Wednesday, April 11, 2012

Teringat Kata Ibu

Bismillah
Assalamualaikum


Hampir 80% memori dibuang dan dilupakan sejak 9 tahun yang lalu.
Ibu berkata : takpe kak, ibu ada. Ibu yang jadi memori card akak untuk semua memori akak. 

Teringat pada kata-2 ibu itu pada cuti mid sem yang lalu.

     Aku memang tak dapat ingat semua kenangan/memori aku sejak darjah 5. Kenapa? Sebab ia terlalu pahit untuk diingati. Dan aku tak suka mengingatinya. Mungkin orang akan kata aku seperti tidak bersyukur atau redha dengan ujian yang Allah bagi pada aku waktu itu. Bukan. Bukan itu maksud aku.

     Aku cuma tahu overall cerita memori aku. Tapi aku tak boleh describe secara detail apa yang berlaku. Walaupun secara zahir aku nampak oke dan tak merasa sakit. Tapi bila disebut sahaja tahun dimana aku masih darjah lima, tubuh aku seakan memberi reaksi menolak dan terasa pahit sangat walaupun aku tak pasti apa.

Macam mana ini boleh terjadi?

Aku cuma ingat apa yang aku lakukan pada setiap hari selepas diduga.
Aku cuma ingat macam mana aku berusaha melupakan semua.
Aku cuma ingat ini....

Setiap hari selepas pulang dari sekolah, aku pasti akan tidur.
Sebelum tidur, aku akan berkata dalam hati : lupakan.. lupakan tangisan.. lupakan semua. (lebih kurang la)
Dan hasilnya, selepas aku bangun tidur, serius aku tak ingat apa-2 yang berlaku sewaktu sebelum aku tidur.
*disini aku melupakan memori pahit aku peristiwa yang berlaku bukan bermaksud melupakn kerja sekolah ke apa. sila jangan salah faham. haha*

     Aku tak tau la pulak kesannya memang aku tak ingat sampai sekarang. Aku tak tau la pulak kesannya selama ini. Memang agak rugi bila hampir semua memori yang boleh dikatakan penting dan besar dalam hidup aku dan memberi kesan besar dalam hidup aku telah dilupakn dan dibuang.

     Masa tu aku masih tak mampu berfikir jauh, yang aku cuma tahu ialah aku taknak sedih dan taknak terlalu memikirkan. Apa nak jadi, jadi lah yang penting hidup aku mesti berjalan seperti biasa seolah halangan semua tidak pernah berlaku. tapi ada bagusnya jugak, kerana aku melupakan lah aku berada di tempat aku sekarang. Jika tidak mungkin aku takde di universiti, mungkin aku takde di matrikulasi. Mungkin aku tak rasa nikmat berfikir jauh seperti sekarang.

     Nak dijadikan cerita. Pada cuti yang lalu, aku dan ibu berbincang tentang masa lalu. Dan semua cerita ibu menceritakan tentang kisah aku yang memang aku tak dapat nak ingat. Lalu aku berkata pada ibu, "akak memang tak ingat langsung apa yang jadi and macam mana kronologi pengalaman tu sebab setiap kali lepas balik sekolah akak akan tidur dan melupakan semua yang terjadi sebelum tu"

     Dan ibu berkata, "takpe ibu ada. Setiap kali lepas peristiwa, akak akn cerita pada ibu apa yang berlaku. Ibu akan jadi memori card akak."

Dan ibu..
dari lubuk hati akak. Akak sangat terharu sebab ibu selalu ada dengan akak. Rupanya macam ni kasih sayang seorang ibu. Menyimpan segala kepahitan dan kemanisan hidup anak-2 dan mengingatkan anak-2 bila mana mereka terleka dan terlupa. Setiap kali teringat kata-2 ibu itu, aku akan menjadi tersangat sebak.

Terima kasih ibu.


Sekian.
wassalam.

p/s : entry ditulis selepas teringat kata-2 ibu lepas bangun tidur. =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...