Friday, June 29, 2012

Bila nikmat ditarik

Bismillah
Assalamualaikum.



Nikmat itu anugerah Allah. 
Tanda Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Tapi kalau nikmat itu ditarik semula?
Kuatkanlah hati agar tetap pegangan diri.
Sabarkan hati untuk terus diuji.
Kembalilah pada fitrah diri.
Menangisi kejahilan lalu.
Dan berusaha untuk kembali pada Allah yang satu.






p/s : 1. Orang yang jujur ialah orang yang menyembunyikan amalannya.
        2. Orang yang jujur ialah orang yang merahsiakan ujian Allah yang menimpanya.




Thursday, June 28, 2012

Masih ingat waktu itu?

Bismillah..
Assalamualaikum.

    Hey, kamu. Masih ingat waktu di mana cuma kita bertiga. Tercampak dalam dunia kita yang memang terasing. Mampu bergelak ketawa umpama beribu orang menghiburkan. Walhal bertiga itu sudah cukup untuk buat kita bahagia.

    Masih ingat waktu di susur gajah menunggu waktu pulang? Walaupun lama menunggu, jenaka yang tersimpul mampu membuat masa beredar dengan pantas tanpa disedari. Walaupun dengan sekadar secubit cerita, kita mampu mencipta karya agung umpama Epik Gilgamesh *Ehhh!*

    Tiba-2 memori menerjah masuk ke ruang di mana kita bersama ke toilet masa waktu rehat. Masih ingat waktu kebetulan kita diserang flu bersama dan serentak? Cecair pekat yang merimaskan harus segera dinyahkan. Maka secara serentak juga kita berusaha menghapus jejak-2 cecair itu. Menghembus lelah dan sebagainya hingga tersedar rupanya kita melakukannya secara bergilir-2. Eh, bunyi radio lah..

    Dan masing-2 memandang antara satu sama lain sambil tersengih, lalu terlepaslah segala hilaian yang membahagiakan. Lihat. Bagaimana dengan situasi yang seremeh itu kita mampu ketawa bagai dunia ini tiada masalah. Mampu ketawa bagai kanak-2 yang belum mengenal erti dunia sebenar.

    Hey kamu. Kamu tahu tak yang aku rindu waktu-2 itu. Walau hakikatnya waktu itu tak mungkin dapat berulang, aku teringin sekali berada di dalam dunia yang cuma ada kita untuk sekali saja lagi. Jika diberi peluang itu, aku ingin mengulang tingkah kita yang lucu di segenap perspektif. Aku ingin mengulang hilaian kanak-2 bahagia itu lagi.

    Harap kamu juga begitu. Rasa sangat indah walau cuma mampu menatap foto kaku yang seolah tersenyum padaku. Dengan foto kaku yang sering ku renung setiap pulang ke rumah, membuat aku masih mampu mendengar bicara dan gelak tawa kita. Ya, gelak tawa gadis yang terasing dalam dunia yang lain. Di saat rakan sebaya sibuk mengumpul novel cinta,dan membicara soal cinta. Kita masih dengan kisah kanak-2 yang melucukan. Sememangnya kita berada di dalam dunia kita. Bahagia kan?

Aku rindu waktu itu.
Dan aku rindu kamu.

Masih rindu.. =)

Sekian.
Wassalam.



p/s : badan sakit-2. serius. Macam nak patah dah ney.



Wednesday, June 27, 2012

Misi hari ini (hasilnya)

Bismillah
Assalamualaikum..

    Okeyhlah,, seperti yang dijanjikan dalam >> entry ini << aku sudah berjanji untuk memberitahu atau meng-khabarkan hasil misi kami yang digembar gemburkan itu. Baiklah. Untuk pengetahuan semua misi hari ini ialah, menyelamatkan perut dengan hasil kreatif kami dalam membuat kek. Yes. Kek. Mula-2 ingatkan misi hari ini cuma dua jenis makanan je.. iaitu PAVLOVA dengan APAM POLKA DOT. Rupanya tambah lagi satu, KEK PELANGI yang better kalau aku bagi nama lain iaitu KEK BUMI.

    Kenapa? kerana kek yang berwarna sebijik macam peta dunia. Bak kata cik mira. So tak yah byk ckp, kita tengok je apa hasilnya.

Nampak tak macam mana anak dara buat kerja??

Masih dalam progress..

Ini buah untuk PAVLOVA sedapnyeee

Yang ini untuk apam polka dot kitorang.

