Friday, April 27, 2012

Go through the memories

Bismillah

Assalamualaikum.

Going to archive message.
no other name.
Just you, your message.
I keep till today.
Its not that I remember you as a lover.
I just love the way you gave me advises.

Look through the archive.
No more love letter.
Just the words that make me alive.
You tell me how to get along with changes.
You tell me how to go through life.
And you hope that I'll follow it.
Because you, it was what your dad tells you.

Read through it.
Knowing you love me that much.
Not by the words "I Love You"
But by how you want me to live better
Thanks.

Back to reality.
My cellphone is silent.
No more motivating words
No more long messages
No more nice words.
No more advice.
Just a 'hey' from my friends

Back to my sense.
I must learn how to live without it.
I must make my own words.
How I miss someone will give me even one advice.
Cause now I'm living with what I have.


P/S : thanks. I'll remember it forever.

Wednesday, April 11, 2012

Teringat Kata Ibu

Bismillah
Assalamualaikum


Hampir 80% memori dibuang dan dilupakan sejak 9 tahun yang lalu.
Ibu berkata : takpe kak, ibu ada. Ibu yang jadi memori card akak untuk semua memori akak. 

Teringat pada kata-2 ibu itu pada cuti mid sem yang lalu.

     Aku memang tak dapat ingat semua kenangan/memori aku sejak darjah 5. Kenapa? Sebab ia terlalu pahit untuk diingati. Dan aku tak suka mengingatinya. Mungkin orang akan kata aku seperti tidak bersyukur atau redha dengan ujian yang Allah bagi pada aku waktu itu. Bukan. Bukan itu maksud aku.

     Aku cuma tahu overall cerita memori aku. Tapi aku tak boleh describe secara detail apa yang berlaku. Walaupun secara zahir aku nampak oke dan tak merasa sakit. Tapi bila disebut sahaja tahun dimana aku masih darjah lima, tubuh aku seakan memberi reaksi menolak dan terasa pahit sangat walaupun aku tak pasti apa.

Macam mana ini boleh terjadi?

Aku cuma ingat apa yang aku lakukan pada setiap hari selepas diduga.
Aku cuma ingat macam mana aku berusaha melupakan semua.
Aku cuma ingat ini....

Setiap hari selepas pulang dari sekolah, aku pasti akan tidur.
Sebelum tidur, aku akan berkata dalam hati : lupakan.. lupakan tangisan.. lupakan semua. (lebih kurang la)
Dan hasilnya, selepas aku bangun tidur, serius aku tak ingat apa-2 yang berlaku sewaktu sebelum aku tidur.
*disini aku melupakan memori pahit aku peristiwa yang berlaku bukan bermaksud melupakn kerja sekolah ke apa. sila jangan salah faham. haha*

     Aku tak tau la pulak kesannya memang aku tak ingat sampai sekarang. Aku tak tau la pulak kesannya selama ini. Memang agak rugi bila hampir semua memori yang boleh dikatakan penting dan besar dalam hidup aku dan memberi kesan besar dalam hidup aku telah dilupakn dan dibuang.

     Masa tu aku masih tak mampu berfikir jauh, yang aku cuma tahu ialah aku taknak sedih dan taknak terlalu memikirkan. Apa nak jadi, jadi lah yang penting hidup aku mesti berjalan seperti biasa seolah halangan semua tidak pernah berlaku. tapi ada bagusnya jugak, kerana aku melupakan lah aku berada di tempat aku sekarang. Jika tidak mungkin aku takde di universiti, mungkin aku takde di matrikulasi. Mungkin aku tak rasa nikmat berfikir jauh seperti sekarang.

     Nak dijadikan cerita. Pada cuti yang lalu, aku dan ibu berbincang tentang masa lalu. Dan semua cerita ibu menceritakan tentang kisah aku yang memang aku tak dapat nak ingat. Lalu aku berkata pada ibu, "akak memang tak ingat langsung apa yang jadi and macam mana kronologi pengalaman tu sebab setiap kali lepas balik sekolah akak akan tidur dan melupakan semua yang terjadi sebelum tu"

     Dan ibu berkata, "takpe ibu ada. Setiap kali lepas peristiwa, akak akn cerita pada ibu apa yang berlaku. Ibu akan jadi memori card akak."

