Thursday, May 31, 2012

Kenapa Saya Pulang Semula.

Bismillah..
Assalamualaikum.

"Jangan serabut, jangan kusut. Semuanya ada sebab"
(Aimi Amirah, 2012)


Awak, rajin and agak selalu tolong saya.
Awak, rajin belanja saya walaupun saya tak mintak.
Awak tak pernah ungkit.

Tapi..

Ada sebab kenapa saya pulang semula duit awak yang awak dah keluarkan untuk belanja saya.

1.   Itu duit awak. Memang hak awak.
2.   Saya ego.
3.   Kesinambungan ego saya : saya taknak orang ingat saya kikis duit awak.
4.   Saya taknak terasa terhutang budi.
5.   Saya takut kalau jadi apa-2 kita akan mengungkit.
6.   Duit yang awak keluarkan tu, sepatutnya awak simpan.
7.   Saya tak perlu orang belanja saya, sebab saya ada duit saya sendiri.
8.   Kita tak ada apa-2 jadi, duit awak tetap duit awak.
9.   Kalau awak nak belanja jugak, bagitau awal-2 and cakap je tak payah buat surprise bagai..
10. Saya taknak awak bazir duit untuk saya..

^_^


Lama kita borak hari ney, and awak tak lari lagi.
Terima kasih sebab jadi bahan menghilangkan stress.
hahaha. Saya memang suka gunakan orang se-maksimum nya.. =)
Maksimum bagi saya je.


Oh ye, terima kasih atas nasihat suruh buat solat sunat tu ye. insyaAllah, saya cuba ikut. And bersabar jela ye, sebab malam ney ramai pulak yang kita bertembung. Hahah. Jangan sampai jadi bahan cerita sudah. Tapi macam awak cakap, buat DUNNO JEEEE.



Monday, May 28, 2012

Masuk Ke Zaman Dahulu Kala

Bismillah..
Assalamualaikum..

Memang enak bila dapat pulang ke rumah mengubat duka lara stress dan tension dek mengamati buku ilmiah untuk final ney. Memang seronok, tapi yang jadi kurang seronoknya ialah di saat jasad sudah di rumah, entah kenapa akal melayang ke bilik di Kolej 12, memikirkan subjek yang harus dicover waktu study week. Risau pula yang menjelma. Memang perasaan itu sangatlah jeles bila aku sedang bersenang-lenang.

Cut the crap! Cut that stupid intro. Semalam, nak dijadikan cerita aku and family ke Lok Heng, Kota Tinggi memenuhi jemputan walimatul urus saudaraku. Usai menikmati nasi minyak, berjalan sekeliling (sekejap je) untuk menikmati pemandangan baru di felda itu. Wah, penuh dengan bunga-2. Menarik betul lanskap. Lebih-2 lagi bila setiap rumah harus ada batu replika Satu Malaysia dan air pancut.

Tiba-2 satu cadangan last minute yang memang selalu diutarakan oleh En. Abd Ajis (bapak aku) untuk ke Kota Johor Lama. Aku pun teruja, maklumlah kalau bab-2 sejarah ney memang aku terasa excited sikit. Aku lebih suka menikmati daripada membaca dari buku-2 yang memang seakan membenci aku. Dan kami pun menuju ke perkampungan bersejarah, Johor Lama.

Nak masuk ke situ memang la macam nak masuk ke zaman kesultanan melayu Johor dulu. kiri kana depan belakang adalah hutan. Tapi bila dah nak dekat dengan sungai barulah ada perkampungan. memang ohseem. Kampung tepi Sungai Johor. Dan aku rasa sangat teruja bila mula mendekati muzium Kota Johor Lama.
Dalam tu memang lah ohsem, especially potrait Sultan Alauddin Riayat Shah II.

Dalam tu, tak boleh ambil gambar, tapi suasananya sangat la sama macam dalam cerita gelap yang kita selalu tengok tu. Oh ya, satu persatu papan tanda tentang maklumat sejarah aku baca. memang seronok. Aku dapat bayangkan macam mana kota tu hancur masa Portugis menyerang. Dalam tu ada peluru meriam, mangkuk yang di cantum semula oleh ahli arkeologi. Memanglah muzium tu kecik, tapi aku tak tau kenapa sayu je rasa tengok and baca semula sejarah tu.

Selepas menjelajah seluruh kawasan dalam muzium, aku ke bergerak pula ke makam Sultan Alauddin Riayat Shah II. Lagilah aku rasa sayu gila, kawasan makam tu memang sangat usang. Dengan pokok and semak yang tinggi-2 sangat tak terurus dan nampak seram. Tapi aku eager gila nak tengok. Makam sultan yang tak macam makan sultan yang lain. Memang sayu.

Then, aku pegi bekas kubu pertahanan. Memang ohsemmmm.. masih nampak lagi struktur kat situ. Nak tunjuk gambar, memang gambar model tak berbayar jela yang berlambak.


memang terasa macam dekat zaman kesultanan macam dlm cerita-2

cantikkkkk



okeyh.. abaikan model tak berbayar tu

di kubu pertahanan..  ohseeeemmm gilee

Sekian je. Banyak sebenarnya nak cerita, tapi macam tak tau nak cerita apa. hahahah.
Tah pape kan aku.


p/s : hilang serba sedikit stress aku.

Saturday, May 26, 2012

Hari Tanpa Dia

Bismillah..
Assalamualaikum.

"jejak yang telah ditinggalkan harus dipadamkan untuk mengubat luka,
meskipun calarnya masih ada namun sedikit demi sedikit akan
terluput juga,"
(Aimi Amirah, 2012)

Hari ney genap 5 hari aku hidup tanpa dia.
Genap 5 hari aku hidup tanpa perlu menatap dia.
Dan aku berharap aku akan dapat terus hidup tanpa dia.
Aku mahu hidup tanpa dia.
Dia sudah terlalu banyak mempengaruhi aku.
Perasaan mahupun kehidupan aku.
Kerana dia aku terluka, dan luka itu bukanlah sedikit malah ianya amat dalam.
Aku jatuh kerana dia, dan aku tak mahu jatuh lagi.
Kalaulah aku tak pernah jumpa dia.
Aku ingin menghilangkan jejak aku dari dia. 
Aku benci perasaan ini,
meskipun aku sedih untuk meninggalkan dia, 
tapi jauh dalam hati, aku bertekad untuk teruskan perjalanan
tanpa perlu membawa dia bersama.
Maafkan aku,
kerana aku sudah muak dengan dirinya yang selalu memanggil-2 aku
melekakan aku dalam indahnya dunia yang diciptanya.
Selamat tinggal.