Dan hasilnya..!!
Kek Bumi a.k.a PETA DUNIA.. menarik?
Apam Polka Dot kami..
Ini PAVLOVA ye BUKAN SALIVA.. Menarikkan??
Tumpang lalu, kami nak interframe..
Nampak tak kerakusan kami?? 

    Nampak menarik? Masa buat lagi menarik.. Macam makcik-2 tengah rewang untuk kenduri..Dah lama tak gelak ketawa dengan dorang. Happening. Bangga and rasa tak percaya dapat selesaikan misi ini dengan sangat berjaya. *berdiri gaya superman*

    Nampak menarik dan sedap. Boleh calling kami. Ahahah buat order. Kih3. Ceyh baru sekali da bangga gila. Lepas ni boleh lah buat lagi.. Yehhhaaa!! Mengikut cadangan, lepasney nak buat high tea siap dengan puding caramel ke. Pergh! Dah meleleh air liur.

    Cik Intan pulak kate, weekend ney mak dia ajak datang rumah lagi, masak. Mak dia nak rasa. Wah! Best pulak menghabiskan masa dekat dapur kan?? Nasib baik, dan kebetulan aku suka buat benda-2 macam ney. Okeyhlah, sekian je cerita tentang misi kali ini.


Sekian.
Wassalam.

p/s : balik je rumah, dapat berita sedih. Application untuk kolej aku di-reject. Dan aku dah buat rayuan. Sekarang ni aku tak tau nak rasa apa. Sedih memang sedih. Tapi entahlah. Selalu macam ney, bila aku happy je mesti lepastu ada berita sedih. Takpelah, ujian Allah. Aku terima je. InsyaAllah, ada rezeki. Amin.

Misi hari ini

Bismillah..
Assalamualaikum.

    Dah genap seminggu aku bergayut, bertenggek dekat rumah menternak lemak. Well, not exactly la. So, hari ney, aku bakal melaksanakan misi menyelamatkan perut bersama kawan sepermainan. Misi yang pasti membahagiakan dan mampu buat orang-2 kesayangan tersenyum. Itupun kalau dorang nak senyumlah kan dengan misi ney.

    Misi yang hanya melibatkan kami berempat. Siapa kami tu? Oh, aku, cik intan, cik safiah dan cik mira. Misi bermula jam 10 pagi di kedai berhampiran. Kemudian selepas sahaja membeli belah barangan yang sepatutnya, maka bermulalah misi utama kami.

    Misi ini bertujuan untuk menyelamatkan perut (bukan tujuan utama), tapi lebih kepada tujuan untuk merapatkan silaturrahim bersama kawan sepermainan yang sudah lama tidak ketemu. Mungkin akan ada aksi-2 yang tidak sepatutnya semasa misi ini dilaksanakan. Maklumlah, bila anak-2 dara sudah berkumpul, maka....faham-2 jela apa yang jadi kepada kami.

    And, jangan harap aku nak bagitahu apa sebenarnya misi kami. Nantikan next entry which is bila misi kami sudah menunjukkan hasilnya. Dan sekiranya misi ini berhasil dengan jayanya. Bolehlah kamu mengambil peluang untuk mengupah kami. Sekali and seorang je. Siapa cepat dia dapat.

    Oleh kerana tak banyak sangat isi yang nak diperkatakan dalam entry kali ni, maka sampai di sini sahaja tamatlah cerita yang tak seberapa ini. Biarlah aku tinggalkan tanda tanya pada kamu kamu dan kamu tentang misi apa yang bakal dilaksanakan hari ini. No. No. No. Tak perlu nak tertanya-2 sangat. Bila misi ini sudah berjaya, maka dengan automatiknya akan aku ceritakan hasilnya dan bagaimana perjalanan atau progress misi ini.


nampak tak betapa seriusnya misi kali ney??? silalah nampak


Sekian. Calo beteh!


p/s : lama tak jumpa mereka, agaknya dah beranak pinak belum??

Tuesday, June 26, 2012

Serabai bila masing-masing berlagak cool

Bismillah..
Assalamualaikum.

    Serabai okeyh. Kelakar pun ada. Masing-2 nak berlagak cool. Percayalah, masing-2 tengah berperang dengan perasaan. Perasaan rindu. Like seriously, percayalah. Buat-2 cool yang memang tak cool. Akhirnya sakit sendiri. Tak tahan. Komfem.

    Tapi nasib baiklah kami warga yang mempuanyai ketahanan yang kuat. And sangat cool. Setakat tahan rindu tu takde hal sangat. Tapi paling serabai bila, setiap masa setiap detik gi jengah-2 handphone. Jenguk-2 balik message-2 lama lepastu senyum-2 sorang-2. Kau nampak effect buat-2 cool? Nampak? Serabai sangat.

