Sunday, May 13, 2012

Titipan Khas Buat Ibu

Bismillah

Assalamualaikum..

       Di kala, aku terperuk sejuk, kegelapan di dalam ruangan yang sunyi lagi sempit
Aku memeluk erat tubuhku, mengecil.
Aku tertanya-2, Ya Allah di mana kau letak aku?
Ya Allah apa dosa aku hingga aku di hukum bersendiri.
Tiba-2 ku dengar suaraMu, 

"Aku menyediakan jalan ke arah kehidupanmu, berjanjilah
kau akan berbakti pada dia yang sentiasa bersamamu,
berjanjilah kau akan akan menjadi khalifah di muka bumi
dan berbakti kepadanya, lalu menjadi hamba yang bertaqwa,"

Aku terdiam, sayu, ketakutan.
Apa akan jadi nanti?
Takut akan dunia, dengarnya ia menakutkan
dan penuh dengan kekejaman.
Tiba-2 ku dengar lagi suara..
Suara ini lain,
lembut.. hangat.. dan menenangkan.
"Anakku, cepatlah keluar.. Ibu dah tak sabar.."
Siapa dia si ibu ini?
Oh, jadi selama ini ruangan sempit dan gelap ini milik
manusia bernama 'ibu'

5 Ogos 1992
Aku di tolak oleh ibu,
aku takut, apa salah aku?
Biarlah aku terus berada di ruangan itu
mendengar ucapan ibu,
mendengar nyanyian ibu,
mendengar ibu mengaji,
Aku di tarik!
Terangnya! Dadaku sakit.
Aku menangis. menangis sekuat-2nya.
kenapa ini?
oh begini rupanya bernafas.
Aku di peluk ibu.
Ahhhh... rindu nak dengar denyutan jantung ibu
walaupun baru beberapa minit.
Aku selesa mendengar ritma itu.

Hari makin berlalu.
Aku sudah boleh berlari,
Ibu! Aku sudah boleh bercakap.
"ibu...."
wah, manisnya ibu senyum bila aku sebut 'ibu'
ibu sangat gembira. begitu juga ayah.
Aku sudah membesar, 
aku sudah ke sekolah.
aku sangat suka bermain,
kalau boleh aku nak main sahaja.
aku sudah pandai memberontak
Ibu marah,
aku benci ibu. kenapa ibu marah aku?
Aku nak main dengan kawan!
aku merajuk, taknak cakap dengan ibu.
Ibu juga merajuk.
Ibu taknak cakap dengan aku.
Aku sedih.
Ibu, cakaplah..
Akhirnya aku minta maaf.

Bila aku dah semakin membesar
aku sudah jauh dari ibu.
Aku belajar di peringkat yang tinggi
aku hidup jauh dari ibu.
hari-2 aku ingat ibu.

Bila aku demam ke, aku stress..
Aku akan call ibu.
Hampir setiap hari aku akan call
malah satu hari beberapa kali aku call
selang beberapa jam je aku call

Ibu akak nak sup ikan
dengan bubur lada hitam..
Ibu sanggup suruh ayah beli ikan tu
nak buat sup katanya.
Ibu...
Ibu...
Ibu...

Rasa tak puas kalau nak sebut sekali je.
Rasa nak sebut berkali-2
Ibu....
Kalau boleh nak jerit IBU!!!!
Jangan tinggal aku!


sekian.

#selamat hari ibu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...