Langkah untuk menghilangkan jejak :
1. Henti menghubunginya.
2. Berhenti daripada mencuba menatap dia.
3. Memalingkan muka.
4. Jangan memikirkan dia.
5. Berjalan ke hadapan dengan senyuman yang puas.




Sekian.
Wassalam..



p/s : selamat tinggal mukabuku.

Friday, May 25, 2012

Some people..

Bismillah
Assalamualaiku.

"Ini adalah situasi yang semua orang lalui,
jadi we are not alone, my friends."
(Aimi Amirah, 2012)

Some people, memang suka kalau aku diam.
Oke. Fine. Aku diam.
Some people, memang benci dengan karakter aku.
Oke fine. Aku padam karakter aku.
Some people, memang menyampah dengan aku.
Oke fine. Aku cuba untuk jadi invisible.
Some people, memang suka nak merajuk tiba-2 mengamuk tiba-2 dengan aku.
Oke fine. Aku terima.

Bodoh gila, aku cuba menjadi sesorang yang disenangi orang lain.
Bodoh gila, aku cuba memuaskan orang lain dan buat bodoh dengan diri aku yang tengah menangis sorang-2 kat tepi sudut yang gelap dalam hati aku tu.
Tak siapa tahu.
And takda siapa yang peduli untuk tahu.

Tak suka je :
-Buat muka.
-Tak layan.
-Paling muka.
-Jeling jijik.
-Kalau boleh taknak terserempak pun.
-Kalau boleh rasa nak bunuh and campak je dari atas bangunan.

Tapi tak pernah tahu, and ambil tahu perasaan orang :
-kecewa.
-Terasa loser
-Terasa macam tak layak hidup
-Tertanya-2 kenapa
-Serabut kepala otak.

Diluar memang ignorant yang amat. Tapi dalam ney Allah je yang tahu, sampai aku sendiri dah tak tahu nak buat apa lagi untuk bagi good impression kat orang. Bukan nak jadi fake. Tapi aku dah berusaha untuk jadi diri aku and dalam masa yang sama tak menyakiti orang lain. Tapi orang je yang tiba-2 menyampah dengan aku. Apa nak buat, orang tu mungkin ada penyakit jiwa.

Tolong la.. kalau nak benci perangai buruk aku ke, aku tak kisah. Kalau boleh tegur la. Tapi kalau kau benci pendirian and pandangan aku atau identiti aku, tolong jangan sampai kau buat aku meluat dengan tindakan kanak-kanak kau yang memang ntah apa-2. Aku jijik.



p/s : sebelum buat entry ney aku rasa sangat lah sakit. tapi bila dah menaip, aku mula rasa cas positif dah mengalir untuk membuat aku menjadi lebih ignorant dengan semua benda yang menjijikkan ney.


Sekian.
Wassalam..

Thursday, May 24, 2012

Aku Lagikah?

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hidup perlu tolerate dengan semua benda. Bukan semua benda yang kita buat orang akan suka. And like seriously memang mustahil untuk buat semua orang suka. Tapi, adalah tak salah kalau kita consider orang lain. Bagus, kalau ada attitude itu. Considerate.

Tapi orang zaman sekarang, mungkin considerate bagi mereka ialah, orang lain yang harus considerate dengan mereka dulu. "I don't care. This is me, so they have to consider my feeling,"
At the end. semua tak jalan, hubungan kelaut. Gaduh masam muka. Orang yang tak tahu menahu apa salah diorang terpaksa menahan air mata, sebab tak faham. And terpaksa berdiam and tak mampu nak defense diri sendiri. Maklumlah, kalau nak defend dgn org yang macam tu, macam bercakap dengan tunggul kayu.

Pernah tak kita terfikir, orang lain pun rasa apa yang kita rasa. Jarang sangat kan? Sebab masing-2 akan cakap benda yang sama, "Asyik aku je yang kena jaga perasaan kau, kau ad pernah jaga perasaan aku?"
Kalau dah both party fikir benda macam tu, pergi mampus la kalau macam tu. Sampai bila makan hati.

In my case, yes, aku selalu macam tu. Yes aku akan fikir yang selalu aku je kena fikir pasal orang lain dulu. Orang buat dajal dengan aku pun, aku diam je. Orang ambik kesempatan dengan aku pun aku masih sabar. Orang kata aku macam-2, kutuk-2 pendirian aku pun aku masih diam. Orang pandang sinis dengan aku pun, aku cuma mampu senyum je. Orang tiba-2 tak layan aku pun aku jugak yang cuba tegur dulu. Tapi tak dilayan juga, makin dibuat muka lagi adalah. Takpe, aku senyum lagi. Senyum aku diluar, tapi dalam hati ney dah berkolam air mata aku.

Tapi, aku taknak pengaruh minda aku dengan berdendam and fikir yang selalu aku je yang kena sabar. Kenapa? sebab aku tahu, dalam hati orang lain pun akan kata yang aku tak jaga hati diorang, dan diorang je yang kena jaga hati aku. So, aku tak boleh nak buat apa. Aku terima je. Api tak boleh lawan dengan api. Makin marak nanti jadinya. Jadi aku memilih untuk jadi air. Memang consequence nya ialah hati aku akan terasa sangat sakit, rasa macam sendi yang dicabut dari tulangnya, dapat bayangkan?

Tak mengapalah kawan, mungkin nanti dengan kesabaran aku. Kau boleh merasa kemenangan yang kau idamkan. Aku dah penat nak melayan ketidakmatangan. Aku pun dah immune dengan semua ney. Aku pasrah jela. Ya, aku menyerah. Bukan sebab aku penakut atau lemah, tapi sebab aku tau ia takkan berakhir kalau dipertahankan, malah makin keruh. Aku dah penat. Penat sangat. Buatlah apa pun.

Mungkin bagi mereka yang mengalami situasi ini, twitter dan facebook serta blogger akan menjadi tempat korang melunaskan segala amarah. Segala carutan dan makian keluar tanpa batasan. Ya, memang betul meluahkan perasaan itu bagus. Supaya kita tak stress and tak gila. Tapi kalau meluahkan perasaan dengan mencarut, adalah sangat berpotensi tinggi untuk menambah dosa yang memang dah bertimbun tapi tak sedar-2 diri nak minta ampun.