Tolong lempang muka aku.

    Tapi, macam biasa aku yang menang dalam competition menahan rindu or menahan diri daripada menghantar pesanan ringkas. *gelak bangga gila* tapi itupun nak give up sebenarnya. Tapi dek kerana pride yang terlalu tinggi untuk dijatuhkan. Aku tahan lagi walaupun kena berendam dalam air mata. *yg ney tipu.* Sakit weyh. Sakit. Ney first time aku rasa macam tu. Patutlah serabai gila.

    Okelah, disebabkan aku takde kerja nak buat. So aku pun postla entry yang ntah apa-2 macam ney. Just nak bagitahu, jangan jadi serabai macam kami. Buat-2 cool memang tak cool melainkan kau semua memang cool. Cool pon tak best gak, tak happening, Tapi kalau cool yang serabai macam ney, komfem berdekah gila kalau diingat balik.



Ouh sudahlah dengan entry syahdu-dalam-hati-ada-taman tak kena tempat macam ney. =D


sekian.



P/s : gugurls semua! bila kita nak hangout ney?? jom buat kek sesama..

Monday, June 25, 2012

Terlanjur

Bismillah
Assalamualaikum.

 

    Aku sudah terlanjur.
    Terlanjur merindu.
    Terlanjur menunggu.
    Paling terseksa ialah terlanjur sayang.
    Tak tahu harus bagaimana.
    Sudah terlalu kerap aku beristighfar dek terlalu mengingati dia.
    Mahu berpatah arah, tapi tak tahu bagaimana.
    Mahu mengubur rasa, tapi terasa tak mampu.
    Haruskah aku biarkan ia terbuku?
    Atau haruskah memakan hati dan perasaan, menelan kepahitan yang menjunam.
    Aku penat jatuh lagi.
    Jatuh dalam gaung rindu yang gelap dan menyakitkan.
    Bila ia berakhir?
    Sunyi tiada jawapan...
    Yang pasti, sakit tetap terasa.
    Dan yang pasti, aku akan terus bertahan

p/s : rindu semua orang2 kesayangan yang selalu ada denganku dan di hatiku.

Sunday, June 17, 2012

Lelaki pertama dalam hidup

Bismillah.
Assalamualaikum.

    I know, 2 entries in one day. Annoying yang amat. Bercakap tentang ayah. Well, everyone know today is Hari Ayah. I don't care la orang nak cakap apa pun, lagho ke. Selama aku hidup, hari ayah tak pernah me-lagho-kan aku, kenapa? Sebab aku takde la sampai nak membzir duit belanja yang over-2 semata nak sambut hari ayah. Yep. Aku bukan bukan orang senang nak keluarkan duit untuk bagi hadiah bila-2 masa je terutama pada hari-2 sambutan yang disambut.

    I learned to appreciate. So, only ucapan Selamat Hari Bapa je yang aku mampu. Serius, aku seorang yang sangat sukar and berat sangat nak tunjukkan rasa sayang apatah lagi meluahkan. Bagi aku, hasil yang aku dapat daripada usaha yang aku buat ialah cara yang terbaik untuk buktikan rasa sayang aku. Well, ayah aku pun bukanlah macam ayah orang lain yang everytime everyday cakap, "I love You" kat anak-2 dia.

    But here's a thing, I can feel the love especially when he said, "Jangan senang percaya pada lelaki. Lelaki tak boleh dipercayai," I know. And I believe that. Dalam hidup aku pun sejak aku mula buka mata tengok dunia, dialah lelaki pertama dalam hidup aku. I still remember, aku pernah terbongkar satu album lama, yang dalam tu banyak gambar aku and ayah aku. Gambar bila ayah aku balik kerja or nak pergi kerja, there will always me in his hug.

    I know time has passed. I wish I could be that little girl walaupun untuk sekali. Now, semua dah berubah. We're not as close as before. Maksud aku bukanlah tak rapat macam bergaduh. It's just look weird and awkward. But it's okay. We're still good. Bila ibu call, I always know yang sebenarnya ayah yang suruh. Walaupun ayah tak banyak tanya and borak-2 dengan aku, tapi aku tahu dia selalu ambik tahu dari ibu. Kalau tak takkan mereka bergosip pasal aku kan.

