Wednesday, June 27, 2012

Misi hari ini

Bismillah..
Assalamualaikum.

    Dah genap seminggu aku bergayut, bertenggek dekat rumah menternak lemak. Well, not exactly la. So, hari ney, aku bakal melaksanakan misi menyelamatkan perut bersama kawan sepermainan. Misi yang pasti membahagiakan dan mampu buat orang-2 kesayangan tersenyum. Itupun kalau dorang nak senyumlah kan dengan misi ney.

    Misi yang hanya melibatkan kami berempat. Siapa kami tu? Oh, aku, cik intan, cik safiah dan cik mira. Misi bermula jam 10 pagi di kedai berhampiran. Kemudian selepas sahaja membeli belah barangan yang sepatutnya, maka bermulalah misi utama kami.

    Misi ini bertujuan untuk menyelamatkan perut (bukan tujuan utama), tapi lebih kepada tujuan untuk merapatkan silaturrahim bersama kawan sepermainan yang sudah lama tidak ketemu. Mungkin akan ada aksi-2 yang tidak sepatutnya semasa misi ini dilaksanakan. Maklumlah, bila anak-2 dara sudah berkumpul, maka....faham-2 jela apa yang jadi kepada kami.

    And, jangan harap aku nak bagitahu apa sebenarnya misi kami. Nantikan next entry which is bila misi kami sudah menunjukkan hasilnya. Dan sekiranya misi ini berhasil dengan jayanya. Bolehlah kamu mengambil peluang untuk mengupah kami. Sekali and seorang je. Siapa cepat dia dapat.

    Oleh kerana tak banyak sangat isi yang nak diperkatakan dalam entry kali ni, maka sampai di sini sahaja tamatlah cerita yang tak seberapa ini. Biarlah aku tinggalkan tanda tanya pada kamu kamu dan kamu tentang misi apa yang bakal dilaksanakan hari ini. No. No. No. Tak perlu nak tertanya-2 sangat. Bila misi ini sudah berjaya, maka dengan automatiknya akan aku ceritakan hasilnya dan bagaimana perjalanan atau progress misi ini.


nampak tak betapa seriusnya misi kali ney??? silalah nampak


Sekian. Calo beteh!


p/s : lama tak jumpa mereka, agaknya dah beranak pinak belum??

2 comments:

cik myra said...
This comment has been removed by the author.
cik myra said...

yeahh, semoga misi berjalan dengan lancar ! anyway, aku belum beranak. tapi dah berpinak.. hahaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...