Jangan kawan-2 ku. Syaitan sedang melompat gembira bila kamu terlalu mengaggungkan kemarahanmu. Syaitan itu dibuat daripada api, marah itu juga api, api yang bersama api, akan marak dan akhirnya membakar diri kita juga.


Aku memaafkan, bukan untuk menunjukkan yang aku ini lemah dan mulia. Tapi aku ingin menyelamatkan kau dari dosa kering, kerana aku sangat menyayangimu. (Aimi Amirah, 2012)


Sekian.
Wassalam.


p/s : jangan risau aku masih mampu bertahan. Dan akan terus bertahan. Bimbang andai diluah mengundang tangis yang tragis.

Wednesday, May 23, 2012

5 Perkara

Bismillah..

Assalamualaikum.

Ada 5 perkara yang penting dalam hidup saya (penggunaan untuk entry kali ney). In fact, ia mungkin penting untuk semua orang.

5 Rukun Islam

Kalau sesiapa yang tak tahu ni, tak mengapa, manusia kan..bukan semua benda kita tahu. Tapi mostly orang Islam mesti kena tahu benda ni. Malah wajib untuk diamalkan. Bukan setakat menghafal beriye time PAFA dekat sekolah dulu. Cuba muhasabah kembali satu persatu rukun itu, apakah kita lakukannya dengan sempurna? Atau masih ada cela di situ. Walaupun kita cuma manusia yang selalu membuat cela, tapi adalah sangat baik kalau kita berusaha untuk memperbaiki kecelaan itu.
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Solat lima waktu sehari semalam
3. Puasa di bulan Ramadhan
4. Mengeluarkan zakat
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.
5 perkara ini harus dipegang sampai bila-2.


5 Perkara sebelum 5 perkara

Tertanya-2 apa benda 5 perkara ney?
Ini yang selalu kita dok nyanyi lagu Raihan tu. Beringatlah, hidup kita kat dunia ney menyinggah sekejap je. Akhirat juga kita kembali. Jangan terlalu leka dengan dunia, ingatlah akhirat. Tapi jangan pula terlalu taksub dengan akhirat sampai dunia dilupakan dan diabaikan. Apa yang kita buat di dunia ini dikire di akhirat sana. Perlu seimbang kedua-2-nya. Barulah cantikk.. 5 perkara ini, mengingatkan kita supaya jangan terleka dan sentiasa beringat. Tahu apa dia? rasanya ramai yang dah tahu, tapi takpa, kita bagi juga untuk mengingatkan bagi yang terlupa.

" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

1. Sihat sebelum sakit
2. Kaya sebelum sempit
3. Lapang sebelum sibuk
4. Muda sebelum tua
5. Hidup sebelum mati



5 Rukun Negara

Yang ni kalau tak tahu jugak, takpe-2 boleh selak buku Sivik semula. Masih belum terlambat. 5 rukun negara ney dicipta kerana ada sejarahnya. Mesti semua orang (yg dewasa) tahu pasal tragedi rusuhan kaum bulan Mei dulu. Saya tak perlulah nak explainkan di sini, nanti jadi novel bersiri pulak laman ney. Yang perlu diingat, rukun negara ini harus diamalkan juga. Macam kita amalkan rukun Islam, ada sebab-2nya kan? untuk menjamin kesejahteraan hidup kita kat Malaysia ney. Sekarang macam-2 boleh jadi. Takut sejarah berulang kembali.

"Sesiapa yang melupakan sejarahpasti akan mengulanginya"
George Santayana

1. Kepercayaan kepada tuhan.
2. Kesetiaan kepada raja dan negara.
3. Keluhuran perlembagaan.
4. Kedaulatan undang-2.
5 Kesopanan dan kesusilaan.


5 Orang

Ada apa dengan 5 orang ney? =) 5 orang ini ialah orang yang sangat penting dalam hidup semua orang. Tanpa 5 orang ini, entah ke laut agaknya hidup kita ney. Dengan 5 orang ini kita harus hargai sampai bila-2 tak kiralah orang ini masih ada atau tiada. Kerana 5 orang ini yang pernah and akan tolong kita nanti. 5 orang ini adalah permata dalam hidup yang tiada gantinya. Jadi siapakah 5 orang itu?

1. Rasulullah
2. Ibubapa
3. Suami/Isteri yang soleh dan solehah
4. Anak-2 yang soleh dan solehah
5. Sahabat yang mendoakan perkara-2 yang baik.
Kenapa saya tak pecahkan ibu dan bapa? sebab mereka itu bersatu dalam mendidik kita.

dan yang terakhir... 


5 sebab saya masih tak kata apa-2

Kepada dia yang sedang menunggu. Saya taknak bagi kata putus. Kenapa?
Sebab :

1. Saya nak pelihara hubungan daripada segala kemungkaran
2. Saya taknak bagi harapan dan mengharap, jadi saya serahkan semua padaNya.
3. Saya terlalu takut batas antara kita terjejas.
4. Saya terlalu takut andai Allah tak redha dan murka.
5. Saya nak kita betul-2 di landasan yang betul.

Kerana saya cuba menjadi hamba-Nya yang selalu bertaqwa.
Mengingati-Nya di setiap yang saya lakukan.
Mengingati-Nya di setiap yang saya fikirkan dan niatkan.
Kembali mencari diri yang menginginkan redha dan ketenangan dari-Nya.

Dan kerana saya sedang cuba menjadi yang terbaik.
Memelihara untuk dia yang tak siapa tahu akan menjadi jodoh saya.
Atas sebab rasional; ingin menjadi wanita yang solehah. InsyaAllah.
Memang sukar, dan susah. Tapi tak mustahil, dan cuma Allah yang tahu darjat saya dalam pandangan-Nya.
Sekadar berusaha. Itu penting.

Berdoalah. Itu senjata orang mukmin. =)


Sekian.
Wassalam.


p/s : catatan itu mampu mempengaruhi dan menjadi punca. Jadi catatlah perkara-2 yang bermanfaat, yang tak mendatangkan masalah kelak.

Tuesday, May 22, 2012

Patah Hati.

bismillah..

