Saturday, May 26, 2012

Hari Tanpa Dia

Bismillah..
Assalamualaikum.

"jejak yang telah ditinggalkan harus dipadamkan untuk mengubat luka,
meskipun calarnya masih ada namun sedikit demi sedikit akan
terluput juga,"
(Aimi Amirah, 2012)

Hari ney genap 5 hari aku hidup tanpa dia.
Genap 5 hari aku hidup tanpa perlu menatap dia.
Dan aku berharap aku akan dapat terus hidup tanpa dia.
Aku mahu hidup tanpa dia.
Dia sudah terlalu banyak mempengaruhi aku.
Perasaan mahupun kehidupan aku.
Kerana dia aku terluka, dan luka itu bukanlah sedikit malah ianya amat dalam.
Aku jatuh kerana dia, dan aku tak mahu jatuh lagi.
Kalaulah aku tak pernah jumpa dia.
Aku ingin menghilangkan jejak aku dari dia. 
Aku benci perasaan ini,
meskipun aku sedih untuk meninggalkan dia, 
tapi jauh dalam hati, aku bertekad untuk teruskan perjalanan
tanpa perlu membawa dia bersama.
Maafkan aku,
kerana aku sudah muak dengan dirinya yang selalu memanggil-2 aku
melekakan aku dalam indahnya dunia yang diciptanya.
Selamat tinggal.

Langkah untuk menghilangkan jejak :
1. Henti menghubunginya.
2. Berhenti daripada mencuba menatap dia.
3. Memalingkan muka.
4. Jangan memikirkan dia.
5. Berjalan ke hadapan dengan senyuman yang puas.




Sekian.
Wassalam..



p/s : selamat tinggal mukabuku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...