Wednesday, May 23, 2012

5 Perkara

Bismillah..

Assalamualaikum.

Ada 5 perkara yang penting dalam hidup saya (penggunaan untuk entry kali ney). In fact, ia mungkin penting untuk semua orang.

5 Rukun Islam

Kalau sesiapa yang tak tahu ni, tak mengapa, manusia kan..bukan semua benda kita tahu. Tapi mostly orang Islam mesti kena tahu benda ni. Malah wajib untuk diamalkan. Bukan setakat menghafal beriye time PAFA dekat sekolah dulu. Cuba muhasabah kembali satu persatu rukun itu, apakah kita lakukannya dengan sempurna? Atau masih ada cela di situ. Walaupun kita cuma manusia yang selalu membuat cela, tapi adalah sangat baik kalau kita berusaha untuk memperbaiki kecelaan itu.
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Solat lima waktu sehari semalam
3. Puasa di bulan Ramadhan
4. Mengeluarkan zakat
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.
5 perkara ini harus dipegang sampai bila-2.


5 Perkara sebelum 5 perkara

Tertanya-2 apa benda 5 perkara ney?
Ini yang selalu kita dok nyanyi lagu Raihan tu. Beringatlah, hidup kita kat dunia ney menyinggah sekejap je. Akhirat juga kita kembali. Jangan terlalu leka dengan dunia, ingatlah akhirat. Tapi jangan pula terlalu taksub dengan akhirat sampai dunia dilupakan dan diabaikan. Apa yang kita buat di dunia ini dikire di akhirat sana. Perlu seimbang kedua-2-nya. Barulah cantikk.. 5 perkara ini, mengingatkan kita supaya jangan terleka dan sentiasa beringat. Tahu apa dia? rasanya ramai yang dah tahu, tapi takpa, kita bagi juga untuk mengingatkan bagi yang terlupa.

" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

1. Sihat sebelum sakit
2. Kaya sebelum sempit
3. Lapang sebelum sibuk
4. Muda sebelum tua
5. Hidup sebelum mati



5 Rukun Negara

Yang ni kalau tak tahu jugak, takpe-2 boleh selak buku Sivik semula. Masih belum terlambat. 5 rukun negara ney dicipta kerana ada sejarahnya. Mesti semua orang (yg dewasa) tahu pasal tragedi rusuhan kaum bulan Mei dulu. Saya tak perlulah nak explainkan di sini, nanti jadi novel bersiri pulak laman ney. Yang perlu diingat, rukun negara ini harus diamalkan juga. Macam kita amalkan rukun Islam, ada sebab-2nya kan? untuk menjamin kesejahteraan hidup kita kat Malaysia ney. Sekarang macam-2 boleh jadi. Takut sejarah berulang kembali.

"Sesiapa yang melupakan sejarahpasti akan mengulanginya"
George Santayana

1. Kepercayaan kepada tuhan.
2. Kesetiaan kepada raja dan negara.
3. Keluhuran perlembagaan.
4. Kedaulatan undang-2.
5 Kesopanan dan kesusilaan.


5 Orang

Ada apa dengan 5 orang ney? =) 5 orang ini ialah orang yang sangat penting dalam hidup semua orang. Tanpa 5 orang ini, entah ke laut agaknya hidup kita ney. Dengan 5 orang ini kita harus hargai sampai bila-2 tak kiralah orang ini masih ada atau tiada. Kerana 5 orang ini yang pernah and akan tolong kita nanti. 5 orang ini adalah permata dalam hidup yang tiada gantinya. Jadi siapakah 5 orang itu?

1. Rasulullah
2. Ibubapa
3. Suami/Isteri yang soleh dan solehah
4. Anak-2 yang soleh dan solehah
5. Sahabat yang mendoakan perkara-2 yang baik.
Kenapa saya tak pecahkan ibu dan bapa? sebab mereka itu bersatu dalam mendidik kita.

dan yang terakhir... 


5 sebab saya masih tak kata apa-2

Kepada dia yang sedang menunggu. Saya taknak bagi kata putus. Kenapa?
Sebab :

1. Saya nak pelihara hubungan daripada segala kemungkaran
2. Saya taknak bagi harapan dan mengharap, jadi saya serahkan semua padaNya.
3. Saya terlalu takut batas antara kita terjejas.
4. Saya terlalu takut andai Allah tak redha dan murka.
5. Saya nak kita betul-2 di landasan yang betul.

Kerana saya cuba menjadi hamba-Nya yang selalu bertaqwa.
Mengingati-Nya di setiap yang saya lakukan.
Mengingati-Nya di setiap yang saya fikirkan dan niatkan.
Kembali mencari diri yang menginginkan redha dan ketenangan dari-Nya.

Dan kerana saya sedang cuba menjadi yang terbaik.
Memelihara untuk dia yang tak siapa tahu akan menjadi jodoh saya.
Atas sebab rasional; ingin menjadi wanita yang solehah. InsyaAllah.
Memang sukar, dan susah. Tapi tak mustahil, dan cuma Allah yang tahu darjat saya dalam pandangan-Nya.
Sekadar berusaha. Itu penting.

Berdoalah. Itu senjata orang mukmin. =)


Sekian.
Wassalam.


p/s : catatan itu mampu mempengaruhi dan menjadi punca. Jadi catatlah perkara-2 yang bermanfaat, yang tak mendatangkan masalah kelak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...