Assalamualaikum

Hari ney hari mengimbau nostalgia.
hahah nostalgia la sgt. Hari ney entah apa angin aku nak cari lagu-2 lama zaman aku sekolah rendah. Jujur la, aku membesar dengan lagu Siti Nurhaliza. Dan aku pun pergi la cari lagu-2 first album dia, termasuk masa dia dengan kumpulan 2by2 Memang tak leyh nak explain la betapa banyak nya lagu yang aku dengar dulu, tapi cuma mampu ingat rentak je. Lirik entah ke laut.

Dari tahun 90's ke tahun yang entah ke berapa aku tak sure. Tapi aku memang membesar dengan mendengar lagu macam tu. For example lagu Seri Mersing, Gurindam Jiwa and banyak lagilah. Tapi yang paling aku suka ialah, Patah Hati.

(click untuk dengar)

Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan

Patah hati ku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri tak tentu haluan

Ku harap janjimu
Bahagia selalu
Sayang
Rupanya patah
Rupanya patah di tengah jalan

Hendak diulang... Hendak diulang
Resah menanggung
Sayang
Kenanglah jangan
Kenanglah jangan disebut pun jangan

Hancur hatiku
Di dalam nestapa
Mengenangkan nasib
Mengenang nasib diriku malang

Maksud hatiku
Maksud hatiku
Bahagia bersama
Sayang
Apakan daya
Diriku miskin
Harta tak punya

Ingin ku petik
Bintang yang tinggi
Sayang
Tanganku hangus
Tanganku hangus disambar petir

Like seriously aku suka gila lagu ney.

P/S : aku baru tahu yang Allahyarham Sudirman pernah graduate dekat Universiti Malaya. Wah. Tibe-2 terasa bangga. Ahahah maklumlah universiti teertua di Malaysia kan. Masa tu berapa la sgt U yg ada kan.

Sekian. Wassalam.


Aku merosakkan badankah?

Bismillah

Assalamualaikum.

"Aku merosakkan tubuh badanku tanpa ku sedari"

Hidup aku bergantung banyak kepada ubat tahan sakit. Memandangkan migrain aku tiada tanda untuk berhenti atau berkurang. Tak mengapa, sememangnya migrain tiada kesudahan.

Belum reda soal migrain yang hampir setiap hari mencengkam kepala. Datang pula gastrik. Entah dari celah mana datangnya gastrik. Kalau nak kata aku tak jaga makan. Aku ney makan memang susah nak tolak melainkan aku dihulur batu, kayu dan rumput. 

Tiada kompromi dalam makanan. Makan is makan. Dan hilang sudah nikmat minum Nescafe Latte sedikit demi sedikit. Masa migrain dulu, aku cuma perlu reduce tapi bila sudah gastrik, maka prohibit pula jadinya.

Dan nak dipendekkan cerita, aku sedang migrain (ya ketika ini) sebelum tu aku minum kopi, which is aku tengah stress maka aku perlukan sedikit caffeine. Selalu aku ambil chocolate, tapi dek kerana malas nak ke koperasi, maka ku telan sahaja air kopi. Lega lah sedikit. Tapi aku sedar, ada consequences atas apa yang aku ambil.

Yep, macam byase kepala sakit, tapi skala 2 dari 10. Dan dan dan... rupanya bergolak sikit perut aku..sambil loya yang amat. Tapi masih bertahan. Aku minum sebanyak-2nya air masak. Ya banyak. Hampir habis air botol 1.5 liter. 

Dan untuk mengurangkan sakit, aku telan sebiji panadol. Sakit nya hilang tapi peningnya bukan main. Tapi aku masih gagah untuk menulis entry ini. Ini kesungguhan aku. Wah!

Dan tiba-2 lagi, aku tergerak untuk search apa kesannya bila telan panadol dan kopi. Dan! hasilnya menakutkan dan sanagt memberansangkan. Sepatah-2 perkataan aku baca.
Panadol (paracetamol) ialah racun (drugs), pengambilan kopi akan meningkatkan effect racun tersebut. Antara kesannya ialah sukar tidur, jantung berdebar-2 dan seterusnya merosakkan hati.

Ku search pula tentang gastrik. sebab aku tak puas hati dari celah mana aku dapat gastrik. Dan hasilnya juga menakutkan dan sangat memberansangkan.

Antara faktor gastrik ialah pengambilan ubat tahan sakit yang diambil dalam tempoh yang lama, dan stress.

Sekali lagi, facepalm. Apa aku dah buat ney?! Aku seolah-2 merosakkan tubuh badanku sendiri. Ya Allah.. Tak sangka aku. Tapi macam mana? Apa aku nak buat ney? Apa?? mengucap aku banyak kali. Takut dan tak sedar selama ini aku menghukum tubuhku.

ouh Allah sahaja yang tahu perasaan aku.
Eh sekian jelah.
Kepala aku dah start rasa berpusing-2 yang amat.

Sekian.

Wassalam.

p/s : tolonglah cari tahu and peka dengan tubuh badan sendiri. Kalau tak tahu boleh je search. Jaga diri anda ye.. =)

Thursday, May 17, 2012

List yang masih aku simpan

Bismillah.

Harus dimulakan sesuatu dgn bismillah.
Oke takde kaitan.

Aku ada list.
List yang masih aku simpan.
List ney bukan list barangan dapur, atau list nama musuh atau list bekas-2 pakwe.
Tapi list akan membawa anjakan paradigma pada aku.
huu over sgt anjakan paradigma.

1. Master & PhD dalam tangan. (sebelum berusia 30)

2. jadi volunteer dlm smua kerja amal.

3. ada organisasi badan kebajikan sendiri.

4. merasa duit hasil penulisan.

5. mampu beli kereta yang mahal dan segala-2 yang mahal. (demand gile mcm mintak penampo)

6. jadi saintis yang cemerlang gemilang terbilang. (terasa nak nyanyi lagu patriotik)

Dan yang ney paling aku letak star dua tiga empat kali.

*** Dapat ahli keluarga yang soleh solehah semuanya. InsyaAllah

Aku akan aminkan berkali-2 untuk semua "wishlist sepanjang hidup" aku kat atas.

Untuk capai semua tu.. usaha yang keras sangat diperlukan. Tapi aku ney senang sangat kerapuhan semangat. Macam mana ney?
Aku tau, tak ada apa yang tak boleh. Tapi tak boleh jugak kalau usaha macam hangat-2 taik ayam, tak hangat tak sejuk.. suam2 kuku je. Macam mana nak gempak dapatnya kan.

