Thursday, May 17, 2012

List yang masih aku simpan

Bismillah.

Harus dimulakan sesuatu dgn bismillah.
Oke takde kaitan.

Aku ada list.
List yang masih aku simpan.
List ney bukan list barangan dapur, atau list nama musuh atau list bekas-2 pakwe.
Tapi list akan membawa anjakan paradigma pada aku.
huu over sgt anjakan paradigma.

1. Master & PhD dalam tangan. (sebelum berusia 30)

2. jadi volunteer dlm smua kerja amal.

3. ada organisasi badan kebajikan sendiri.

4. merasa duit hasil penulisan.

5. mampu beli kereta yang mahal dan segala-2 yang mahal. (demand gile mcm mintak penampo)

6. jadi saintis yang cemerlang gemilang terbilang. (terasa nak nyanyi lagu patriotik)

Dan yang ney paling aku letak star dua tiga empat kali.

*** Dapat ahli keluarga yang soleh solehah semuanya. InsyaAllah

Aku akan aminkan berkali-2 untuk semua "wishlist sepanjang hidup" aku kat atas.

Untuk capai semua tu.. usaha yang keras sangat diperlukan. Tapi aku ney senang sangat kerapuhan semangat. Macam mana ney?
Aku tau, tak ada apa yang tak boleh. Tapi tak boleh jugak kalau usaha macam hangat-2 taik ayam, tak hangat tak sejuk.. suam2 kuku je. Macam mana nak gempak dapatnya kan.

Go Aimi! Go!
Sekarang ney takde siapa yang dapat bagi motivasi and bantu kau kuatkan semangat. Macam biasa. Kau kena buat and kuat sendiri!
Siapa lagi kalau bukan kau yang nak tolong diri sendiri. Kan??

ucapan untuk diri sendiri :

"Semoga berjaya. Dan semoga semangatmu takkan luntur sebelum masa,
malah akan menyala seakan minyak itu tak pernah kurang"
(Aimi Amirah, 2012)
Sekian.

Wassalam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...