Sunday, March 25, 2012

Kisah Dia..

Bismillah.
Assalamualaikum.

Awak tau tak betapa sakitnya saya bila saya nak ucapkan selamat tinggal?
Awak tahu tak betapa sakitnya bila saya harus mengikis rasa ini pada awak?
Awak tahu tak, saya ney hipokrit sangat.
Depan orang saya kata saya benci.
Tapi setiap hari sy mimpi awak.
Awak tahu kenapa sy beriye nak jauhkan perasaan ini supaya tak makin membesar?
sebab saya takut rasa ini cuma sekadar nafsu semata-2.
Awak tahu tak.. Saya berperang dengan perasaan sendiri. Dan ia sangat menyakitkan.
Kalau perasaan sendiri pun saya tak mampu nak jaga, macam mana saya nak jaga perasaan orang.
Susah. Susah sangat bila terpaksa memendam dan membiarkan cuma tuhan sahaja yang tahu.
Saya berusaha dan berusaha.
Mencari pelbagai alasan untuk tidak lagi berperasaan.
Dan awak tahu?
Kini perasaan saya bertukar benci.
Saya berperang lagi.
Berperang kerana kata orang, membenci itu penyakit hati.
Ouh, saya tidak mahu membenci.
Saya tidak mahu hati dikotori oleh kebencian.
Cukuplah sekadar membuang perasaan.
Bukan menyemai kebencian yang merosakkan.
Akhir sekali, awak tahu apa yang saya lakukan?
Saya menjadi orang lain, yang terpaksa berpura-2.
melakonkan watak yang bakal membuat orang lain terasa benci.
melakonkan watak seakan tidak peduli.
melakonkan watak yang tidak mungkin mencuit hati.
Dengan harapan, mendapat respon negatif.
Dan saya pula, punya alasan untuk tidak lagi berperasaan.
atau dengan harapan kita semakin rapat,
hingga rasa itu menjadi terlalu asing untuk saya.

Risau. Risau. Risau. andai rasa ini bercambah lagi, dan akan terus bercambah. Harap tidak.



p/s : dia masih berusaha dan nampak gayanya taktiknya hampir berjaya.


Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...