    Masa aku masuk matrik and universiti. Percayalah, ayah aku yang paling gelabah, I mean serabut. Semua benda dia tanya aku dah pack barang ke, dah siap dokumen ke.. It's quite annoying sometimes, tapi bila ingat balik. I can see his face, happy and bangga. Aku tahu. Teringat bila aku dapat anugerah or apa-2 hadiah, bila balik mesti dia tanya, "dia ada sebut nama ayah tak?" Haha ntah apa-2 je ayah aku. Of course la ada, nama aku pun berbinti kan nama dia. Tunggu aku mati je nanti binti kan dengan nama ibu.

    Well, tahun ney tak macam tahun yang sebelum which aku akan buat homemade card untuk dia. SMS aje yang aku mampu, tak sempat nak buat malah takde kudrat nak mengerah idea di saat final mencengkam diri dan minda geliga aku. Walau apapun, semangat iu tetap ada.

    Yes, ayah aku tak macam ayah orang lain. Tapi....
Cukup sekadar dia yang menjadi ayah aku. Aku tak harap orang lain. Dia telah dihantar Allah untuk aku. Tak perlu aku pertikaikan lagi. Allah lebih mengetahui. Terima dan hargai adalah tanda aku bersyukur. Bersyukurlah kerana masih ada ayah di dunia ini.

ohseeemm
Sekian.



p/s : Tak banyak yang aku ingat pasal memori dengan ayah. Sebab setiap masa since I was born adalah memori dengannya. So, uncountable. Lagipun, aku malas nak membongkar kotak lama dalam otak ni untuk menjenguk memori lalu.

p/p/s : entah kenapa setiap kali bercakap soal ayah aku akan menangis macam budak kecik. -________-

Satu Sahaja Lagi Dan Yang Terakhir

Bismillah
Assalamualaikum

    Hati sekarang tengah galau. Tak keruan. Tak sabar malah tak mampu nak menanggung lagi rasa seksa penantian. Penantian tu kalau boleh diibaratkan dengan sesuatu, aku rasa dah tak mampu nak ibaratkan dengan apa-2 lagi. Penat, sampai aku dah lupa rasa penat menanti tu macam mana. Over kan? Tapi itulah hakikat.

    Biasanya yang terakhir ney la yang paling seksa sekali. Waktu sehari macam setahun. Kalau dah jarak masa sampai seminggu bak minggu study week fasa 2. Bayangkanlah umpama 7 tahun menunggu. Tapi, bila dah sampai ke hari yang paling hampir, say 3-4 hari. Speed masanya, tak usah cakap lah. Lajunya macam kelajuan cahaya. *maaf aku memang suka guna unsur-2 hyperbola*

    Dalam hidup dan secara realitinya pun sama. Yang terakhir tulah yang paling lama and penat nk tunggu. Sampai rasa nak give up pun ada. Ehhh.. tapi mana boleh give up. Mulut je cakap give up, hati tetap membara bhai~ Pernah rasa macam nak terjun bangunan pun ada weyh, tapi faith itu masih kukuh Alhamdulillah.

    Seminggu penantian kertas terakhir, jujur aku katakan tiada input langsung dalam kepala otak yang hampir malap ney. Almost berkarat dek oxidation yang berlaku dengan sangat rapid. Tidak tahu macam mana nak setel, haruskah ku telan segala anti-oxidant? Atau perlu disapu minyak pelincir dalam otak supaya enjinnya tetap mantap? Tiada jawapan.

    Harap payyyper yang terakhir ney. Akan beri aku berita gembira. Bila difikirkan semula kan, seminggu berlenggang ney dikira ujian jugak kan? kalau aku leka kurang usaha, komfem! result tu macam apa yang aku usaha kan. Kalau ciput, maka ciputlah.. Well, senang je pendirian aku. You get what you give. *Amboy tak boleh pasar lagi ke English tu.

    Ingat kengkawan, Allah lihat usaha kita bukan melihat betapa bagusnya kita. 

So, Alhamdulillah aku masih ingat pendirian itu selepas terleka hampir seminggu. Kalau aku leka lagi..

*Mohon lempang aku berkali kali*

Sekarang tengah berkobar nak study Bio Pop dengan jayanya. Seriuslah kan, Facebook tu dah bosan semacam so kalau aku bukak pun tak effect apa. Cuma teringat plak kata-2 senior aku :

"facebook tu macam peti ais, dah tahu dalam tu takde apa-2 tapi 
kita still nak bukak berkali-2 nak tengok ada makanan ke tak"

Haaa..macam ney pown boleh. Patutlah, walaupun bosan En. Muka.buku tu dia berjaya buat buku aku tak bergerak ke page seterusnya. *sigh
So, Good luck-lah pada diri sendiri. More effort less disappointment. Hopefully~

Nampak jarak penantiannya?? jenuh taukkk..