Go Aimi! Go!
Sekarang ney takde siapa yang dapat bagi motivasi and bantu kau kuatkan semangat. Macam biasa. Kau kena buat and kuat sendiri!
Siapa lagi kalau bukan kau yang nak tolong diri sendiri. Kan??

ucapan untuk diri sendiri :

"Semoga berjaya. Dan semoga semangatmu takkan luntur sebelum masa,
malah akan menyala seakan minyak itu tak pernah kurang"
(Aimi Amirah, 2012)
Sekian.

Wassalam..

Wednesday, May 16, 2012

What Say You?

Bismillah..

Assalamualaikum..

"kalau awak serius...kalau awak selalu doa..InsyaAllah..
dan kalau memang itu yang ditakdirkan.."
(Aimi Amirah, 2012)

Adalah sangat bergetar bila ada yang memanggil dengan nama penuh.

Mungkin pada saat itu, dunia berputar laju.
Jantung seakan mahu berlari-2 keluar keliling dunia.
Berdegup dengan kadar degupan yang infinity (hyperbola sgt~)

Masa tu terfikir..
Adakah ini cinta??

-tiba-2 aku nak gelak dengan statement di atas-
fuuuuuu~

kembali serius.

Masih belum ada yang memanggil aku dengan nama penuh..
kecuali cikgu atau pensyarah atau pengacara majlis yang ingin mengumumkan sesuatu.
Masih belum. Atau mungkin aku terlupa.

Atau juga mungkin hanya akan dengar bila lafaz.....akad nikah aje.
Entah kenapa entry kahwin menarik perhatian aku sekarang ni.
Mungkin kerana semalam asyik berbincang soal kahwin dengan kawan sekolah aku.
Atau mungkin aku yang sudah terasa gatal nak kahwin.
Mungkin juga balasan kerana aku paling tak suka bercakap soal kahwin dulu.
sebut je terus terasa alergik atau mentally traumatize..
Sampaikan.. bila ada je topik kahwin yang berbangkit.
Aku lantas blah dari tempat perbincangan.

Sekarang. Lain pulak jadinya.
Kenapa?
Kerana orang sekeliling yang sebaya umur dengan aku sudah bergembira jejak kaki atas pelamin sendiri.
Tak kira la pelamin tunang atau pelamin sanding.
Ini boleh dikira masalah peer-pressure. *senyum pahit*

Malah yang makin jadi pressure bila FB-Twitter-YouTube sangat meriah dengan macam-2 jenis topik berkenaan (aku malas nak sebut topik apa, mcm nampak sangat aku teringin).Benci.

Hey. Hey jangan berani-2 kata aku sudah menggatal nak kahwin.
Aku masih ada cita-2 yang jauh tak tergapai.
Wishlist aku masih belum jadi kenyataan. Itu hampa.
Malah kecewa.
Kalau aku tak kuat, mahu meninggal sahaja rasanya.

Teringin hendak diproposed tanpa tahu siapa dia. Ahahaha
Whatever la kau kannn...
Sudahlah..
Lebih baik bersiap sedia sebab final dah menunggu nak propose.
*sigh sikit*

#hey pada awak.. ye awak yang bernama _____________________
terima kasih.
Kita tunggu dan lihat....hahahaha..
macam-2 boleh jadi dalam beberapa tahun nanti.

Tuesday, May 15, 2012

Sibuk Sesibuknya.

bismillah

Assalamualaikum..

"aku sibuk ke aku tak sibuk.. sama je sibuknya."


Faham tak perasaan orang yang susah menerima perubahan?
Sebarang perubahan yang berlaku membuatkan perasaan dan pemikiran jadi celaru.
Akhirnya,,,
pergi meninggal, FeyFia (2012).

Dia adalah manusia yang sangatlah celaru bila ada perubahan.
Walaupun sedikit.
Dia tetap akan merasa kekok. Malah, jika sampai tahap kritikal,
dia mampu mendengar bisikan untuk terjun bangunan.
Itu memang kritikal.
Tapi jangan risau, dia masih ada pegangan.
Dia, kalau nak tahu sangat mudah keliru dan terpaku dengan
perubahan yang orang lain tak rasa tapi dia seorang mampu rasa.

Sebarang perubahan, tak kiralah jadual atau apa sahaja
dia sampaikan boleh 'blank' dan hanya mampu tenung dinding yang tak bernyawa.
Lately, dia sudah bebas dari tugasan yang takde lah killer sangat.
Sebelum ini, hidup dia seakan teratur dengan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Tapi, bila perubahan drastik di mana segala tugasan sudah pun hilang dari pandangan,
dia sendiri tidak tahu mahu bagaimana lagi.
Apa nak dibuat? Apa nak dibuat?!

Bertanyalah sekuat mana, sekerap mana sekalipun.
Tetap dinding juga yang ditenung.
Sambil bunyi kipas, 'kreuk kreuk kreuk' kedengaran.
Tiba-2 satu bisikan jahat yang hampir buat dia betul-2 pergi meninggal berbunyi.
Bayangkan betapa gilanya situasi itu.
Hanya orang yang ada masalah tekanan jiwa dan psikologi sahaja yang mampu.

Hampir...
Sangat hampir..
Tiba-2 hatinya tergerak, Astaghfirullah..
Apa ni?! mengarut sungguh.
Tak jadi 'pergi meninggal'
Bagus lah.

Sekarang dia sedang cuba menyesuaikan diri dengan perubahan 
yang sudah beberapa hari berlalu.
Ah, lambat sungguh ambil masa untuk sesuaikan diri.
Tapi tak mengapa. 
Itu bukan alasan untuk tidak terus mencuba.
Dia bukan lemah.
Malah tak lemau.


#walaupun dia sepatutnya busy. Tapi hidup dia macam tak busy. Sebab tu dia mampu tulis entry ini walaupun sebenarnya bertimbun tutorial calculus menunggu selama ney. tapi dia buat dunno je.. busy sangat lah tu kan.



Monday, May 14, 2012

Eh, Tak Perlu Bincang

bismillah

Assalamualaikum..

