Saturday, May 5, 2012

Sebelum Terikat

Bismillah..
Assalamualaikum.

"Kau ingat bebas hidup kau kalau sudah terikat?
Lebih-2 lagi bila ikatan itu terlalu tersimpul mati"

terikat, diikat atau mengikat


Dia perempuan.

Dia sama macam perempuan tipikal yang lain yang ada keinginan.
Tapi dia cuma picisan, picisan hingga dia sendiri rasa dia tak mampu buat pilihan.

Tapi bila ungkapan,
"aku tunggu kau lepas 3 tahun," (lebih kurang) diucap
segala awan-2 dah berkepul atas kepala.

Terbayang, terfikir dan mungkin ter-happy.
Gila apa tak happy bila ada orang berani sebut kata-2 itu,
terasa diawangan sekejap. Sekejap je tak boleh lama.
tapi bila fikir semula, dia sendiri tak percaya pada diri.

Dia sendiri rasa tak mampu dan susah untuk mampu.
Seriuskah kau wahai si tinggi?
Dia sudah tertanya-2 sampai berkerut-2 dahinya.

"Janganlah.." Terpacul dari mulutnya.
"aku tak layak untuk orang baik macam kau.."
Lancar sungguh dia tuturkan itu.

Aku tahu dia masih keliru malah terharu tapi masih ragu.
Ragu bukan kerana kau.
Ragu kerana dirinya.

Dia masih takut dengan kejadian lalu.
Kejadian yang buat dia semakin ragu.
Mungkin kata munafik itu sesuai dengannya.
Itu juga dia ragu.

Entah apa-2 je yang terasa.
Tapi ini perasaan dia.
Terlalu banyak yang difikir, terlalu banyak yang diragu
sampai tak tahu yang mana nak dibuat dulu..

Kalau kau jadi perempuan itu,
kalau kau jadi dia, kau rasa macam mana?
Diam seribu bahasa?
Atau kau jawab acuh tak acuh?
Atau kau kata saja, tak mungkin ini terjadi?

Si tinggi itu seakan bersedia,
tapi dia? entah la... jawapan masih tiada.
Senyap lah sahaja akhirnya..



#perjalanan masih panjang.. kita tunggu dan lihat. 3tahun itu segalanya mungkin terjadi antara dia dan si tinggi.. =)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...