Monday, May 7, 2012

Mati

Bismillah.
Assalamualaikum.

"Aku sudah mati. Sudah lama aku mati. 
Mati akal. Mati rasa. Mati hati. Mati segalanya"

kasihan dengan kau..


Wah!
Mulut senang cakap mati.
Macam mati itu gula-2.
Mati itu terpacul berkali-2
macam mati itu tiada makna lagi.

Mungkin kau sudah lelah.
jadi kau sebut sahaja mati,
tapi kau tahu mati itu sesuatu yang menakutkan?
Tak.
Sebab kau rasa mati itu hanya untuk hidup kau.
Alasan untuk kau tak mahu bangkit lagi.
Kau nak jadi apa?
Bara api yang sudah kebasahan?
C'mon la hidup.
Hidup ini memang kadang-kala kejam,
tapi kau takkan tahu apa itu hidup
kalau semuanya baik belaka.
Kau takkan tahu apa itu precaution.
Kau takkan tahu apa itu safety.
Kau takkan tahu apa itu humanism.

Kau mengerti tak?
Tak.
Sebab akal kau dah beku.
dah mati.
Kau yang matikan akal kau
jadi kau tak perlu dengar segala benih-2
dan nutrient yang disimbah pada kau
untuk kau hidup lagi.
Meski diberi peluang untuk hidup dengan
anak pokok yang baru.
Kau tetap taknak.

Mungkin kata-2 aku tak cukup retorik untuk kau.
Mungkin juga kau sudah membodohkan diri
dengan mematikan segala laluan hidup kau.
Kau yang tentukan.
Kau dah pun menekan tombol merah
tanda berhenti
Jadi aku saja seakan orang bodoh
menarik-2 kau kembali berjalan.
Ya, aku bodoh kerana berurusan dengan
zombie yang tiada lagi meletak harapan
untuk jadi manusia kembali.


#sarkastik itu perlu, kalau kau sudah geram yang amat pada orang yang degil, tapi akhirnya, tak jalan juga.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...