Sunday, June 17, 2012

Lelaki pertama dalam hidup

Bismillah.
Assalamualaikum.

    I know, 2 entries in one day. Annoying yang amat. Bercakap tentang ayah. Well, everyone know today is Hari Ayah. I don't care la orang nak cakap apa pun, lagho ke. Selama aku hidup, hari ayah tak pernah me-lagho-kan aku, kenapa? Sebab aku takde la sampai nak membzir duit belanja yang over-2 semata nak sambut hari ayah. Yep. Aku bukan bukan orang senang nak keluarkan duit untuk bagi hadiah bila-2 masa je terutama pada hari-2 sambutan yang disambut.

    I learned to appreciate. So, only ucapan Selamat Hari Bapa je yang aku mampu. Serius, aku seorang yang sangat sukar and berat sangat nak tunjukkan rasa sayang apatah lagi meluahkan. Bagi aku, hasil yang aku dapat daripada usaha yang aku buat ialah cara yang terbaik untuk buktikan rasa sayang aku. Well, ayah aku pun bukanlah macam ayah orang lain yang everytime everyday cakap, "I love You" kat anak-2 dia.

    But here's a thing, I can feel the love especially when he said, "Jangan senang percaya pada lelaki. Lelaki tak boleh dipercayai," I know. And I believe that. Dalam hidup aku pun sejak aku mula buka mata tengok dunia, dialah lelaki pertama dalam hidup aku. I still remember, aku pernah terbongkar satu album lama, yang dalam tu banyak gambar aku and ayah aku. Gambar bila ayah aku balik kerja or nak pergi kerja, there will always me in his hug.

    I know time has passed. I wish I could be that little girl walaupun untuk sekali. Now, semua dah berubah. We're not as close as before. Maksud aku bukanlah tak rapat macam bergaduh. It's just look weird and awkward. But it's okay. We're still good. Bila ibu call, I always know yang sebenarnya ayah yang suruh. Walaupun ayah tak banyak tanya and borak-2 dengan aku, tapi aku tahu dia selalu ambik tahu dari ibu. Kalau tak takkan mereka bergosip pasal aku kan.

    Masa aku masuk matrik and universiti. Percayalah, ayah aku yang paling gelabah, I mean serabut. Semua benda dia tanya aku dah pack barang ke, dah siap dokumen ke.. It's quite annoying sometimes, tapi bila ingat balik. I can see his face, happy and bangga. Aku tahu. Teringat bila aku dapat anugerah or apa-2 hadiah, bila balik mesti dia tanya, "dia ada sebut nama ayah tak?" Haha ntah apa-2 je ayah aku. Of course la ada, nama aku pun berbinti kan nama dia. Tunggu aku mati je nanti binti kan dengan nama ibu.

    Well, tahun ney tak macam tahun yang sebelum which aku akan buat homemade card untuk dia. SMS aje yang aku mampu, tak sempat nak buat malah takde kudrat nak mengerah idea di saat final mencengkam diri dan minda geliga aku. Walau apapun, semangat iu tetap ada.

    Yes, ayah aku tak macam ayah orang lain. Tapi....
Cukup sekadar dia yang menjadi ayah aku. Aku tak harap orang lain. Dia telah dihantar Allah untuk aku. Tak perlu aku pertikaikan lagi. Allah lebih mengetahui. Terima dan hargai adalah tanda aku bersyukur. Bersyukurlah kerana masih ada ayah di dunia ini.

ohseeemm
Sekian.



p/s : Tak banyak yang aku ingat pasal memori dengan ayah. Sebab setiap masa since I was born adalah memori dengannya. So, uncountable. Lagipun, aku malas nak membongkar kotak lama dalam otak ni untuk menjenguk memori lalu.

p/p/s : entah kenapa setiap kali bercakap soal ayah aku akan menangis macam budak kecik. -________-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...