Demi menghilangkan rasa beban stress tu,
Kalau Mr.Z, dia dah buat gaya hulk dah dengan aku. 
Fine. Fine. Aku pun. Tapi bezanya, dye hulk, aku shrek. Kami masih makhluk hijau yang membuat bunyi "Huaarrghhh!" *ehh ape aku merepek ney

Sekian.


p/s : cukuplah berjimba di blog dan muka.buku masa untuk buku-buku pula. Dah lama mereka merayu mintak dimanja dan dibelai

Wednesday, June 13, 2012

Jangan Sampai...

Bismillah
Assalamualaikum..

    Terkadang terasa seakan mahu mengudur dri segala kekacauan (baca: keserabutan). Ya bila aku serabut, benda pertama yang aku fikir ialah macam mana nak vanish semua benda tu + undur diri. Cari punca, dan cuba vanish dari situ. Orang kata kita tak boleh patah balik masa, tapi aku boleh je kembali mencari masa itu dan "pop!" cuba hilangkan kesannya sikit demi sikit sampai aku rasa dah takde lagi.

    Sebelum aku betul-2 jatuh cinta. Sebelum aku betul-2 jatuh cinta. Dan aku ulang lagi, sebelum aku betul-2 jatuh cinta, aku terasa seperti ingin mengundur diri. Kenapa? Sebab, bila ramai bertanya. Bila ramai yang cuba mengambil tahu dan cuba mencucuk hidung mereka (baca: poke their nose) dlm urusan aku. Aku jadi hilang rasa semuanya. Ketakutan melebihi segalanya. Ya, pernah melihat orang menggigil ketakutan? Begitulah aku sekarang. Bukan fizikal sahaja, malah jiwa aku juga.

    Aku takut aku akan jatuh cinta. Kenapa? Sebab bila aku mulai ke zon itu. Rasa mengundur diri itu jadi lebih sakit. Aku juga tak pasti kenapa saat ini hati sudah sakit walaupun sekadar membayangnya. Tolonglah.. Ya Allah, kerana ini lah aku takut untuk jatuh lagi. Tahu apa itu maksud jatuh? Dan tahu apa itu rasanya jatuh? Sakit. Ya. Setakat ini tiada orang yang merasa bahagia kerana terjatuh.. kalau ada itu gila. Malah orang kurang siuman juga tahu rasa sakit. Percayalah, bila kau sebut jatuh cinta depan aku, perkara pertama yang aku bayangkan adalah air mata dan rasa sakit. Gile paranoid aku.

    Dalam kes aku, ramai yg cuba mencari tahu. Bercerita. Dan sebagainya. Walaupun aku mendapat tahu daripada orang lain, itu sudah cukup buat aku untuk merasa rama-2 dalam perut (baca: butterflies in my stomach) Belum lagi mendapat tahu secara langsung atau terdengar sendiri mereka bercerita. Sudah tentu aku lari masuk bilik dan melepaskan esakan di bawah bantal atau selimut atau mungkin bersembunyi di dalam locker. Lalu menjerit hiba meluahkan persoalan, "tak boleh ke biarkan aku dalam dunia aku?"

    Risau juga, imaginasi aku ini melebihi jangkauan pemikiran manusia lain. Aku boleh banyangkan jika sebenarnya ada di antara pembawa cerita sebenarnya menyimpan perasaan pada sang putera. Dan itu cukup buat aku khuatir jika aku sebenarnya sudah jatuh cinta. Aku seorang yang give in. Lebih rela mengundur diri daripada pertahankan. Aku penat berperang. Perang dengan diri sendiri masih takde tanda untuk tamat. Dan aku harus berperang dengan org kerana cinta? Aku PENAT. Dan pastinya aku akan rasa SAKIT.

    Aku bukan macam Saidina Ali r.a. Aku bukan macam Sumayyah r.a. Aku bukan macam pahlawan  lain yang hebat untuk berperang dengan semua benda pertahankan segalanya. Aku takut jika ini masih berlaku. Aku akan mati rasa selamanya dan rela bersendirian atau tidak disedari makhluk lain di bumi ini. Macam hantu atau roh yang gentayangan.

    Satu antara seribu rahsia kerajaan (baca: hati/dunia) aku sudah ku lafaz di sini. Harap yang lain terus menjadi rahsia. Maaf tak dapat dinafikan bahawa aku paranoid. Trust myself is much more better than trusting others. Walaupun kadang-2 diri sendiri selalu terpesong daripada apa yg aku percaya. Tapi sekurang-2 nya aku masih meletakkan kepercayaan dan masih boleh diguna pakai.