Dan ibu..
dari lubuk hati akak. Akak sangat terharu sebab ibu selalu ada dengan akak. Rupanya macam ni kasih sayang seorang ibu. Menyimpan segala kepahitan dan kemanisan hidup anak-2 dan mengingatkan anak-2 bila mana mereka terleka dan terlupa. Setiap kali teringat kata-2 ibu itu, aku akan menjadi tersangat sebak.

Terima kasih ibu.


Sekian.
wassalam.

p/s : entry ditulis selepas teringat kata-2 ibu lepas bangun tidur. =)

Monday, April 9, 2012

Ada Apa Dengan April

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ini serius bukan review pasal drama Bunga April okeyh.
Ada apa dengan April?
Kenapa tiba-2 April.
Yang pasti April bukan bulan aku dilahirkan ke dunia ni.
Sejak belajar kat universitireon ney pun, aku banyak jumpa dengan orang lahir bulan April. Serius.

Kalau dulu time sekolah, berduyun-2 membe aku lahir bulan Mac. Hampir penuh kalendar aku nak kena tick sorang-2 punye befday. Aku yang lahir bulan Ogos, pun meraikan kehari-lahiriannye pun seorang diri dan hampri tak ramai yang tahu. haha. AKu memang suke sembunyikan befday aku. Kalau nak betul sambut, lai sambut setiap bulan Safar. Barulah syiokkk! *bajet islamik sangat la kan. rolling eyes.

Ah peedulikan kisah befday aku tu.

Kat mana tadi?
Oh, oke.
Kalau dulu, ayah aku sorang je yang lahir bulan April (yang aku jumpa la time muda-2 dulu) Ya, haruslah mengaku umur sudah meningkat. Lepastu masuk sekolah menengah, aku jumpa manusia berikut yang lahir bulan April :

Mira Nasir       : 1st April (sama dgn ayah aku)
Nawawi Chow    : 8th April

Lepas tu bila dah habis sekolah. Aku berjumpa pulak dengan lelaki yang pernah menjadi lelaki terbaik aku jumpa selama ni. Ah tak payah nak selindung lagi la kan, dia tu Ayie ex-bf aku menjadi kawan aku sekarang. Dia lahir 21st April.

Bila dah jejak universitireon, aku jumpa ramai gila kawan yang lahir bulan April. Seronok. hehe

Faz        : 22th April
Yana      : 24th April
A.Fahmi   : 21st April
A.adib    : 4th April
A.Hardie  : 24th April
Najwa    : 6th April

okeyh mungkin ramai lagi.. tapi ini je yang aku ingat.

Dan. Dan. Dan. Setelah disiasat dan siasat dan dikaji. Aku tend to berminat kat orang yang lahir bulan April. Ini apa yang aku nampak berdasarkan kajian experience masa lalu. Ahahah.
Baru sekarang aku perasan. Dan sudahlah tentang menarik atau tertarik. Tiba-2 aku terasa gedik gila. Enuff la. Aku penat berperang dengan perasaan.

Oke back tu Ada Apa Dengan April.
Kalau dulu time kecik-2, orang selalu buat April fool. Membe-2 aku la kan. Aku dari dulu memang tak buat sampai sekarang sebab menghormati befday ayah aku time tu. Ceyh~ Baik tau aku. *plizz jgn muntah, kali ney je*
Tapi itu dulu la, time kanak-2 time mintak gula-2 kalau tak dapat mau meraung satu pasaraya lari-2 pusing-2 tak pun baring-2 golek-2 mintak gula-2 kat mak ayah.

Tapi bila dah besau ni, banyak cerita di sebalik April Fool telah revealed. Takde lagi aku jumpa orang yang buat April Fool. Kalau ada memang aku hanggukkan kepala dorang kat dinding. Memang fool gila la kan.