       Hari ney apa yang aku buat semua dapat balasan cash. Kau tau cash? Wah. Aku kena lebih berhati-2 dan lebih beringat. Maka dengan itu aku takkan timbulkan apa-2 konflik atau kontroversi hangat yang boleh buat aku ckp perkara-2 yang boleh membuatkan aku dapat balasan secara cash. (panjangkan penjelasan?)

       Dah. Aku dah fade up dengan orang sekeliling yang anggap aku ney tak wujud. Kalau macam tu, weyh semua orang.. tolong jangan berbincang dengan aku atau mintak pandangan aku, which is no one cares. Aku ney kan invisible.... aku ada ke aku takde ke SAMA JELAAAA~

       Aku ney apa je yang senang nak diperkotak-katikkan. memang senang gila. Kau campak lah aku kat mana-2 lepastu kau golekkan aku ke sana, golek ke sini.. aku tak boleh buat apa-2 pun. sedang diperkotak-katikkan. Takpe aku sabar jela dulu.. nanti bila aku dah meletup, bukan setakat HULK, lebih pada hulk pun aku boleh jadi. Even HULK PUN NANTI TAKUT DENGAN AKU.

       Kau tunggu jela.. tapi kan aku tak kejam.. aku tak suka kejam.. aku takkan and taknak jadi kejam.. Aku hormat kau lagi.. aku hormat, aku akan perang saraf dengan kau. Yang kau sendiri tak sedar.

       tapi byasenya plan aku tak lama. Sebab kau tu sweet talker. Aku pulak terpedaya sebab mengharap kau berubah. Like S***. oke aku taknak mencarut kat sini. sebab kau takde kepentingan bagi aku untuk aku mengamuk macam hulk.

Sekian.

#oh mood org bangun petang mmg macam ney ae? bhahahahaha, This is just a masterpiece. not a real story.

Sunday, May 13, 2012

Titipan Khas Buat Ibu

Bismillah

Assalamualaikum..

       Di kala, aku terperuk sejuk, kegelapan di dalam ruangan yang sunyi lagi sempit
Aku memeluk erat tubuhku, mengecil.
Aku tertanya-2, Ya Allah di mana kau letak aku?
Ya Allah apa dosa aku hingga aku di hukum bersendiri.
Tiba-2 ku dengar suaraMu, 

"Aku menyediakan jalan ke arah kehidupanmu, berjanjilah
kau akan berbakti pada dia yang sentiasa bersamamu,
berjanjilah kau akan akan menjadi khalifah di muka bumi
dan berbakti kepadanya, lalu menjadi hamba yang bertaqwa,"

Aku terdiam, sayu, ketakutan.
Apa akan jadi nanti?
Takut akan dunia, dengarnya ia menakutkan
dan penuh dengan kekejaman.
Tiba-2 ku dengar lagi suara..
Suara ini lain,
lembut.. hangat.. dan menenangkan.
"Anakku, cepatlah keluar.. Ibu dah tak sabar.."
Siapa dia si ibu ini?
Oh, jadi selama ini ruangan sempit dan gelap ini milik
manusia bernama 'ibu'

5 Ogos 1992
Aku di tolak oleh ibu,
aku takut, apa salah aku?
Biarlah aku terus berada di ruangan itu
mendengar ucapan ibu,
mendengar nyanyian ibu,
mendengar ibu mengaji,
Aku di tarik!
Terangnya! Dadaku sakit.
Aku menangis. menangis sekuat-2nya.
kenapa ini?
oh begini rupanya bernafas.
Aku di peluk ibu.
Ahhhh... rindu nak dengar denyutan jantung ibu
walaupun baru beberapa minit.
Aku selesa mendengar ritma itu.

Hari makin berlalu.
Aku sudah boleh berlari,
Ibu! Aku sudah boleh bercakap.
"ibu...."
wah, manisnya ibu senyum bila aku sebut 'ibu'
ibu sangat gembira. begitu juga ayah.
Aku sudah membesar, 
aku sudah ke sekolah.
aku sangat suka bermain,
kalau boleh aku nak main sahaja.
aku sudah pandai memberontak
Ibu marah,
aku benci ibu. kenapa ibu marah aku?
Aku nak main dengan kawan!
aku merajuk, taknak cakap dengan ibu.
Ibu juga merajuk.
Ibu taknak cakap dengan aku.
Aku sedih.
Ibu, cakaplah..
Akhirnya aku minta maaf.

Bila aku dah semakin membesar
aku sudah jauh dari ibu.
Aku belajar di peringkat yang tinggi
aku hidup jauh dari ibu.
hari-2 aku ingat ibu.

Bila aku demam ke, aku stress..
Aku akan call ibu.
Hampir setiap hari aku akan call
malah satu hari beberapa kali aku call
selang beberapa jam je aku call

Ibu akak nak sup ikan
dengan bubur lada hitam..
Ibu sanggup suruh ayah beli ikan tu
nak buat sup katanya.
Ibu...
Ibu...
Ibu...

Rasa tak puas kalau nak sebut sekali je.
Rasa nak sebut berkali-2
Ibu....
Kalau boleh nak jerit IBU!!!!
Jangan tinggal aku!


sekian.

#selamat hari ibu.


Saturday, May 12, 2012

Momento Terakhir

Bismillah

Assalamualaikum..


"moment yang terakhir itu memang harus indah, tapi kalau tak mampu indah
cukuplah ia meninggalkan sesuatu yang bermakna"
(Aimi Amirah, 2012)

       Semua orang akan ada moment terakhirnya. Semua akan ada, kerana moment terakhir setiap orang ialah moment di mana jiwa halus keluar berperingkat-2 hingga ke kerongkong. Ya. Mati. Itu sudah pasti meninggalkan moment terakhir.

       Dan aku, manusia yang selalu berharap dan berangan-2 juga menyimpan bayangan, menginginkan satu moment terakhir yang boleh ku kira indah. Ya, aku sedar kita takkan mampu memilih bagaimana kita mati, bila dan di mana. Tapi, yang menjadi impian aku biarlah ia menjadi impian meskipun takkan jadi kenyataan.

       Harapan moment terakhir yang sudah pasti di katakan gila ialah, aku sungguh berharap moment terakhir (yang kekal) aku ialah ketika aku senang menikmati manisnya bersujud. Menyerahkan segala cinta kepada Dia yang agung. Sudah tentu manis dan yang paling terindah. Semua orang pernah bercinta, pasti akan rasa bahagia bila dapat menyerahkan segala cinta kan? Begitu yang ku harap dalam moment terakhir itu.