Maksud rasa sakit itu



p/s : entah kenapa sekarang rasa sakit itu menerjah. tolong jangan beritahu aku sudah jatuh. Mohon.. jangan. I feel like crap and terrible and sad and hurt. T_T

Tuesday, June 12, 2012

Empati Membawa Aku Ke Hatimu

Bismillah
Assalamualaikum

"Bukan sahabat jika aku cuma sekadar melihat dan tidak menyelami"
Aimi Amirah (2012)

     Orang itu hanya ingin kamu dan dia bersama-2 melangkah ke garisan penamat dengan senyuman puas. Meskipun perjalanan ke garisan penamat itu tidak mudah. Sangat sukar hingga terpaksa berendam air mata yang saban hari menemani walaupun hanya di dalam hati. Sakitnya masih boleh terasa seperti sendi yang dirobek dari tulang-2.

    Orang itu tidak mahu sedikitpun air mata yang jatuh, menyiram api semangat yang baru kau bakar. Kerana orang itu tahu apa rasanya bila api semangat yang pernah menyala terpadam hingga segalanya gelap. Sangat tahu kerana di saat orang lain sedang sibuk bermain dengan indahnya zaman kanak-2 dia sudahpun terpaksa melalui jalan yang sangat sukar dan mustahil untuk dilalui oleh orang seumurnya.

   Namun, api itu lebih membara bila melihat orang kesayangan hampir terpadam semangatnya. Orang itu memberi sedikit bara kepada orang kesayangan lalu membakarnya untuk mereka seperti mana dia lakukannya kepada kamu. Kerana, baginya bukanlah sahabat jika tidak mampu mengembalikan cahaya dalam hidup teman yang hampir hilang minyak tanahnya. Tidak. Dia tidak mahu terang sendirian.

    InsyaAllah, dia berjanji untuk sentiasa berpegangan tangan berjalan menuju ke garisan penamat bersama kamu. Jika kamu jatuh. Dia akan berikan kata-2 untuk kamu bangkit sendiri. Bukan tidak mahu membantu. Dia mahu kamu rasa bagaimana untuk bangkit. Jika kamu masih tidak mampu, tangan yang menggenggam tanganmu akan menarikmu ke atas hingga kau dan dia mampu terus berjalan. Jika kau masih lemah, dia akan memapahmu.

    Dan, dia juga sudah berjanji pada kamu. Akan sentiasa bersama hingga ke nafas terakhirnya. Kerana orang itu tidak kaya dan berada untuk memberimu macam-2 hadiah yang berharga. Cuma sedikit bara api untuk kau bakar kembali semangatmu yang hampir membungkam. Dititipkan doa agar hidup kau akan lebih terang dari sebelumnya. Memberi tidak akan membuat dia kekurangan, malah buat dia semakin kaya dan bahagia bila melihat bara pemberiannya menyala dalam hidup kau dan orang lain.

Jika kita ingin melangkah. Biarlah kita melangkah seiringan sambil menggenggam erat tangan masing-2. Tanda kekuatan yang disalurkan.

Teruskan perjuangan.
Demi hidup dan cahaya semangat.
Kuatkan hati
demi Allah yang sentiasa ada dan menyayangimu.


Orang itu cuba sedayanya membawa kamu ke garisan penamat bersama, meskipun ia berliku. 
Kiri : kamu  Kanan : orang itu

Monday, June 4, 2012

I'm Not In Love

Bismillah
Assalamualaikum..

"Cinta itu biarlah datang sendiri. Lebih indah jika cinta itu selepas nikah"


Aku tak kira. Aku nak cerita jugak walaupun diari aku ada. Tapi jari ini harus disimpan tenaganya untuk menulis pada exam final sem ini. Lagipun aku sudah kekurangan idea nak menulis acane dlm diari tu. Malu sendiri mungkin.

Cerita bermula begini..

Satu perasaan yang sudah lama aku kunci dalam hati dan takkan aku benarkan ia keluar.
Perasaan sayang atau perkataan gelinya cinta.
Ya. Aku simpan, aku bungkus baik-2 dalam kotak, aku rantai, aku mangga guna mangga paling besar dan aku simpan dalam bilik kebal, yang aku sendiri takde kata kunci nya. Biarkan ia terkubur tanpa batu nisan dalam tu. Bukan setakat tiada kata kunci. Malah, aku rantai sekali bilik kebal dalam hati aku tu dan buang kuncinya dalam laut. Ironik sangat kan?

