Tuesday, June 12, 2012

Empati Membawa Aku Ke Hatimu

Bismillah
Assalamualaikum

"Bukan sahabat jika aku cuma sekadar melihat dan tidak menyelami"
Aimi Amirah (2012)

     Orang itu hanya ingin kamu dan dia bersama-2 melangkah ke garisan penamat dengan senyuman puas. Meskipun perjalanan ke garisan penamat itu tidak mudah. Sangat sukar hingga terpaksa berendam air mata yang saban hari menemani walaupun hanya di dalam hati. Sakitnya masih boleh terasa seperti sendi yang dirobek dari tulang-2.

    Orang itu tidak mahu sedikitpun air mata yang jatuh, menyiram api semangat yang baru kau bakar. Kerana orang itu tahu apa rasanya bila api semangat yang pernah menyala terpadam hingga segalanya gelap. Sangat tahu kerana di saat orang lain sedang sibuk bermain dengan indahnya zaman kanak-2 dia sudahpun terpaksa melalui jalan yang sangat sukar dan mustahil untuk dilalui oleh orang seumurnya.

   Namun, api itu lebih membara bila melihat orang kesayangan hampir terpadam semangatnya. Orang itu memberi sedikit bara kepada orang kesayangan lalu membakarnya untuk mereka seperti mana dia lakukannya kepada kamu. Kerana, baginya bukanlah sahabat jika tidak mampu mengembalikan cahaya dalam hidup teman yang hampir hilang minyak tanahnya. Tidak. Dia tidak mahu terang sendirian.

    InsyaAllah, dia berjanji untuk sentiasa berpegangan tangan berjalan menuju ke garisan penamat bersama kamu. Jika kamu jatuh. Dia akan berikan kata-2 untuk kamu bangkit sendiri. Bukan tidak mahu membantu. Dia mahu kamu rasa bagaimana untuk bangkit. Jika kamu masih tidak mampu, tangan yang menggenggam tanganmu akan menarikmu ke atas hingga kau dan dia mampu terus berjalan. Jika kau masih lemah, dia akan memapahmu.

    Dan, dia juga sudah berjanji pada kamu. Akan sentiasa bersama hingga ke nafas terakhirnya. Kerana orang itu tidak kaya dan berada untuk memberimu macam-2 hadiah yang berharga. Cuma sedikit bara api untuk kau bakar kembali semangatmu yang hampir membungkam. Dititipkan doa agar hidup kau akan lebih terang dari sebelumnya. Memberi tidak akan membuat dia kekurangan, malah buat dia semakin kaya dan bahagia bila melihat bara pemberiannya menyala dalam hidup kau dan orang lain.

Jika kita ingin melangkah. Biarlah kita melangkah seiringan sambil menggenggam erat tangan masing-2. Tanda kekuatan yang disalurkan.

Teruskan perjuangan.
Demi hidup dan cahaya semangat.
Kuatkan hati
demi Allah yang sentiasa ada dan menyayangimu.


Orang itu cuba sedayanya membawa kamu ke garisan penamat bersama, meskipun ia berliku. 
Kiri : kamu  Kanan : orang itu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...