Thursday, May 24, 2012

Aku Lagikah?

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hidup perlu tolerate dengan semua benda. Bukan semua benda yang kita buat orang akan suka. And like seriously memang mustahil untuk buat semua orang suka. Tapi, adalah tak salah kalau kita consider orang lain. Bagus, kalau ada attitude itu. Considerate.

Tapi orang zaman sekarang, mungkin considerate bagi mereka ialah, orang lain yang harus considerate dengan mereka dulu. "I don't care. This is me, so they have to consider my feeling,"
At the end. semua tak jalan, hubungan kelaut. Gaduh masam muka. Orang yang tak tahu menahu apa salah diorang terpaksa menahan air mata, sebab tak faham. And terpaksa berdiam and tak mampu nak defense diri sendiri. Maklumlah, kalau nak defend dgn org yang macam tu, macam bercakap dengan tunggul kayu.

Pernah tak kita terfikir, orang lain pun rasa apa yang kita rasa. Jarang sangat kan? Sebab masing-2 akan cakap benda yang sama, "Asyik aku je yang kena jaga perasaan kau, kau ad pernah jaga perasaan aku?"
Kalau dah both party fikir benda macam tu, pergi mampus la kalau macam tu. Sampai bila makan hati.

In my case, yes, aku selalu macam tu. Yes aku akan fikir yang selalu aku je kena fikir pasal orang lain dulu. Orang buat dajal dengan aku pun, aku diam je. Orang ambik kesempatan dengan aku pun aku masih sabar. Orang kata aku macam-2, kutuk-2 pendirian aku pun aku masih diam. Orang pandang sinis dengan aku pun, aku cuma mampu senyum je. Orang tiba-2 tak layan aku pun aku jugak yang cuba tegur dulu. Tapi tak dilayan juga, makin dibuat muka lagi adalah. Takpe, aku senyum lagi. Senyum aku diluar, tapi dalam hati ney dah berkolam air mata aku.

Tapi, aku taknak pengaruh minda aku dengan berdendam and fikir yang selalu aku je yang kena sabar. Kenapa? sebab aku tahu, dalam hati orang lain pun akan kata yang aku tak jaga hati diorang, dan diorang je yang kena jaga hati aku. So, aku tak boleh nak buat apa. Aku terima je. Api tak boleh lawan dengan api. Makin marak nanti jadinya. Jadi aku memilih untuk jadi air. Memang consequence nya ialah hati aku akan terasa sangat sakit, rasa macam sendi yang dicabut dari tulangnya, dapat bayangkan?

Tak mengapalah kawan, mungkin nanti dengan kesabaran aku. Kau boleh merasa kemenangan yang kau idamkan. Aku dah penat nak melayan ketidakmatangan. Aku pun dah immune dengan semua ney. Aku pasrah jela. Ya, aku menyerah. Bukan sebab aku penakut atau lemah, tapi sebab aku tau ia takkan berakhir kalau dipertahankan, malah makin keruh. Aku dah penat. Penat sangat. Buatlah apa pun.

Mungkin bagi mereka yang mengalami situasi ini, twitter dan facebook serta blogger akan menjadi tempat korang melunaskan segala amarah. Segala carutan dan makian keluar tanpa batasan. Ya, memang betul meluahkan perasaan itu bagus. Supaya kita tak stress and tak gila. Tapi kalau meluahkan perasaan dengan mencarut, adalah sangat berpotensi tinggi untuk menambah dosa yang memang dah bertimbun tapi tak sedar-2 diri nak minta ampun.

Jangan kawan-2 ku. Syaitan sedang melompat gembira bila kamu terlalu mengaggungkan kemarahanmu. Syaitan itu dibuat daripada api, marah itu juga api, api yang bersama api, akan marak dan akhirnya membakar diri kita juga.


Aku memaafkan, bukan untuk menunjukkan yang aku ini lemah dan mulia. Tapi aku ingin menyelamatkan kau dari dosa kering, kerana aku sangat menyayangimu. (Aimi Amirah, 2012)


Sekian.
Wassalam.


p/s : jangan risau aku masih mampu bertahan. Dan akan terus bertahan. Bimbang andai diluah mengundang tangis yang tragis.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...