Tapi memang itu yang aku lakukan. Aku tidak mahu bermain dengan perasaan itu. Dan aku menyerahkan semuanya pada yang lebih berkuasa dan yang sememangnya cuma Dia yang berkuasa. Bagi aku kini, rasa itu tak perlu dicari gali. Tapi ia akan datang sendiri jika kita benar-2 ikhlas mencintai kerana Dia. Dia sendiri akan mendatangkan rasa itu pada kita. 

Dalam kes aku....

Dia yang boleh ku katakan, tak pernah aku sangka. Dia yang banyak mendiamkan diri. Dia yang lebih suka tersenyum sahaja dan dia yang terlalu jarang berkata-2 dgn aku. Telah memulakan langkah yang sememangnya memerlukan keberanian. Bukan meluahkan rasa dengan mengungkapkan tiga kata itu. Tapi meluahkan rasa ingin menjadi yang halal bagiku. Aku....cuma mampu terdiam. Kerana jujur aku tidak punya rasa cinta yang membuak-2. Sekadar gembira dan bersyukur. Aku tak tahu kenapa. Adakah kerana aku juga suka dia? Tidak. Bukan. Benar aku tiada rasa cinta itu padanya.

Lalu aku berkata pada hati. Jangan pecahkan bilik kebal itu. Kau takkan mampu. Mohon serah pada Allah. Mohon... aku ingin mencari redha-Nya. Dan. Walaupun rasa itu tiada. namun semuanya seakan berjalan lancar. Seolah-2 ad sesuatu yang menarik aku untuk tetap menunggu apa langkah dia seterusnya. Seolah-2 ada sesuatu yang menghalang aku untuk berkata tidak padanya. Aku cuma berserah. Benar. Terlalu berserah.

Tidak mengharap apa-2 dan tidak memberi sebarang harapan. Aku beristikharah. Muhasabah. Dan cuba menenangkan jiwa dan menbersihkannya agar petunjuk Allah dapat datang menyelinap dan memberi jawapan kepadaku. Jujur, kerana dia aku menjadi lebih dekat pada Dia. Jujur kerananya, aku menjadi sangat terlalu mengingati Allah. Bukan bermaksud aku melakukan itu kerananya, sudah tentulah kerana Allah. Tapi dia buat aku ingat pada dosa. Risau andai terlanjur melakukan perkara yang mengundang kemungkaran. Namun, batas masih menjaga. Dan aku bersyukur kerana itu. 

Petunjuk mungkin sudah datang menunjukkan diri di depan mata. Tapi aku yang masih buta untuk memahaminya. Tak mengapa, bermohon sajalah pada Dia. Kata-2 yang aku coret di awal entry adalah kata-2 seorang kawan lama ku yang tahu kisah ku.
 Dia kata, "Alhamdulillah, baguslah macam tu. Best weyh jadi kau.."
Aku cuma gelak.

Kata-2 yang ku dapat di subuh tadi, saat menjenguk Facebook Newsfeed ku.

* MANISNYA IMAN, INDAHNYA PENANTIAN *~ 
- Jika dirimu sedang menunggu seseorang untuk menjalani kehidupan menuju redhaNya, maka bersabarlah.- Demi Allah, dia tidak datang KERANA kecantikan dan ketampanan, kepintaran dan kekayaan... TETAPI Allah lah yang menggerakkan HATI.. hatimu dan hatinya.- Simpanlah segala bentuk ungkapan CINTA dan kunci "hatimu" Allah akan menjawabnya dengan lebih indah di saat yang tepat.
Adakah ini juga petunjuk..??
Tak mengapa. Tak salah kalau kita jadikan ia pengajaran. =)

masih perlu melakukan baby step untuk terus berubah..



Sekian.



p/s : serah semuanya pada ALLAH yang Maha Mengetahui.. =D
terima kasih.





Sunday, June 3, 2012

As-Sobru

Bismillah..

"pasti semua pernah tau dan pernah dengar malah pernah bersabar"

Berarak..mengusung hati ini
sarat dengan fitrah diri.
ingin menangis sendiri.
Pernah..sekali cuba mengalah.
Namun kerna kasih Allah
ku masih tegar tak lelah..

Dan.. perjalanan masih panjang
tak pasti apa kesampaian di penghujungnya..
Andai...rebah sebelum akhirnya.
Bangkit tanpa rasa lelah teruskan usaha...

