Tuesday, March 27, 2012

Panggilan

Bismillah
Assalamualaikum.

Di malam hari, di mana aku hampir rebah di atas katil, sambil menghadap dekstop dan menggerakkan jari menaip sesuatu di atas papan kekunci. Laju. Laju, dan semakin laju aksara bergerak. Ini bermakna, semakin lancar idea dicurahkan. Satu persatu tanpa lengah. Tanpa teragak-2.

Sebelum aku ke alam bawah sedarku, aku mengimbas kembali apa yang berlaku pada hari ini. Pagi-2 lagi aku tersentak dan terjaga jam 4.30 pagi. Sering begitu, tapi masih belum sedar akan kebaikan menunaikan solat sunat tahajjud jika. Dikejutkan lagi pada jam 5.30pg. Sejak akhir-2 ini aku sering terjaga tersentak di waktu sepertiga malam dan hampir subuh.

Tetapi entah kenapa tubuh ini terlalu berat untuk kugerakkan. Terlalu berat hingga akhirnya, dalam posisi duduk terjelepok lah aku tidur di atas katil. Dan terkejut lagi jam 6.15 pg. Entah apa yang aku fikir smpai aku tak sedar waktu itu sudah pun subuh. Jadi dengan longlainya aku kembali merebah kepala ke bantal. 6.30pg, mata terbuka kuyu, namun tertutup kembali. 6.45pg aku tersentak kuat yang amat, sangat terkejut dan terus berlari mengambil wudhuk.

Ya Allah... sudah lambat. ku terus solat walaupun dalam keadaan badanku yang amat berat dan penat itu. Entah bila aku tertidur lagi. Jam 11pg, kelas Biologi Sel bermula. Untung dalam kelas aku tidak mengantuk, oh mungkin sedikit, tetapi oleh kerana lecturer pandai dalm tackle students, maka aku tak jadi mengantuk.

Jam 12 tghri, kelas habis. Ku persoalkan, "korang nak mkn kat mana?"
"kat KK la, mane lagi."
Aku membalas, "boringla kat KK, tempat lain boleh tak?"
"mid nak?"
Tanpa banyak ckp, aku terus. Oke.
?? aimi ke ney? tak kisahlah.

Setibanya di MidValley..
terus berpusu menuju ke McD. Order la segala set yang dikehendaki.
Aku : set spicy Chicken Mc Deluxe and Chicken McD spicy ala-carte
Fifi : set Big Mac
Huda : Set spicy Chicken Mc Deluxe.
Banyak kan yang aku makan. Dan berita baiknya aku berjaya habiskan.
So not me.

Berjalan lagi.. keliling Mid yang aku dah naik boring tu. Dari satu kedai ke satu kedai aku dan mereka jelajah. Sekadar cuci mata. Hinggalah tiba di sebuah kedai yang menjual barang aksesori. Tiba-2 aku terpandang key chain hp yang sgt comel and adorable yang amat. Dalam hati aku bergelora nak belikan untuk mereka. Teringin nak menghadiahkan sesuatu sebagai tanda peringatan and persahabatan. Yes, Allah izinkan bila aku dapat tau 3, RM10. Aku pun suruh meraka pilih.

Tekak terasa benda manis. Apa lagi, ke Big Apple la kami. Pilih la segala donut yang diminati. Tekak terasa benda sejuk. tapi apakan daya harus ditahan dulu, nanti nak balik takde duit pulak. Kempunan untuk sementara. Kalau ada rezeki dpt la nanti.

Jam 2.30 ptg, sampai la di UM yang terchinta. Lepak dibilik sekejap. Selepas solat zohor, ke bilik Huda buat report Bio yang actually dah macam kelas sketching and drawing. Tapi nasib baik aku suka melukis. Borak-2 buat kerja. Ngutuk-2. Mengarut-2. Gelak-2. Sambil makan Big Apple yang dibeli.

