Monday, March 12, 2012

Hakikatnya

Bismillah..
Assalamualaikum.

Kau tahu?
Hakikatnya aku rasa bodoh bila terlalu memerhatikan kau.
Terlalu kelihatan sehingga ada yang menyedarinya.
Kau tahu?
Hakikatnya aku terlalu bodoh melihat kau dengan pandangan kasih sayang.
Kerana pandangan itu amat menyakitkan andai tidak terbalas.
Kau tahu?
Hakikatnya aku rasa bodoh meletakkan kau di dalam hati aku.
Sedangkan aku tahu ia sukar untuk diterima kewarasannya.
Kau tahu?
Hakikatnya aku rasa tersangat bodoh bila aku tak mampu melupakanmu walau sesaat.
Kerana aku terlalu takut jika aku lebih mengingatimu daripada tuhanku.
Kau tahu?
Hakikatnya aku terlalu jatuh cinta pada kau.
Dan aku tak pernah sedar itu, kerana ku fikir ia cuma mainan perasaan.
Kau tahu?
Hakikat ini buat aku rasa sakit dan sangat bodoh. Dan sangat sukar juga sulit. Bila mana aku cuba meniup perasaan itu jauh-jauh agar takkan kembali.


Aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku lakukan..


P/S : bukan kisah aku. Pasal org lain, a friend of mine. peace! ^_^V
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...