Wednesday, May 16, 2012

What Say You?

Bismillah..

Assalamualaikum..

"kalau awak serius...kalau awak selalu doa..InsyaAllah..
dan kalau memang itu yang ditakdirkan.."
(Aimi Amirah, 2012)

Adalah sangat bergetar bila ada yang memanggil dengan nama penuh.

Mungkin pada saat itu, dunia berputar laju.
Jantung seakan mahu berlari-2 keluar keliling dunia.
Berdegup dengan kadar degupan yang infinity (hyperbola sgt~)

Masa tu terfikir..
Adakah ini cinta??

-tiba-2 aku nak gelak dengan statement di atas-
fuuuuuu~

kembali serius.

Masih belum ada yang memanggil aku dengan nama penuh..
kecuali cikgu atau pensyarah atau pengacara majlis yang ingin mengumumkan sesuatu.
Masih belum. Atau mungkin aku terlupa.

Atau juga mungkin hanya akan dengar bila lafaz.....akad nikah aje.
Entah kenapa entry kahwin menarik perhatian aku sekarang ni.
Mungkin kerana semalam asyik berbincang soal kahwin dengan kawan sekolah aku.
Atau mungkin aku yang sudah terasa gatal nak kahwin.
Mungkin juga balasan kerana aku paling tak suka bercakap soal kahwin dulu.
sebut je terus terasa alergik atau mentally traumatize..
Sampaikan.. bila ada je topik kahwin yang berbangkit.
Aku lantas blah dari tempat perbincangan.

Sekarang. Lain pulak jadinya.
Kenapa?
Kerana orang sekeliling yang sebaya umur dengan aku sudah bergembira jejak kaki atas pelamin sendiri.
Tak kira la pelamin tunang atau pelamin sanding.
Ini boleh dikira masalah peer-pressure. *senyum pahit*

Malah yang makin jadi pressure bila FB-Twitter-YouTube sangat meriah dengan macam-2 jenis topik berkenaan (aku malas nak sebut topik apa, mcm nampak sangat aku teringin).Benci.

Hey. Hey jangan berani-2 kata aku sudah menggatal nak kahwin.
Aku masih ada cita-2 yang jauh tak tergapai.
Wishlist aku masih belum jadi kenyataan. Itu hampa.
Malah kecewa.
Kalau aku tak kuat, mahu meninggal sahaja rasanya.

Teringin hendak diproposed tanpa tahu siapa dia. Ahahaha
Whatever la kau kannn...
Sudahlah..
Lebih baik bersiap sedia sebab final dah menunggu nak propose.
*sigh sikit*

#hey pada awak.. ye awak yang bernama _____________________
terima kasih.
Kita tunggu dan lihat....hahahaha..
macam-2 boleh jadi dalam beberapa tahun nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...