       Harapan seterusnya, ku coret lagi dalam jurnal hati. Menginginkan moment terakhir di rumahNya yang suci itu. Tempat di mana aku akan menyerahkan segala jasad dan roh kepadanya. Tempat di mana air mata tak mampu berhenti melihat indahnya rumahMu.

       Harapan lagi, biarlah moment terakhir ku bersama keluarga tercinta, dan jauh dari rakan sepermainan juga rakan seperjuangan. Menambah effect syahdu disitu, kerana aku cuma ingin mereka melihat aku sebagai teman yang pernah berbahagia bersama. Dan semoga memori yang tersimpan menjadi lebih indah dan valuable. meskipun ia cuma memori makan air batu campur di warung tepi jalan.

       Moment terakhir juga pernah kubayangkan, ketika aku sedang memegang tangan si dia yang halal, atau sedang ku bersandar padanya sambil duduk memandang tasik yang selalu dilawati bersama di waktu susah mahupun senang. mungkin itu sekejap, namun itu sudah membahagiakan bagi aku.

       Atau biarlah aku pergi dengan moment terakhir aku bersama diari sedang menyelak kembali memori lama, bersama gambar kenangan sambil tersenyum dan bergelak ketawa mengimbau masa lalu, dan bersama surat-2 yang pernah dikirim oleh si dia sambil menitiskan air mata di atas kerusi rotan di sudut rumah di tepi tingkap. rindu kerana bersendiri dek ditinggalkan dulu oleh yg lain. Pastinya yang paling terakhir moment ku ialah saat angin bertiup sayu menyapa pipi dan menyelak rambut putihku lalu aku pergi seiring perginya angin.



Kadang-2 ianya mustahil, tapi tak salah kalau menyimpan angan-2. Ia juga satu kenangan, meskipun tak menjadi kenyataan. (Aimi Amirah, 2012)


Sekian.

# kata orang, orang zaman dahulu lebih sentimental kerana semuanya manual. surat boleh disimpan, gambar boleh di albumkan. walaupun hampir lunyai ia tetap ada dalam kotak. Masih boleh dibelek kembali.

Monday, May 7, 2012

Mati

Bismillah.
Assalamualaikum.

"Aku sudah mati. Sudah lama aku mati. 
Mati akal. Mati rasa. Mati hati. Mati segalanya"

kasihan dengan kau..


Wah!
Mulut senang cakap mati.
Macam mati itu gula-2.
Mati itu terpacul berkali-2
macam mati itu tiada makna lagi.

Mungkin kau sudah lelah.
jadi kau sebut sahaja mati,
tapi kau tahu mati itu sesuatu yang menakutkan?
Tak.
Sebab kau rasa mati itu hanya untuk hidup kau.
Alasan untuk kau tak mahu bangkit lagi.
Kau nak jadi apa?
Bara api yang sudah kebasahan?
C'mon la hidup.
Hidup ini memang kadang-kala kejam,
tapi kau takkan tahu apa itu hidup
kalau semuanya baik belaka.
Kau takkan tahu apa itu precaution.
Kau takkan tahu apa itu safety.
Kau takkan tahu apa itu humanism.

Kau mengerti tak?
Tak.
Sebab akal kau dah beku.
dah mati.
Kau yang matikan akal kau
jadi kau tak perlu dengar segala benih-2
dan nutrient yang disimbah pada kau
untuk kau hidup lagi.
Meski diberi peluang untuk hidup dengan
anak pokok yang baru.
Kau tetap taknak.

Mungkin kata-2 aku tak cukup retorik untuk kau.
Mungkin juga kau sudah membodohkan diri
dengan mematikan segala laluan hidup kau.
Kau yang tentukan.
Kau dah pun menekan tombol merah
tanda berhenti
Jadi aku saja seakan orang bodoh
menarik-2 kau kembali berjalan.
Ya, aku bodoh kerana berurusan dengan
zombie yang tiada lagi meletak harapan
untuk jadi manusia kembali.


#sarkastik itu perlu, kalau kau sudah geram yang amat pada orang yang degil, tapi akhirnya, tak jalan juga.

Saturday, May 5, 2012

Sebelum Terikat

Bismillah..
Assalamualaikum.

"Kau ingat bebas hidup kau kalau sudah terikat?
Lebih-2 lagi bila ikatan itu terlalu tersimpul mati"

terikat, diikat atau mengikat


Dia perempuan.

Dia sama macam perempuan tipikal yang lain yang ada keinginan.
Tapi dia cuma picisan, picisan hingga dia sendiri rasa dia tak mampu buat pilihan.

Tapi bila ungkapan,
"aku tunggu kau lepas 3 tahun," (lebih kurang) diucap
segala awan-2 dah berkepul atas kepala.

Terbayang, terfikir dan mungkin ter-happy.
Gila apa tak happy bila ada orang berani sebut kata-2 itu,
terasa diawangan sekejap. Sekejap je tak boleh lama.
tapi bila fikir semula, dia sendiri tak percaya pada diri.

Dia sendiri rasa tak mampu dan susah untuk mampu.
Seriuskah kau wahai si tinggi?
Dia sudah tertanya-2 sampai berkerut-2 dahinya.

"Janganlah.." Terpacul dari mulutnya.
"aku tak layak untuk orang baik macam kau.."
Lancar sungguh dia tuturkan itu.

Aku tahu dia masih keliru malah terharu tapi masih ragu.
Ragu bukan kerana kau.
Ragu kerana dirinya.

Dia masih takut dengan kejadian lalu.
Kejadian yang buat dia semakin ragu.
Mungkin kata munafik itu sesuai dengannya.
Itu juga dia ragu.

Entah apa-2 je yang terasa.
Tapi ini perasaan dia.
Terlalu banyak yang difikir, terlalu banyak yang diragu
sampai tak tahu yang mana nak dibuat dulu..

Kalau kau jadi perempuan itu,
kalau kau jadi dia, kau rasa macam mana?
Diam seribu bahasa?
Atau kau jawab acuh tak acuh?
Atau kau kata saja, tak mungkin ini terjadi?

Si tinggi itu seakan bersedia,
tapi dia? entah la... jawapan masih tiada.
Senyap lah sahaja akhirnya..



