Saturday, March 31, 2012

Susah

Bismillah..
Assalamualaikum.

Esok nak balik, sepatutnya hati bergumbira.
Memang sedang bergumbira.
Tapi juga serabut bila terfikir tentang yang satu ini.
Tahu tak betapa susahnya rasa tu.
Bilamana kau sudah berjaya mengembalikan perasaan kau pada pH neutral.
Tidak membenci dan tidak terlalu menyayangi.
Yeah~ Itu satu pencapaian yang seharusnya mendapat pujian.
Tapi... Ya ada tapinya.
Tak sangka rupanya rasa itu bermain sorok-2 dengan aku.
Bilamana kejauhan itu bertumbuh macam kulat.
Aku dijangkiti infection rindu.
Aku benci rasa itu.
Aku benci kerana aku jadi resah.
Menunggu setiap saat dia hadir.
Walau hanya dalam mimpi, aku tau ia takkan jadi kenyataan.
Di-refresh kembali, buat aku terfikir.
Kalaulah aku tiada perasaan itu.
Bila direfresh sekali lagi.
Entah kenapa dan macam mana perasaan itu bercambah.

Dan kini, hampir setiap kali aku terlelap,
pasti ada dia di dalamnya.
Membuat aku terjaga, kerana tertanya kenapa.
Hampir setiap detik aku sebut nama dia.
sedar mahupun tidak.
Hampir setiap masa aku ingat dia.
Dan serius, aku rimas.
Beriye bayangan dia ada setiap masa dalam minda aku.
sedangkan dia, pasti tidak.
Jadi aku tepis-2 segala awan-2 yang membawa bayangannya di atas kepalaku.
Susah. Susah sangat semua benda ni.
Dan, memang susah bila harus berdepan dengan diri sendiri.
Yang terang-2 mahu berperang sesama sendiri.



p/s : panjang betul karangan aku kali ney. Ingat nak buat pendek, last2 berjela jugak. Susah betul. Sudah-2 la cakap susah. Nanti susah betul jadinya..

p/p/s : jangan lupa EARTH HOUR. TUTUP LAMPU OKEYH! SEKEJAP JE... TAK SUSAH KAN?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...