Lagi, lagi.. Apa lagi tentang April? Ye, aku habis Matrik dulu bulan April oke. Dan di bulan April itulah aku berhempas pulas mengerah otak menjawab soalan PSPM2. Ouh, taknak kenang lagi kenangan payau itu. Kenapa payau? sebab takde lah pahit takde lah manis sgt. Oke oke je.

Lepas ni harap-2 bulan-2 yang lain meriah lagi macam bulan April. =)
Especially bulan Ogos. ^_^v

p/s : mungkin lepas ney entry aku tentang bulan je. hahah mood tengah berbulan penuh kan. Tibe-2. Takde kena mengena langsung.

Aktiviti Awal Pagi Isnin

Bismillah.
Assalamualaikum.

Awal kan entry aku? Maklumlah aku bangun awal hari ini. Awal gila, still gelap lagi taw. *muke bangge.
Tengah boring-2 bertemankan hawa yang sejuk lagi menyejukkan di dalam bilik kesayangan ku di KK12 ini.

Aku cuba mnecari inspirasi dan idea untuk menyiapkan esaimen aku yang masih lagi gantung tak bertali. Tiba-2 yang datang ialah inspirasi untuk stalk blog orang. Eh, bukan. orang-2 blogger tak panggil stalk, diorang panggil blogwalking.

Tapi blogwalking itu sekadr walking.

Kalau aku pulak, aku betul-2 stalk dari satu entry ke satu entry mencari yang ohsem untuk di baca. Mana lah tahu boleh improve BM aku.

BM C+ je kan. Tak hebat macam orang lain.

Blog yang menjadi mangsa rakus aku adalah,, Blog Cik Ungu. Haha
Tahniah la kat mulan jameela sebab aku da stalk gila-2 blog kau.
Entry lama-2 semua aku punggah tengok dan baca balik.

Tibe-2 aku terasa macam detektif yang cuba menyelongkar segala dokumen rahsia orang kan. Over gila aku.

Okeyhlah. Saje je nak semakkan blog dengan entry picisan aku ney. Sekian la kann..

p/s : aku terasa ngantuk la pulak,, nak tidur balik boleh tak??

Sunday, April 8, 2012

Suka Suki

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hey, selamat malam la semua warga dunia yang sedang bermalam, except warga yang sedang dalam waktu siang. hahaha. Apa saja yang aku mengarut. Aku tak tau.
sekarang aku cuba untuk menaikkan semangat untuk study.
Yeah~

Jadi harapan dan impian aku apabila pulang dari PG ke UM ialah, berehat seketika dan terus study. Eh, aku sangat bercita-2 tinggi. Eh tapi tinggi sangat ke cita-2 aku tu? Eh, aku malas nak cakap banyak la kan.

Last-2 aku jadi ngantuk gila. End up menulis entry ni sebelum aku melelapkan mata. Mengada. Tulis entry boleh plak, tapi mengadap buku macam kena ngadap movie yang lambat slow motion punye style. Benci! Benci! Eh, bila la aku nak jadi rajin kan? Eh kenapa la aku ney malas bila terkenangkan buku. Benci! Dan paling bnci bila mata aku boleh digagahkan mengadap laptop, tapi terkulai layu bila nampak tulisan dia atas kertas yang di-compile menjadi buku.

Lastly, aku dah tak tahan, aku tak boleh kalah dengan laptop. Kalau aku kata aku nak tidur, aku nak tidur. Kau jangan nak menghasut aku keyh FB, Blogger, Twitter. Siap kau. Aku bako kang. Okeyh, sampai sini je. Eh pendek je entry aku? Eh ajaibnya. Eh kalau dah pendek macam ni, lebih tak payah buat entry. Eh, banyak pulak eh. Eh, suka hati aku la kan. Eh, aku nak tidurlah. Nyte kawan-2!

p/s : semakin ngntuk.. esok nak berpuasa.. InsyaAllah. bila dah tulis smpai part p/s ney tiba-2 aku teringat aku pernah buat entry mcm ney dalam mimpi. ayat yang sama. ouh! DEJA VU~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...