#perjalanan masih panjang.. kita tunggu dan lihat. 3tahun itu segalanya mungkin terjadi antara dia dan si tinggi.. =)



Friday, May 4, 2012

Pagi

Bismillah.
Assalamualaikum.

"pagi penuh dengan segala cas positif, dicarik-2 cas itu supaya
cas negatif dalam diri; baki semalam, kembali neutral"

never forget the scent of morning


Lihat sahaja,
malam pekat legam berganti cerah
sedikit demi sedikit
seakan waktu senja,
tapi ini lebih segar, lebih dingin
tak seperti senja yang lebih hening
tapi terasa rimas dan lemas
dek infra merah yang menggunung naik.

Pagi indah,
segar buat jasad 
yang semalam kehilangan jiwanya
kembali dengan nafas baru
tak pasti apakah ia jiwa baru atau
jiwa lama yang bernafas baru
keliru....
tapi persetankan ia,
yang penting jalan baru
sudah terlihat untuk dituju.

Spontan.
mata dibuka,
melihat jam di meja.
hampir subuh,
masih gelap namun tak ku terus niat
untuk pejam semula.
Khuatir terlajak yang wajib
khuatir juga andai tak bangun lagi,
terus spontan Alhamdulillah terpacul

Mungkin kerana jasad semalam
yang kehilangan,
sudah mendapat kembali jiwanya.





#bangun terus ke laman favourite manusia seluruh dunia. Terfikir sejenak, adakah kita terus menghubungi yang di atas bila mana mata mulai terbuka dari tidurnya?


jawapan itu ada pada diri sendiri.

Thursday, May 3, 2012

Jasad

Bismillah
Assalamualaikum..

"Seringkali idea datang bila aku mulai menutup mata
sedikit demi sedikit dan kepala mulai terhangguk-2"
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
jasad kehilangan jiwa
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Jasad aku masih disini.
Kurus lemah tak bermaya.
Bila kau lihat awan ditiup angin
begitulah aku.
Jasad masih teguh, tapi jiwa sering rapuh.
Entah ke mana sahaja dia melayang.
Hey, kembali lah!
Jasad ini tak tau mana arah tujunya kalau tiada kau.

Jiwa memandu jasad.
Jasad tak dipandu bila pemandunya ponteng.
Ponteng dan lari ke mana pun tak dapat dikesan.
Tinggallah jasad terkontang-kanting 
macam daun yang hampir luruh di ranting
hanya menanti rebah di lantai hijau.

Berani kau meninggalkan aku, jiwa.
Kau tahu tak aku sedang berjalan seorang diri.
Aku tak tahu nak ke mana.
Baliklah, aku nak kau je.
Nanti musuh kita ambil alih aku.
Kau jangan menyesal.

Jasad sudah sepi.
Lelah berjalan sendiri.
Barangkali.


Wednesday, May 2, 2012

Pesan Pada Hati

Bismillah.

Assalamualaikum..

Buat hati yang dicintai,

       Aku berharap kau baik-2 sahaja. Hati, ingin aku pesan padamu. Jagalah diri mu baik-2. Aku yakin kau tahu, ada musuh kita yang sering mencuba merosakkanmu walau dengan cara paling halus sekali. Duhai hati yang ku sayangi, janganlah engkau lupa pada pemilik kita. Pemilik yang mutlak yang tiada ganti dan tiada akhirnya. Aku amat berharap agar kau kuat melawan musuh kita, kerana dengan kekuatanmu, insyaAllah aku juga kuat menghadapi musuh sejak azali ini.

       Hati, tahukah kau aku amat menyayangimu. Sering kali aku cuba mendidikmu agar bersabar dengan segala yang terjadi. Sering kali ku ucapkan kalimah istighfar untukmu agar kau sejuk hingga aku seolah lelah untuk mengucapkannya berulang kali. Namun dek kerana aku tahu itu yang musuh kita nantikan.. tak mungkin jemu aku mengucapkan kata itu. Hati, sabar itu penyejuk segalanya. Sabar itu mampu mencairkan ais yang membeku namun cukup untuk memadamkan api kemarahan.

       Buat hati yang mudah goyah. Tegaslah kamu. Teguh dalam mengawal perasaanmu. Aku tahu kau sangat mudah terusik terutama bila adanya kehadiran lelaki yang cuba mengetuk pintu memohon untuk masuk. Jangan. Jangan terlalu mudah memberi peluang untuk mereka. Khuatir kehadirannya sekadar ingin menjenguk bukan untuk menghuni dan berteduh di ruangan yang satu itu. Ingat wahai hati, disegenap ruang harus ada kesan atau bukti pemilik kita. Jangan kau buang meski kau sudah punya penghuni yang menumpang.

      Hati, dunia ini penuh tipu daya. Maka, haruslah kau sediakan persiapan. Persiapan untuk menapis dan menepis tipu daya itu. Ingat hati, kerana kau yang seketul itu mampu mempengaruhi jasadku. Kerana kau yang seketul itu mampu membuatkan sesuatu yang sangat besar. Sama ada mulia atau keji, kau yang tentukan ke mana. Namun, sekali lagi aku berharap kau tidak memilih jalan yang ingkar. Meskipun terlihat senang dan mudah, namun itu semua ilusi. Jalan yang busuk itu akan menyesakkanmu suatu hari nanti yang pasti andai tidak kau kembali ke pangkalnya lagi.

      Beringatlah, jalan yang mudah itu tak selalu jalan yang mulia. Namun, jalan yang mulia pasti akan memudahkanmu. Cuma sedikit ujian dan halangan untuk kita, hanya sekadar menguji apakah kita sabar dalam menuju destinasi. Duhai hati yang dikasihi, kasihlah engkau pada berhak dan lebih berhak iaitu pemilik kita. Bencilah engaku pada musuh yang layak dibenci iaitu musuh yang ditakdirkan menjadi musuh kita sejak di alam roh.

       Setakat ini sahaja pesananku untukmu. Semoga pesanan yang secebis ini mampu membuatmu lebih teguh dan kuat malah cukup lembut dan tenang untuk mengasihi mereka yang layak dan sudah ditakdirkan untuk dikasihi olehmu. Aku teramat mencintaimu wahai hati. Maka bersama-samalah kita menghadapi persinggahan yang sementara ini. Sekian.

Wassalam.

Yang benar,
Amillia_Ami

                                  *  *  *  *  *  *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...