive lettew. haha!

Amilia Ami said...

@Ramona Alice ahhahaha eh.. terasa.. aggressive maksudnya..nasihat untuk bertindak..

Amilia Ami said...

@Delle. tak perlu kata apa-2. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...