Wednesday, June 13, 2012

Jangan Sampai...

Bismillah
Assalamualaikum..

    Terkadang terasa seakan mahu mengudur dri segala kekacauan (baca: keserabutan). Ya bila aku serabut, benda pertama yang aku fikir ialah macam mana nak vanish semua benda tu + undur diri. Cari punca, dan cuba vanish dari situ. Orang kata kita tak boleh patah balik masa, tapi aku boleh je kembali mencari masa itu dan "pop!" cuba hilangkan kesannya sikit demi sikit sampai aku rasa dah takde lagi.

    Sebelum aku betul-2 jatuh cinta. Sebelum aku betul-2 jatuh cinta. Dan aku ulang lagi, sebelum aku betul-2 jatuh cinta, aku terasa seperti ingin mengundur diri. Kenapa? Sebab, bila ramai bertanya. Bila ramai yang cuba mengambil tahu dan cuba mencucuk hidung mereka (baca: poke their nose) dlm urusan aku. Aku jadi hilang rasa semuanya. Ketakutan melebihi segalanya. Ya, pernah melihat orang menggigil ketakutan? Begitulah aku sekarang. Bukan fizikal sahaja, malah jiwa aku juga.

    Aku takut aku akan jatuh cinta. Kenapa? Sebab bila aku mulai ke zon itu. Rasa mengundur diri itu jadi lebih sakit. Aku juga tak pasti kenapa saat ini hati sudah sakit walaupun sekadar membayangnya. Tolonglah.. Ya Allah, kerana ini lah aku takut untuk jatuh lagi. Tahu apa itu maksud jatuh? Dan tahu apa itu rasanya jatuh? Sakit. Ya. Setakat ini tiada orang yang merasa bahagia kerana terjatuh.. kalau ada itu gila. Malah orang kurang siuman juga tahu rasa sakit. Percayalah, bila kau sebut jatuh cinta depan aku, perkara pertama yang aku bayangkan adalah air mata dan rasa sakit. Gile paranoid aku.

    Dalam kes aku, ramai yg cuba mencari tahu. Bercerita. Dan sebagainya. Walaupun aku mendapat tahu daripada orang lain, itu sudah cukup buat aku untuk merasa rama-2 dalam perut (baca: butterflies in my stomach) Belum lagi mendapat tahu secara langsung atau terdengar sendiri mereka bercerita. Sudah tentu aku lari masuk bilik dan melepaskan esakan di bawah bantal atau selimut atau mungkin bersembunyi di dalam locker. Lalu menjerit hiba meluahkan persoalan, "tak boleh ke biarkan aku dalam dunia aku?"

    Risau juga, imaginasi aku ini melebihi jangkauan pemikiran manusia lain. Aku boleh banyangkan jika sebenarnya ada di antara pembawa cerita sebenarnya menyimpan perasaan pada sang putera. Dan itu cukup buat aku khuatir jika aku sebenarnya sudah jatuh cinta. Aku seorang yang give in. Lebih rela mengundur diri daripada pertahankan. Aku penat berperang. Perang dengan diri sendiri masih takde tanda untuk tamat. Dan aku harus berperang dengan org kerana cinta? Aku PENAT. Dan pastinya aku akan rasa SAKIT.

    Aku bukan macam Saidina Ali r.a. Aku bukan macam Sumayyah r.a. Aku bukan macam pahlawan  lain yang hebat untuk berperang dengan semua benda pertahankan segalanya. Aku takut jika ini masih berlaku. Aku akan mati rasa selamanya dan rela bersendirian atau tidak disedari makhluk lain di bumi ini. Macam hantu atau roh yang gentayangan.

    Satu antara seribu rahsia kerajaan (baca: hati/dunia) aku sudah ku lafaz di sini. Harap yang lain terus menjadi rahsia. Maaf tak dapat dinafikan bahawa aku paranoid. Trust myself is much more better than trusting others. Walaupun kadang-2 diri sendiri selalu terpesong daripada apa yg aku percaya. Tapi sekurang-2 nya aku masih meletakkan kepercayaan dan masih boleh diguna pakai.


Maksud rasa sakit itu



p/s : entah kenapa sekarang rasa sakit itu menerjah. tolong jangan beritahu aku sudah jatuh. Mohon.. jangan. I feel like crap and terrible and sad and hurt. T_T

3 comments:

saye aina :) said...

buatkan blog aku macam ni :))

Amilia Ami said...

@saye aina :) hahahaha buatkan yg mcm mane?

saye aina :) said...

@Amilia Ami buatkan yang macam begini larrrr :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...