Kukuhkan iman di hati
Beringat pada Ilahi
Hindarkan nafsu di jiwa
yang semakin marak membara
Sabarlah dengan ujian menimpa
Senyum itu penawar
Yakin pada Dia..

Duri itu masih mencengkam diperjalanan
namun kaki tetap berjalan mengharung dugaan
biarkan tubuh ku rebah, ku bangkit semula
Dan tak akan ada istilah kalah di dalam..jiwa..


P/S : ini je yang aku mampu fikir di pagi hari.. hahaha

Friday, June 1, 2012

Sabar Kawan..

Bismillah
Assalamualaikum.

"Ditengah-2 kesukaran itu, akan muncul satu petunjuk yang sangat
penting untuk menjalani hidup penuh duri dengan tabah"
(Aimi Amirah, 2012)

Aku melihat, merenung dan menilik dari jauh.
Aku melihat kau terseksa.
Bukan aku tak mahu cuba untuk mendekati dan bertanya. 
Cuma aku yakin aku tak mampu memberi yang terbaik untuk buat kau rasa tenang seketika.
Dan aku yakin masih ramai yang mampu melakukan itu, maka biarlah aku menjadi pendamping sunyi di sisi kau. Lagipun kawan tak bererti kita harus sentiasa menonjolkan diri untuk menunjukkan sokongan.
Ingat. Doa aku masih sentiasa bersama.

Aku melihat kau bertarung.
Aku melihat kau menangis.
Aku melihat kau sangat terluka kerana dia.
Ya, bercakap lebih mudah dari melakukan. Aku pasti, ramai yang mencadangkan kau meninggalkan dia.
Tapi aku tahu apa rasa bila terpaksa meninggalkan orang yang menjadi kesayangan saban hari sejak sekian lama. Memang sukar kerana di setiap jejak kita akan ada tapaknya dia.
Memang perit kerana di setiap langkah akan ada bayangnya dia.
Tapi, jika aku boleh perkatakan, ialah perkataan cliche yang semua orang sibuk perkatakan. SABAR.

Tapi se-cliche mana pun perkataan itu, ia tetap masih punya kuasa tersendiri. 
Masih ingat, bagaimana nabi ulul azmi di duga?
Ya, aku yakin kau akan kata : mereka itu nabi dan rasul punya kesabaran yang tinggi.
Tapi aku yakin kau juga tahu, mereka adalah manusia biasa macam kita semua.
Dan aku pasti kau masih ingat macam mana Allah memberi pengajaran kepada Nabi Yunus kerana tidak sabar dan meninggalkan umatnya waktu umatnya menolak ajarannya.
Masih sama. Baginda adalah manusia. Kita juga.

Jadi SABAR itu sangat kuat.
Selain daripada kau memohon petunjuk dari-Nya.
Selain daripada kau memohon agar dipermudahkan urusan.
Apa kata kau mohon agar kau dikurniakan kesabaran umpama kesabarannya para anbiya'
InsyaAllah. Kau akan menemui kekuatan disebalik tangisan doa yang kudus.
Aku bukanlah hamba Allah yang maksum dan yang terbaik,
aku juga banyak dosa, tapi adalah tidak salah untuk aku menyuntik semangat rohani walau sedikit buatmu kawan. Kenapa? Kerana aku sayang kau.
Kau tidak keseorangan.
Mungkin aku tidak se-agressive seperti kawanmu yang lain.
yang membantu menyalur informasi dan cadangan dan tak kurang juga yang menjadi pendengar setia mu.
tapi kerana aku sedar, mereka sudah banyak menyuntik semangat untuk terus melawan dan mempertahankan, maka aku ambil peluang untuk menyuntik kerohanian buat kau.
Jangan tenggelam dalam amarah dan rasa kesunyian yang syaitan tiupkan.
Seperti yang selalu kau dengar, doa itu senjata orang mukmin.
Maka berdoalah kawan. Menangislah pada-Nya. Dia tak pernah mengecewakan.

Malah, aku sangat pasti kau lebih arif dalam apa itu sabar. Kerana aku melihat kau berusaha untuk sabar.
Kau berusaha menahan amarah.
Tahniah untuk kau.
Aku bangga kau mampu melakukan itu.
Itu lebih mulia bukan?
Senyumlah dengan kesabaran dan kekuatan menahan amarah yang kau ada itu.
Dan itu lebih baik daripada menangisi ujian dan serangan bertubi dari manusia yang pernah tahu erti penat.
=)

senyuman itu lebih bermakna.



p/s : entry khas untuk kau. setelah aku melihat menilik dan mengkaji. ahahaha =D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...