Petang, macam biasa punya projek. (rahsia, takkan semua nak kena bagitau) aahahaha. Malam. perut ney lapar yang amat. Tapi malas nak turun. Maka,idea yana dan huda untuk memilih meggi menjadi pilihan hati, ditambah pula buah anggur yang aku beli hari sabtu haritu (which-that-aku-lupa-yang-aku-ada-beli nasib baik oke lagi)makan la dengan hepinya. Maklumlah kami makan sambil tengok Lawak Ke Der. memang lawak gila. Galak gila kami gelak. Memang mungkin satu floor boleh dengar. Itu hari pertama setelah entah-bila-last-aku-gelak macam nak gila.

Allah je tahu betapa aku rindu untuk bergelak ketawa. Dan tadi aku ketawa, aku rasa aneh gila sebab aku dah lama sgt tak ketawa yang kuat sepuas hati aku. Aku rasa macam fake, sbb aku tak geli hati pun. Tapi kenapa aku gelak melampau. Aku pun tak tahu. Bila aku balik bilik, rumate aku tanya, "apa yang kau gelak-2 tadi? Dengar, kuat kau tau.." sambil buat muka yang oke-aku-faham yang aku dah menganggu. Maka aku pun tuka topik tanya dia nak ke tak vdeo tu.

Agak terbantut kegembiraan aku. Sebab bila dia dah kata macam tu maknanya aku dikire sudah mengganggu ketenteraman. (aihh, susah nak consider perasaan orang ney) dan aku terfikir sesuatu....

Hari ini, selera aku melampau sangat lebih-2 lagi selepas dah 2 minggu aku takde selera sebelum ney. Hari ni aku hyper sangat boleh nampak and it is obvious especially dlm status FB aku which is clearly not me. Hari ni, aku gelak yang amat kuat dan puas. Macam,,, tak tau la nak ibaratkan dengan apa, sebab ini otomatik.

Hari ini totally out of me yang sebelum ney. Aku terfikir, adakah ini nikmat sementara dari Allah. Aku terus ambil wudhuk, solat Isyak dalam keadaan merasakan diri ini terlalu hina. Waktu itu adalah first time aku rasa takut yang amat andai solat Isyak itu adalah solat terakhir aku. Hanya Allah je yang tahu.

Aku terfikir lagi segala kesalahan aku sepanjang hari. Segala kata-2 aku yang mungkin kasar. Segala tingkah laku yang mungkin menyakitkan hati. Segala niat buruk yang terlintas. Terasa amat berdosa. Segera ku istighfar. Dan dikesempatan ini juga ingin ku mohon maaf atas segala kekhilafan aku pada semua.

Aku terfikir andai semua yang aku lakukan pada hari ini adalah untuk yang terakhir. Ya Allah, aku tak mahu. Beri aku peluang untuk perbaiki apa yang aku tersilap iaitu tidak terus bangun waktu pagi itu. Jika benar semua nikmat ini adalah panggilan untuk aku bersedia, beri aku peluang untuk bersujud padamu pada sepertiga malam. Jika ini adalah panggilan untukku kembali padamu kerana akan ada ujian lebih berat untukku selepas ini, aku memohon agar Kau kuatkan aku.

Disetiap tangisan akan ada kebahagiaannya nanti,
dan disetiap kebahagiaan pasti akan ada air mata yang menanti..

Aku redha..
Aku bersyukur kerana ini tanda Kau mengingatiku dan ingin aku terus mengingatimu..

Sekian.

p/s : Sebelum ku lelapkan mata, ku ucapkan kalimah syahadah, sebagai persediaan andai ini tidurku yang lama hingga dibangkitkan di waktu hari perhitungan..

Wassalam.

3 comments:

Ramona Alice said...

mujur cek bg lawak ke der. gembira skit hati hang. haha.

Delle. said...

tiada key chain tanda persahabatan buat saye. m not included :)

aimi, nikmat tu hadir dgn kita cari. tenangkan hati jgn stress selalu. tekanan, share lah . usah di pendam. kelak tawamu akan hilang kembali. jaga diri :')

p/s : lama sangat tak melepak ta bergalak ketawa kongsi cerita sama kalia nsemua. makin jauh. makin jauh. rindu. terlalu :'/

Amilia_Ami said...

ala delle.. time tu aku beli 3 seploh hengget.. nt ak beli lagi.. utk kau, yana ngn faz skali keyh...

thanks! doakan..
rindu kau..jugakk.. =')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...