Monday, June 4, 2012

I'm Not In Love

Bismillah
Assalamualaikum..

"Cinta itu biarlah datang sendiri. Lebih indah jika cinta itu selepas nikah"


Aku tak kira. Aku nak cerita jugak walaupun diari aku ada. Tapi jari ini harus disimpan tenaganya untuk menulis pada exam final sem ini. Lagipun aku sudah kekurangan idea nak menulis acane dlm diari tu. Malu sendiri mungkin.

Cerita bermula begini..

Satu perasaan yang sudah lama aku kunci dalam hati dan takkan aku benarkan ia keluar.
Perasaan sayang atau perkataan gelinya cinta.
Ya. Aku simpan, aku bungkus baik-2 dalam kotak, aku rantai, aku mangga guna mangga paling besar dan aku simpan dalam bilik kebal, yang aku sendiri takde kata kunci nya. Biarkan ia terkubur tanpa batu nisan dalam tu. Bukan setakat tiada kata kunci. Malah, aku rantai sekali bilik kebal dalam hati aku tu dan buang kuncinya dalam laut. Ironik sangat kan?

Tapi memang itu yang aku lakukan. Aku tidak mahu bermain dengan perasaan itu. Dan aku menyerahkan semuanya pada yang lebih berkuasa dan yang sememangnya cuma Dia yang berkuasa. Bagi aku kini, rasa itu tak perlu dicari gali. Tapi ia akan datang sendiri jika kita benar-2 ikhlas mencintai kerana Dia. Dia sendiri akan mendatangkan rasa itu pada kita. 

Dalam kes aku....

Dia yang boleh ku katakan, tak pernah aku sangka. Dia yang banyak mendiamkan diri. Dia yang lebih suka tersenyum sahaja dan dia yang terlalu jarang berkata-2 dgn aku. Telah memulakan langkah yang sememangnya memerlukan keberanian. Bukan meluahkan rasa dengan mengungkapkan tiga kata itu. Tapi meluahkan rasa ingin menjadi yang halal bagiku. Aku....cuma mampu terdiam. Kerana jujur aku tidak punya rasa cinta yang membuak-2. Sekadar gembira dan bersyukur. Aku tak tahu kenapa. Adakah kerana aku juga suka dia? Tidak. Bukan. Benar aku tiada rasa cinta itu padanya.

Lalu aku berkata pada hati. Jangan pecahkan bilik kebal itu. Kau takkan mampu. Mohon serah pada Allah. Mohon... aku ingin mencari redha-Nya. Dan. Walaupun rasa itu tiada. namun semuanya seakan berjalan lancar. Seolah-2 ad sesuatu yang menarik aku untuk tetap menunggu apa langkah dia seterusnya. Seolah-2 ada sesuatu yang menghalang aku untuk berkata tidak padanya. Aku cuma berserah. Benar. Terlalu berserah.

Tidak mengharap apa-2 dan tidak memberi sebarang harapan. Aku beristikharah. Muhasabah. Dan cuba menenangkan jiwa dan menbersihkannya agar petunjuk Allah dapat datang menyelinap dan memberi jawapan kepadaku. Jujur, kerana dia aku menjadi lebih dekat pada Dia. Jujur kerananya, aku menjadi sangat terlalu mengingati Allah. Bukan bermaksud aku melakukan itu kerananya, sudah tentulah kerana Allah. Tapi dia buat aku ingat pada dosa. Risau andai terlanjur melakukan perkara yang mengundang kemungkaran. Namun, batas masih menjaga. Dan aku bersyukur kerana itu. 

Petunjuk mungkin sudah datang menunjukkan diri di depan mata. Tapi aku yang masih buta untuk memahaminya. Tak mengapa, bermohon sajalah pada Dia. Kata-2 yang aku coret di awal entry adalah kata-2 seorang kawan lama ku yang tahu kisah ku.
 Dia kata, "Alhamdulillah, baguslah macam tu. Best weyh jadi kau.."
Aku cuma gelak.

Kata-2 yang ku dapat di subuh tadi, saat menjenguk Facebook Newsfeed ku.

* MANISNYA IMAN, INDAHNYA PENANTIAN *~ 
- Jika dirimu sedang menunggu seseorang untuk menjalani kehidupan menuju redhaNya, maka bersabarlah.- Demi Allah, dia tidak datang KERANA kecantikan dan ketampanan, kepintaran dan kekayaan... TETAPI Allah lah yang menggerakkan HATI.. hatimu dan hatinya.- Simpanlah segala bentuk ungkapan CINTA dan kunci "hatimu" Allah akan menjawabnya dengan lebih indah di saat yang tepat.
Adakah ini juga petunjuk..??
Tak mengapa. Tak salah kalau kita jadikan ia pengajaran. =)

masih perlu melakukan baby step untuk terus berubah..



Sekian.



p/s : serah semuanya pada ALLAH yang Maha Mengetahui.. =D
terima kasih.





3 comments:

ayu.mira said...

:)
fighting !
cinta selepas nikah itu teramat indah.

Amilia Ami said...

yeah! =)
InsyaAllah..

En. xde Nama said...

=)))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...