Tuesday, May 22, 2012

Aku merosakkan badankah?

Bismillah

Assalamualaikum.

"Aku merosakkan tubuh badanku tanpa ku sedari"

Hidup aku bergantung banyak kepada ubat tahan sakit. Memandangkan migrain aku tiada tanda untuk berhenti atau berkurang. Tak mengapa, sememangnya migrain tiada kesudahan.

Belum reda soal migrain yang hampir setiap hari mencengkam kepala. Datang pula gastrik. Entah dari celah mana datangnya gastrik. Kalau nak kata aku tak jaga makan. Aku ney makan memang susah nak tolak melainkan aku dihulur batu, kayu dan rumput. 

Tiada kompromi dalam makanan. Makan is makan. Dan hilang sudah nikmat minum Nescafe Latte sedikit demi sedikit. Masa migrain dulu, aku cuma perlu reduce tapi bila sudah gastrik, maka prohibit pula jadinya.

Dan nak dipendekkan cerita, aku sedang migrain (ya ketika ini) sebelum tu aku minum kopi, which is aku tengah stress maka aku perlukan sedikit caffeine. Selalu aku ambil chocolate, tapi dek kerana malas nak ke koperasi, maka ku telan sahaja air kopi. Lega lah sedikit. Tapi aku sedar, ada consequences atas apa yang aku ambil.

Yep, macam byase kepala sakit, tapi skala 2 dari 10. Dan dan dan... rupanya bergolak sikit perut aku..sambil loya yang amat. Tapi masih bertahan. Aku minum sebanyak-2nya air masak. Ya banyak. Hampir habis air botol 1.5 liter. 

Dan untuk mengurangkan sakit, aku telan sebiji panadol. Sakit nya hilang tapi peningnya bukan main. Tapi aku masih gagah untuk menulis entry ini. Ini kesungguhan aku. Wah!

Dan tiba-2 lagi, aku tergerak untuk search apa kesannya bila telan panadol dan kopi. Dan! hasilnya menakutkan dan sanagt memberansangkan. Sepatah-2 perkataan aku baca.
Panadol (paracetamol) ialah racun (drugs), pengambilan kopi akan meningkatkan effect racun tersebut. Antara kesannya ialah sukar tidur, jantung berdebar-2 dan seterusnya merosakkan hati.

Ku search pula tentang gastrik. sebab aku tak puas hati dari celah mana aku dapat gastrik. Dan hasilnya juga menakutkan dan sangat memberansangkan.

Antara faktor gastrik ialah pengambilan ubat tahan sakit yang diambil dalam tempoh yang lama, dan stress.

Sekali lagi, facepalm. Apa aku dah buat ney?! Aku seolah-2 merosakkan tubuh badanku sendiri. Ya Allah.. Tak sangka aku. Tapi macam mana? Apa aku nak buat ney? Apa?? mengucap aku banyak kali. Takut dan tak sedar selama ini aku menghukum tubuhku.

ouh Allah sahaja yang tahu perasaan aku.
Eh sekian jelah.
Kepala aku dah start rasa berpusing-2 yang amat.

Sekian.

Wassalam.

p/s : tolonglah cari tahu and peka dengan tubuh badan sendiri. Kalau tak tahu boleh je search. Jaga diri anda ye.. =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...