Monday, May 28, 2012

Masuk Ke Zaman Dahulu Kala

Bismillah..
Assalamualaikum..

Memang enak bila dapat pulang ke rumah mengubat duka lara stress dan tension dek mengamati buku ilmiah untuk final ney. Memang seronok, tapi yang jadi kurang seronoknya ialah di saat jasad sudah di rumah, entah kenapa akal melayang ke bilik di Kolej 12, memikirkan subjek yang harus dicover waktu study week. Risau pula yang menjelma. Memang perasaan itu sangatlah jeles bila aku sedang bersenang-lenang.

Cut the crap! Cut that stupid intro. Semalam, nak dijadikan cerita aku and family ke Lok Heng, Kota Tinggi memenuhi jemputan walimatul urus saudaraku. Usai menikmati nasi minyak, berjalan sekeliling (sekejap je) untuk menikmati pemandangan baru di felda itu. Wah, penuh dengan bunga-2. Menarik betul lanskap. Lebih-2 lagi bila setiap rumah harus ada batu replika Satu Malaysia dan air pancut.

Tiba-2 satu cadangan last minute yang memang selalu diutarakan oleh En. Abd Ajis (bapak aku) untuk ke Kota Johor Lama. Aku pun teruja, maklumlah kalau bab-2 sejarah ney memang aku terasa excited sikit. Aku lebih suka menikmati daripada membaca dari buku-2 yang memang seakan membenci aku. Dan kami pun menuju ke perkampungan bersejarah, Johor Lama.

Nak masuk ke situ memang la macam nak masuk ke zaman kesultanan melayu Johor dulu. kiri kana depan belakang adalah hutan. Tapi bila dah nak dekat dengan sungai barulah ada perkampungan. memang ohseem. Kampung tepi Sungai Johor. Dan aku rasa sangat teruja bila mula mendekati muzium Kota Johor Lama.
Dalam tu memang lah ohsem, especially potrait Sultan Alauddin Riayat Shah II.

Dalam tu, tak boleh ambil gambar, tapi suasananya sangat la sama macam dalam cerita gelap yang kita selalu tengok tu. Oh ya, satu persatu papan tanda tentang maklumat sejarah aku baca. memang seronok. Aku dapat bayangkan macam mana kota tu hancur masa Portugis menyerang. Dalam tu ada peluru meriam, mangkuk yang di cantum semula oleh ahli arkeologi. Memanglah muzium tu kecik, tapi aku tak tau kenapa sayu je rasa tengok and baca semula sejarah tu.

Selepas menjelajah seluruh kawasan dalam muzium, aku ke bergerak pula ke makam Sultan Alauddin Riayat Shah II. Lagilah aku rasa sayu gila, kawasan makam tu memang sangat usang. Dengan pokok and semak yang tinggi-2 sangat tak terurus dan nampak seram. Tapi aku eager gila nak tengok. Makam sultan yang tak macam makan sultan yang lain. Memang sayu.

Then, aku pegi bekas kubu pertahanan. Memang ohsemmmm.. masih nampak lagi struktur kat situ. Nak tunjuk gambar, memang gambar model tak berbayar jela yang berlambak.


memang terasa macam dekat zaman kesultanan macam dlm cerita-2

cantikkkkk



okeyh.. abaikan model tak berbayar tu

di kubu pertahanan..  ohseeeemmm gilee

Sekian je. Banyak sebenarnya nak cerita, tapi macam tak tau nak cerita apa. hahahah.
Tah pape kan aku.


p/s : hilang serba sedikit stress aku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...