Thursday, May 3, 2012

Jasad

Bismillah
Assalamualaikum..

"Seringkali idea datang bila aku mulai menutup mata
sedikit demi sedikit dan kepala mulai terhangguk-2"
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
jasad kehilangan jiwa
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Jasad aku masih disini.
Kurus lemah tak bermaya.
Bila kau lihat awan ditiup angin
begitulah aku.
Jasad masih teguh, tapi jiwa sering rapuh.
Entah ke mana sahaja dia melayang.
Hey, kembali lah!
Jasad ini tak tau mana arah tujunya kalau tiada kau.

Jiwa memandu jasad.
Jasad tak dipandu bila pemandunya ponteng.
Ponteng dan lari ke mana pun tak dapat dikesan.
Tinggallah jasad terkontang-kanting 
macam daun yang hampir luruh di ranting
hanya menanti rebah di lantai hijau.

Berani kau meninggalkan aku, jiwa.
Kau tahu tak aku sedang berjalan seorang diri.
Aku tak tahu nak ke mana.
Baliklah, aku nak kau je.
Nanti musuh kita ambil alih aku.
Kau jangan menyesal.

Jasad sudah sepi.
Lelah berjalan sendiri.
Barangkali.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...